Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, June 18, 2012

Kemenangan Ikhwanul Muslimin


الله اكبر  الله اكبر  الله اكبر

alhamduliLlah,
setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah swt yang telah memberikan mandat kepada calon dari Ikhwanul Muslimin; Dr Muhammad Mursi untuk menang dalam Pilihanraya Presiden Mesir yang berlangsung baru-baru ini. Pertama kalinya selepas revolusi 25 Januari ^_^

Tahukah sahabat?
Suatu masa dahulu, ahli-ahli ikhwanul muslimin ini di tangkap dan di penjarakan. Ada juga yang dibunuh dalam usaha rejim pemerintah Mesir mahu terus kekal berkuasa. Mereka di fitnah dengan dahsyat, malah kegiatan mereka untuk terus menyampaikan risalah Islam disekat dari rumah ke rumah dan dari masjid ke masjid. Sering sahaja media rejim di gunakan dalam usaha melemahkan semangat ahli-ahli ikhwanul muslimin daripada menegakkan Islam sebagai ad-Deen. Bukan itu sahaja, puak rejim juga tidak habis-habis mempromosikan kerajaan mereka adalah yang terbaik. Malah sokongan dikatakan berpihak kepada mereka adalah sehingga 99.5%. Namun kuasa Allah jauh lebih hebat dari kekuasaan puak rejim yang sementara. Revolusi Mesir yang dihadiri jutaan manusia dari pelbagai peringkat usia, jantina, bangsa dan agama itu telah membuktikan bahawa semua cerita-cerita hebat mengenai sokongan kepada rejim fasad adalah pembohongan besar yang sengaja di sebar luas. Warga marhaen ini bersatu meruntuhkan rejim fasad yang sudah lama mamai di tampuk kuasa. Dan ternyata untuk meruntuhkan sebuah kerajaan fasad seperti Rejim Hosni Mubarak ini  bukanlah satu perkara yang mudah. Selain daripada perlunya berpegang teguh dengan ‘aqidah masing-masing, kebangkitan ini juga perlu dibayar dengan darah. Ratusan jiwa rakyat terkorban hanya kerana mereka turun di jalanan tanda sokongan menentang rejim ganas ini. Di awal revolusi ini, fitnah media rejim terus menerus mengotorkan cerita kebangkitan rakyat dengan pemberontakan ganas, malah di upah pula beberapa kumpulan provakator dalam usaha menunjukkan bukti bahawa warga Marhaen yang berdiri di sana adalah mereka yang tidak layak di layan seperti manusia. Seperti kisahnya Syria hari ini, masih ada yang menyokong tindakan rejim pemerintah Syria dalam usaha mematahkan pemberontakan yang di warwarkan mengancam kedaulatan Syria, yang sebenarnya kedaulatan Syria itu telah dirobek oleh pemerintah mereka sendiri.



# Semoga kemenangan ini adalah rentetan kepada kemenangan yang lebih besar selepas ini, insyaALlah.. al-Quds akan menjadi ibu negara Khilafah yang bakal bangkit, الله اكبر

0 التعليقات: