Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, April 10, 2012

ta’aruf

SITUASI : selepas ta’aruf ringkas dalam satu majlis ilmu

Kita melihat tiada sesiapa pun yang mempunyai nilai persamaan yang setara dengan kita, baik nama, asal tempat kelahiran dan membesarnya kita, course pengajian kita, hatta dalam hobi kita pun masih jelas ada perbezaannya; jadi apakah persamaan yang wujud antara kita?
Apakah kesatuan yang boleh mengukuhkan kita? Tak lain dan tak bukan pastinya sebuah ikatan Ukhuwah Islamiyyah, kesatuan yang wujud dalam kepercayaan dan ‘aqidah kita terhadap Allah; Rabbul ‘alamin tiada Ilah selain-Nya.

Fitri, Haris, Akram, Safwan, Alif, Idlan; mereka ini semuanya ini adalah pelajar tahun pertama di Bumi UIAM Kuantan. Pertemuan dengan mereka pada satu majlis di Masjid UIAMK minggu lalu telah memecahkan blok pemisah tahun pengajian dan tempat kediaman ikhwah yang terpaksa tinggal di dunia luar kampus.

“Katanya tinggal di Bangi, rumah anta kat seskyen berapa?” Madahku bermula saat duduk bersimpuh di hadapan talam. Ta’aruf yang sedarinya bermula di dalam masjid, sekarang ini telah pun diheret ke dalam sebuah jamuan sarapan pagi. Kemesraan yang wujud dalam masa yang pantas ini pastinya rahmat dari Pencipta ukhuwah itu sendiri. ^_^

*B.B.Bangi, Melaka, MRSM Gemencheh, SBPI Selandar, UIAMK

Tag ini menandakan bahawa;
Biarpun kita bukanlah berasal dari rahim yang sama,
Namun Kita semua masih di bawah ‘ar-Rahim’ yang sama!! :)

2 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: April 10, 2012 at 5:17 PM said...

kadangkala taaruf yang x sampai 5 minit akan melahirkan persahabatan yang insyaAllah sampai ke Jannah..

perindu_خلافة says:
at: April 10, 2012 at 6:52 PM said...

insyaALlah.. ^_^