Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Friday, June 22, 2012

3 video = 1 persembahan


Video pertama~
Mengandungi klip video pendek yang memperlihatkan suasana suram bangunan Kulliyyah of Science (KOS) dan beberapa keping gambar rakaman bersama sahabat.


Video kedua~
Mengandungi gambar individu setiap seorang classmates penconteng warQah.


Video ketiga~
Kompilasi video dan gambar.


Biarpun ketiga-tiga video tersebut dihasilkan secara berasingan, tetapi sebenarnya ia adalah gabungan yang saling lengkap melengkapi. Tujuan saya hanyalah satu; supaya sahabat-sahabat memahami bahawa tuntutan ukhuwah islamiyyah itu adalah saling perlu-memerlukan di antara satu sama lain biarpun ada perbezaan pada jarak dan juga waktu.  ^_^
Baiklah, sejujurnya saya akui.. persembahan video tersebut bukanlah yang terbaik seperti sesetengah sahabat lain mampu lakukan. Tetapi itulah usaha saya, usaha kecil dalam mengenang pahit manis sebuah nilai persahabatan yang terjalin di Bumi UIAM Kuantan ini. 4 tahun yang pada mulanya dirasakan perjalanan yang sungguh jauh, namun pada saat ini ia hanya menanti detik sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.
Kompilasi ini cuma melibatkan sebahagian kecil sahaja dari album simpanan gambar UIAM saya; yang saya beri nama ‘arkib UIA’. Jumlah sebenar gabungan gambar dan video sepanjang 4 tahun ini (setakat yang tersimpan di dalam HDD saya) adalah bersaiz 72.3 GB. Secara tepatnya 77,723,488,256 bytes.

2 التعليقات:

shameer.haqeem says:
at: June 23, 2012 at 9:39 AM said...

to me, a word to describe the videos is stunning =D. congrats! best2!

perindu_خلافة says:
at: June 23, 2012 at 2:37 PM said...

jzkk shameer :D