Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, June 26, 2012

Pengaktifan semula akaun MukaBuku



Setelah beberapa bulan akaun MukaBuku saya di tutup, hari ini ia telah pun di buka semula. Pembukaan kembali akaun MukaBuku ini adalah bertitik tolak dengan berakhirnya sesi pengajian peringkat ijazah saya di sini. Menjadi harapan saya, MukaBuku ini mampu menjadi medium pengerat ukhuwah kami ketika jasad di pisah jarak. Kenangan di pisah waktu. insyaALlah ^_^


credit

Namun saya tegaskan di sini, tiada acara rasmi yang di adakan bersempena dengan pembukaan semula akaun tersebut; baik di peringkat cawangan mahupun bahagian. Tiada acara potong reben atau pegang bebola cahaya bergemerlapan. TIADA.TIADA.. acara hari ini hanya dihias dengan pelukan kuat seorang sahabat sebelum meninggal jejak tapaknya di sini. Acara hari ini diselit dengan membantu angkat barang sahabat lain ke bawah.. acara hari ini adalah melihat beberapa kuntum senyuman terakhir sebelum menanti masa yang lama untuk di lihat lagi. T_T

# proses menambah kenalan|baca:  add friends) lama akan mengambil sedikit masa,

4 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: June 27, 2012 at 2:58 PM said...

baik..kte g add~

perindu_خلافة says:
at: June 27, 2012 at 8:37 PM said...

hah sila.. sila..
padahal dah approved pun, haha ^_^

Unknown says:
at: June 28, 2012 at 9:52 PM said...

wei, sila add gak!!!
hahahhaha~
tak balik lagi ke??

perindu_خلافة says:
at: June 29, 2012 at 11:57 AM said...

esok baru aku balik.. tunggu parents datang sini, huhu
dah la tinggal sorang kt bilik~ internet uia pulak asyik breakdown je, =_=

# oK nanti aku add