KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Wong
Chin Huat mendedahkan terdapat lebih banyak contoh pengundi “klon” yang di
dakwanya sebagai pengundi hantu.
Menggunakan daftar pemilih suku keempat 2011, Wong
menjelaskan empat kaedah pengundi boleh di daftarkan banyak kali, supaya mereka
boleh mengundi beberapa kali.
“Anda boleh
mengdapati bahawa kita telah begitu maju dalam teknologi pengklonan sehingga
kita boleh mengalahkan Korea dan semua negara lain di dunia,” kata pensyarah
Universiti Monash itu sinis.
Empat
kaedah tersebut adalah:
·
Pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama
dan alamat yang sama, tetapi berbeza nombor kad pengenalan baru;
·
Pengundi yang mempunyai nama yang sama, tetapi
nombor kad pengenalan baru yang sedikit berbeza;
·
Nama yang sama dengan tarikh lahir yang sedikit
berbeza, dan nombor kad pengenalan baru;
·
Pengundi pos dengan nama yang sama tetapi nombor
kad pengenalan yang sedikit berbeza.
Wong memberi 10 contoh
pengundi yang mungkin “diklon” dan berkata, terdapat sekurang-kurangnya 560
contoh “klon” bagi jenis pertama.
Bagaimanapun, katanya beliau tidak tahu berapa banyak
terdapat “klon” dalam tiga kategori yang lain, sambil menegaskan bahawa
penyelidikan yang dijalankannya itu adalah membabitkan jumlah yang kecil
sahaja.
Dalam satu contoh pengundi yang mempunyai nombor kad
pengenalan lama dan alamat yang sama, beliau menunjukkan cetakan ‘screenshot’
dari lamanweb semakan daftar pemilih SuruhanjayaPiliha Raya (SPR).
'klon' pengundi yang masih belum selesai |
Penconteng warQah –
Sehingga ke saat penulisan
ini dibuat, anda masih boleh berpeluang menyaksikan sendiri kepincangan yang
berlaku dalam daftar pemilih rasmi seluruh negara. Pihak yang bertanggungjawab,
sila Jangan biarkan undi pertama saya di bakul-sampahkan! Terima Kasih.
#Tunaikan 8 tuntutan, Baru
Pilihanraya.. haish =_=
2 التعليقات:
at: April 13, 2012 at 2:43 PM said...
saya ialah kanak-kanak yang masih x mahu mengundi seboleh-bolehnya...haish (=_=)
at: April 13, 2012 at 3:43 PM said...
nak buat apa2 keputusan pun atas dunia ni semuanya akan berakhir di antara dua jugak nanti.. syurga @ neraka,
#pilih yang paling kurang mudaratnya, wallahu a'alam
Post a Comment