Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Thursday, April 12, 2012

BERSIH tunjuk bagaimana pengundi boleh ‘diklon’


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Wong Chin Huat mendedahkan terdapat lebih banyak contoh pengundi “klon” yang di dakwanya sebagai pengundi hantu.
                Menggunakan daftar pemilih suku keempat 2011, Wong menjelaskan empat kaedah pengundi boleh di daftarkan banyak kali, supaya mereka boleh mengundi beberapa kali.
“Anda boleh mengdapati bahawa kita telah begitu maju dalam teknologi pengklonan sehingga kita boleh mengalahkan Korea dan semua negara lain di dunia,” kata pensyarah Universiti Monash itu sinis.
Empat kaedah tersebut adalah:
·         Pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan alamat yang sama, tetapi berbeza nombor kad pengenalan baru;
·         Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi nombor kad pengenalan baru yang sedikit berbeza;
·         Nama yang sama dengan tarikh lahir yang sedikit berbeza, dan nombor kad pengenalan baru;
·         Pengundi pos dengan nama yang sama tetapi nombor kad pengenalan yang sedikit berbeza.

Wong memberi 10 contoh pengundi yang mungkin “diklon” dan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 560 contoh “klon” bagi jenis pertama.
                Bagaimanapun, katanya beliau tidak tahu berapa banyak terdapat “klon” dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil sahaja.
                Dalam satu contoh pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama dan alamat yang sama, beliau menunjukkan cetakan ‘screenshot’ dari lamanweb semakan daftar pemilih SuruhanjayaPiliha Raya (SPR).

'klon' pengundi yang masih belum selesai


Penconteng warQah
Sehingga ke saat penulisan ini dibuat, anda masih boleh berpeluang menyaksikan sendiri kepincangan yang berlaku dalam daftar pemilih rasmi seluruh negara. Pihak yang bertanggungjawab, sila Jangan biarkan undi pertama saya di bakul-sampahkan! Terima Kasih.

#Tunaikan 8 tuntutan, Baru Pilihanraya.. haish =_=

2 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: April 13, 2012 at 2:43 PM said...

saya ialah kanak-kanak yang masih x mahu mengundi seboleh-bolehnya...haish (=_=)

perindu_خلافة says:
at: April 13, 2012 at 3:43 PM said...

nak buat apa2 keputusan pun atas dunia ni semuanya akan berakhir di antara dua jugak nanti.. syurga @ neraka,

#pilih yang paling kurang mudaratnya, wallahu a'alam