Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, April 30, 2012

Global Bersih 3.0 (from around the world)


Atas kapisiti salah seorang Rakyat Malaysia, saya berhak menuntut sistem Pilihanraya yang Adil dan Bersih. Saya amat yakin tiada alasan kukuh, untuk pihak yang berdiri secara peribadi ataupun berkepentingan mahu kepada sistem pilihanraya yang kotor dijalankan di negara ini. Kerana saya sayangkan Malaysia, KITA SEMUA SAYANGKAN MALAYSIA dan atas rasa kasih sayang kepada Tanah Bertuah inilah wujudnya beberapa golongan yang yakin mereka telah  berada di kalangan yang paling benar diantara beberapa kumpulan. Namun masih belum terlambat untuk kita sama-sama melihat dan muhasabah kembali, adakah pilihan kita selama ini adalah yang selayaknya kita pilih. Bersih (dalam Bersih 3.0 ini) melakar sejarah dunia sekali lagi apabila ia bukan sekadar disambut di peringkat nasional tetapi inter-nasional.

 
Generasi 428

# Biarlah mereka mengatakan BERSIH 3.0 tiada sambutan, kerana ramai pihak mengetahui kebenaran.
Dalam beberapa adegan provokasi, ini antara yang berjaya mendapat tempat dalam lensa. Seorang ‘peserta’ Bersih 3.0 menendang anggota polis trafik.Ingatlah; walau tanpa kehadiran sekeping gambar sekalipun, saya tetap percaya bahawa kekotoran-kekotoran inilah yang membuatkan warga Marhaen muak dan menyampah. Semoga lebih ramai sahabat membuka mata. Saya sayangkan Malaysia, SAYA TAHU ANDA JUGA SAYANGKAN MALAYSIA ^_^

Sunday, April 29, 2012

Ciri-ciri pemimpin yang HEBAT iii



5. Dapat Berkomunikasi Secara Berkesan
                Orang (@Pelajar) ini boleh berbahas, berhujah dan berpidato. Kata-katanya memukau dan mudah mematahkan hujag-hujah orang lain. Kata-katanya masuk akal dan sukar menidakkan kata-katanya. Dia dapat mempengaruhi orang lain dengan mudah. Kata-katanya yang penuh semangat, dan berhikmah dan logik membuatkan pelajar lain yakin dan mudah menjadi pengikutnya.

6. Istiqamah
                Orang (@Pelajar) ini mempunyai impian, cita-cita dan matlamat untuk dicapai. Mereka sanggup melalui onak dan duri. Mereka tahan uji dan tidak pernah berputus asa. Matlamatnya ialah untuk mencapai hasrat yang di ingini. Mereka tidak mudah kalah. Mereka tetap istiqamah dalam apa keadaan sekalipun. Mereka berdisiplin terhadap diri dan peraturan.

7. Ada Keberanian
                Pemimpin yang tulin ialah pemimpin yang telah melalui pelbagai pancaroba. Dia berani ditinggalkan oleh kawan-kawan, dia berani dicemuh dan dihina, dia berani menerima risiko malah berani untuk tidak popular. Keberanian itu membuatkan dia kebal terhadap segala rintangan dan halangan. Menjadikan hatinya besi dan jiwanya jati. Keberaniannya itu membuatkan dia dijulang dan pelajar lain akan mengakui akan kehebatannya dalam memberi sokongan kepadanya.

TAMAT.
Saturday, April 28, 2012

Ciri-ciri pemimpin yang HEBAT ii



3. Ada Kesungguhan
                Seseorang (pelajar) itu perlu mempunyai fokus yang mendalam. Minatnya yang mendalam terhadap sesuatu membuatkan dia mudah untuk mencapai matlamat. Mereka memberi tumpuan yang sangat mendalam terhadap apa yang mereka ceburi. Mereka tidak lalai dan leka terhadap sesuatu yang mereka minati. Dia bukan hanya meminati tetapi melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Dua melakukannya dengan sepenuh hatinya sehingga selesai. Kesungguhannya untuk melakukan sesuatu sehingga berjaya akan membuatkan dia merasa puas.

4. Ada Karisma
                Personalitinya sangat dikagumi. Melihat kepada wajah, cara gaya dia berhujah, luahan kata-kata membuatkan orang lain terpesona. Pelajar ini mudah membina hubungan dengan orang lain dan mudah untuk mempengaruhi mereka. Dia mempunyai faktor-X yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Faktor-X inilah yang membuatkan pelajar lain memberi sokongan terhadapnya.

Bersambung...
Friday, April 27, 2012

Ciri-ciri pemimpin yang HEBAT


Di dedikasikan untuk mereka yang mahu belajar menjadi pemimpin.
Secara khususnya buat adik-adik di Asrama SMK Engku Husain,
ANDA!!
Ya.. Saya bercakap dengan ANDA!


Ciri-ciri pemimpin yang HEBAT

Ramai orang (pelajar) boleh menjadi pemimpin tetapi tidak semua boleh menjadi pemimpin yang hebat. Untuk menjadi pemimpin; seseorang itu perlu ada minat dan ketokohan yang semula jadi di dalam diri. Pemimpin yang baik tidak muncul secara tiba-tiba tetapi ia bermula daripada ketokohan untuk menjadi pemimpin dan dipilih oleh orang ramai untuk memimpin.

1. Ada Visi
                Seseorang (pelajar) itu perlu mempunyai visi. Anda tahu kemana arah anda. Anda dapat melihat diri anda 5 hingga 10 tahun yang akan datang. Anda boleh meramalkan perkara yang akan anda lakukan dan anda berjaya melakukannya apabila masanya tiba. Anda juga dapat merancang hala tuju yang munasabah yang tidak dilihat oleh orang lain. Anda juga dapat meyakinkan orang lain tentang visi anda. Anda dapat menjangka apa yang akan berlaku bukannya menerangkan apa yang telah berlaku.

2. Berilmu
                Seseorang (pelajar) yang berilmu pengetahuan adalah lebih kehadapan daripada mereka yang kurang mempunyai ilmu pengetahuan. Pelajar yang rajin membaca dan berilmu merupakan pelajar yang bijak di dalam berbincang, berbahas dan bersoal jawab. Mereka lebih berpengetahuan makan mereka tahu perkara perkara yang mereka buat, mereka tahu bagaimana untuk menangani masalah dan mereka tahu menggunakan pelbagai strategi untuk melakukan sesuatu.

Bersambung...
Wednesday, April 25, 2012

Koleksi Logo Mahallah di UIAM


Setelah melihat beberapa orang sahabat tercampak masuk ke sini secara tidak sengaja (dari enjin carian Google); iaitu dalam usaha mereka mencari-cari logo Mahallah di UIAM Gombak dan Kuantan. Maka saya rasa terpanggil untuk menyediakan satu entry khusus untuk sahabat-sahabat yang berkenaan mendapatkan apa yang mereka cari. Namun saya akui, tidak kesemua logo mahallah yang berada dalam simpanan saya ini adalah yang terbaru (updated) di gunakan dan mungkin juga terdapat mahallah-mahallah tertentu yang saya masih belum mendapatkan logo mereka. Segala kekurangan mohon di maafkan. ^_^

Mahallah Uthman
Mahallah Sumayyah
Mahallah Safiyyah
Mahallah Nusaibah
Mahallah Maryam
Mahallah Asiah
Mahallah Asma'
Mahallah Ali
Mahallah Haleemah
Mahallah Ameenah
Mahallah Hafsa
Mahallah Faruq
Mahallah Bilal
Mahallah as-Siddiq
Mahallah Ruqayyah
Mahallah Maimunah (new logo)
Mahallah Talhah
Mahallah at-Tabari

Tuesday, April 24, 2012

Manusia tertua dunia 2012 dari Malaysia

Manusia tertua dunia 2012 dari Malaysia

 ‘Puan binti Ahmad’ dengan nombor KP 960412020058, sepatutnya boleh diletakkan nama beliau kedalam Book World of Record disebabkan usianya yang telah menjangkau 116 tahun pada tahun 2012. Sebab apa? Boleh tengok kat sini! Malaysia sepatutnya berbangga sebab boleh meletakkan warganya sebagai yang tertua setakat tahun 2012. Wah bangganya!! Tapi betul ke manusia bernama ‘Puan binti Ahmad’ ni wujud... hurm~

data orang tertua menurut SPR

BERSIH, BERSIH, BERSIH... kurang seminggu dari BERSIH 3.0, masih lagi ada pihak yang menentang usaha murni yang dibangun dan digerakkan oleh warga Marhaen ini. Saya melihat usaha penentangan (BERSIH) ini lebih kepada mahu menegakkan benang yang basah. Kekotoran dalam sistem pilihanraya ini adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan usaha bersama kita untuk melihat Malaysia ini dipimpin oleh Pemimpin yang benar-benar berwibawa.

# kalau benar wujud, bolehlah dibetulkan data dalam BWR dan sepatutnya kita berbangga sebab orang tertua di dunia sekarang ni ada di Malaysia & kita juga ada sistem daftar pemilih yang bersih. TAPI kalau tak wujud.. hurm maksudnya masih kotor la daftar pemilih kita. ^_^

...updated 12:24 PM 25/4/2012 - rupanya ada manusia lagi tua dari Puan binti Ahmad ni dalam daftar SPR, umur 'Wong Kwan Moy' ni mencecah 159 tahun tahun 2012. Hurm check sendiri la der..  530823040010
sumber : amenoworld, Bagi sahabat2 yang masih rasakan tuntutan BERSIH ni sesuatu yang tak rasional cuba fikir lebih sikit lagi. insyaALlah kalian faham asbabnya ^_^