Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, June 3, 2012

Dedikasi untuk Pelajar Tahun Akhir


Alhamdulillah penat jerih 4 & 5 tahun (ada juga 6,7 & 8) di IIUMK bakal berakhir. Ada yang gembira mengimpikan keindahan alam pekerjaan, gaji yang lumayan, kehidupan yang selesa dan ada juga yang berduka terkenang saat perpisahan dengan sahabat handai (bayangkan wajah2 mereka..).

Begitulah dunia ini. Hal ini tidak lah begitu ganjil kerana Bumi ini juga telah bertukar ganti penduduknya semenjak kewujudannya 4.5 bilion tahun yang lalu. Cuba kenangkan saat anda mendaftar di kampus ini dahulu dan anda akan dapati cepatnya masa berlalu.

Student A : belajar di uia 4 tahun, dan berjaya mendapat sekeping kertas bernama IJAZAH. Lalu berkerja.
Student B : belajar di uia 4 tahun, dan berjaya mendapat sekeping kertas bernama IJAZAH, dalam masa yang sama meninggalkan memori dan rakan-rakan rapat (gembira & menangis bersama terutama tika menonton korea..), dan berDOTA. Lalu bekerja.
Student C : belajar di uia 4 tahun, dan berjaya mendapat sekeping kertas bernama IJAZAH, dalam masa yang sama mahir membuat kertas kerja, public speaking, leadership skills, mahir selok belok bisnes, public relation superb, aktif dalam dakwah, usrah, mempunyai kefahaman jelas tentang Islam yang syumul, aktif dalam sukan futsal, tenis, skuasy, mahir berenang dan punyai sahabat-sahabat sedunia dan seakhirat =)

credit here
Ketiga-tiga mereka ialah graduan, diberi masa yang sama 4 TAHUN, tetapi hasil akhirnya sedikit berbeza. Kita di kategori yang mana ?

Apapun pilihannya, tidak ada istilah terlambat dalam kamus hidup seorang Moslem. Rancanglah kehidupan anda dari sekarang. Sekurang-kurangnya ada masa untuk 5 perkara ini :

Kerja (apa pun jurusan, asalkan halal dan baik eg Maggi itu halal, tp kurg baik utk kesihatan =) 
Ilmu - rugi lah kalau belajar sampai umur 25 sahaja, elok kalau sampai saat nafas terakhir..
Dakwah - lihat masyarakat sekeliling ..dan geleng kepala. Tanya diri sendiri apa yang boleh aku sumbangkan ??
Ekonomi / Bisnes (bukankan 9/10 rezeki itu dalam perniagaan ? cuba..)
Leadership ( join NGO, usrah cawangan etc)
Sunngguh kenangan bersama kalian akan aku rindui dan ingati sepanjang  perjalanan hayat ini. Jutaan kemaafan dihulur sekira ada salah dan silap. Moga berjumpa lagi , kalau tidak di reunion dunia ini,  insyaAllah di taman-taman syurga Allah nanti. Uhibbukum fillah.

(SHARIF AHMAD)
Timbalan Yang Dipertua I,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

0 التعليقات: