Sementara
menunggu kehadiran keluarga saya ke sini, eloklah saya mencoret sesuatu yang
lebih tinggi nilainya dari sebuah kenangan. Menjadi kagum diri saya pada jiwa
seorang sahabat, tatkala melihat status MukaBuku nya
yang tertulis..
“balik kg: jumpa family.. niat nak beri mereka dgr tazkirah Prof. Dr.
Muhaya tercapai.. dapat beri sedikit pesanan kepada anak2 saudara..
alhamdulillah.. kepulangan ini ada hikmah yg Allah susunkan.. semoga Allah
memberkati kalian semua..~ diharapkan sahabat2 ku yang pulang ke kampung
berjumpa family dan sama2 berbakti untuk mereka.. mencari keredaan Allah dan
memperoleh rahmatNya.. same2 berpesan ye..”
AstagfiruLlahal
a’dzim, hampir sangat saya dilupakan tentang soal dakwah pada teman-teman di
luar sana, juga perkongsian baik buat orang awam yang masih terleka. Semoga Allah
menambahkan kebaikan ke atas diri sahabat saya yang tersebut, peringatannya
melalui status MukaBuku cukup menyentak Qalbu saya dari terus tertidur.
insyaAllah, saya juga bakal
melakukan agenda yang sama.. menyebar luaskan lagi kuasa Taman Ilmu dan Budi. Di Semenyih, Selandar
atau di mana sahaja kaki ini berpijak selepas ini. Pencarian ilmu adalah
bertujuan mengenal Tuhan, semoga saya diberi kekuatan dan dapat istiqomah
dengan tekad ini. Doakan saya sahabat2 ^_^,
3 التعليقات:
at: July 2, 2012 at 8:39 AM said...
InsyaAllah akan teruskan dakwah disamping memperbaiki diri..huhu balik rumah ni makin kuat kena beringat2 sebab kat luar ni lagi banyak dugaan daripada dalam UIAMK..
(^-^)
at: July 8, 2012 at 7:05 AM said...
betul.. dakwah perlu diteruskan, tarbiyah jugak perlu di seiringkan, moga kita tetap di atas jalan-Nya; biarpun bakal berada dalam dunia penuh berbeda ^_^
at: July 9, 2012 at 4:25 PM said...
insyaAllah (^-^)
Post a Comment