Setelah beberapa bulan akaun
MukaBuku saya di tutup, hari ini ia telah pun di buka semula. Pembukaan kembali
akaun MukaBuku ini adalah bertitik tolak dengan berakhirnya sesi pengajian
peringkat ijazah saya di sini. Menjadi harapan saya, MukaBuku ini mampu menjadi
medium pengerat ukhuwah kami ketika jasad di pisah jarak. Kenangan di pisah
waktu. insyaALlah ^_^
credit |
Namun
saya tegaskan di sini, tiada acara rasmi yang di adakan bersempena dengan pembukaan
semula akaun tersebut; baik di peringkat cawangan mahupun bahagian. Tiada acara
potong reben atau pegang bebola cahaya bergemerlapan. TIADA.TIADA.. acara hari ini hanya dihias dengan
pelukan kuat seorang sahabat sebelum meninggal jejak tapaknya di sini. Acara
hari ini diselit dengan membantu angkat barang sahabat lain ke bawah.. acara
hari ini adalah melihat beberapa kuntum senyuman terakhir sebelum menanti masa
yang lama untuk di lihat lagi. T_T
# proses menambah
kenalan|baca: add friends) lama akan
mengambil sedikit masa,
4 التعليقات:
at: June 27, 2012 at 2:58 PM said...
baik..kte g add~
at: June 27, 2012 at 8:37 PM said...
hah sila.. sila..
padahal dah approved pun, haha ^_^
at: June 28, 2012 at 9:52 PM said...
wei, sila add gak!!!
hahahhaha~
tak balik lagi ke??
at: June 29, 2012 at 11:57 AM said...
esok baru aku balik.. tunggu parents datang sini, huhu
dah la tinggal sorang kt bilik~ internet uia pulak asyik breakdown je, =_=
# oK nanti aku add
Post a Comment