Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, January 28, 2018

Travelog KUL-BDO (Day 1)

24-Jan-2018 (Rabu) – Perincian

Malindo Air : KUL-BDO
OD 0302
Duration 2hr(s) 20min(s)
Class: Economy
1300 Hrs (GMT +8) – Main Terminal KLIA
1420 Hrs (WIB) – Husein Sastranegara Airport, Bandung

Pada pagi Rabu 24-Jan-2018; saya emak dan abah di hantar sendiri oleh abang ipar ke KLIA. Ketibaan kami di Airport lebih awal adalah bagi memastikan tiada hiccup semasa urusan baggage drop, melepasi imigresen dan kastam. Kaunter check-in bagi penerbangan antarabangsa di buka 3 jam sebelum masa perlepasan. Memandangkan penerbangan ini di jadualkan pada jam 1.00 tengah hari. Maka kami memilih untuk berada di airport seawal jam 10.00 pagi waktu Malaysia. Kami tiba 30 minit lebih awal sebelum kaunter di buka memberi peluang untuk kami berehat terlebih dahulu di Anjung Tinjau KLIA.

Anjung Tinjau KLIA

Tepat jam 10.00 pagi baru kami bergerak ke Kaunter E15-E16 untuk urusan baggage drop. Self-print boarding pass kami di gantikan dengan normal boarding pass oleh petugas Malindo Air di kaunter dan oleh kerana tidak ramai yang berurusan di kaunter maka kami tidak perlu beratur pun. Urusan pengesahan tempahan, passport dan check-in bagasi tidak sampai 10 minit. Sangat effisien dan pastinya dihias dengan sekuntum senyuman. Terima kasih, saya bagi 5 Bintang.

Owh ye, Gate perlepasan ditentukan ketika ini. Tertulis pada boarding pass C11.

Selesai urusan pendaftaran masuk, kami berehat sekejap dan pastikan semua dokumen dah ada (termasuk confimation booking hotel) sebelum bergerak turun ke bawah. Lebih awal lebih baik, kerana sebelum dapat ke zon antarabangsa kami perlu melepasi kawalan imigresen dan kastam yang berada di Terminal M terlebih dahulu, kemudian baru dapat ke Terminal Satelit dengan menaiki aerotrain. Pengalaman kali pertama menggunakan auto-gate, sangat-sangat mudah. Se-awal jam 10.45 pagi kami telah berada di luar gate perlepasan menunggu untuk gate di buka.

Boarding Gate C11

Penerbangan tepat jam 1.00 tengahari waktu Malaysia dan penerbangan ke Bandung ini mengambil masa 2 jam 20 minit. Sedia maklum, bagi penerbangan 1-3 jam Malindo Air menyediakan Hot Snack dan Beverages Service secara percuma. Penumpang boleh memilih sama ada untuk mendapatkan chicken pizza atau pun vegetable pizza (bersama cupcake) dan pelbagai variety jus dan air berkarbonat (lychee, blackcurrant, apple). In-flight entertainment pun ada untuk menghabiskan masa penerbangan tanpa rasa bosan yang penting bawa head-phone / ear phonenya sendiri.

Tepat jam 2.20 petang (Waktu Indonesia Barat: WIB), kami tiba di Bandung Airport. Urusan deklarasi lebih mudah dan tanpa banyak soal berbanding semasa saya menjejak Bumi Singapura pada tahun 2013. Tuntutan bagasi juga tidak perlu menunggu lama, kurang 20 minit urusan di Bandara selesai dan kami dapat keluar. Terus bertemu dengan nenek saudara yang telah pun berada di luar pintu ketibaan.

Sementara menunggu kereta dan supir yang dijanjikan pada Jam 3.30 petang (WIB) untuk perjalanan ke Cianjur, kami sempat mengisi perut dengan kebab dan kopi terlebih dahulu. Waktu ‘asar di Bandung adalah pada 3.26 petang (WIB) dan kami telah berniat lebih awal untuk melaksanakan solat jama’ ta’khir iaitu menunggu sehingga sampai ke Cianjur.
Kos Makan di Bandara Bandung:
4 cawan kopi hitam + 4 kebab ayam = IDR 269,000 (MYR 80.70)
Buat pertama kali makan sekali harga cecah ratusan ribu. Heheh..

Tepat Jam 3.30 petang (WIB), supirnya sampai dengan Toyota Avanza. 2 orang anak muda berumur 22 tahun, seorang namanya Bagus Rizky dan seorang lagi Jaffeth (teman seangkatan). Perusahaan sewa kereta ini adalah milik ayah Jaffeth, kebetulan mereka berdua sedang bercuti dari kuliah maka mereka memilih untuk jadi supir. Sayangnya saya tak ingat nama tempat belajar masing-masing Cuma jurusannya sahaja, Jaffeth dalam bidang Undang-Undang dan Bagus dalam bidang Kejuruteraan.

Macet

Macet (baca: jammed).. ya untuk keluar dari Kota Bandung sahaja, kami telah menghabiskan masa sekitar 1 jam. Masuk ke Highway juga macet dan perjalanan yang agak perlahan hanya disebabkan jumlah kenderaan yang terlalu banyak di atas jalan raya. Genap 2 jam setengah perjalanan menempuh kebanyakan tempat yang saya telah ricky terlebih dahulu, maka kami sampai ke rumah nenek saudara. Letaknya agak terkedalam dari jalan utama yang menghubungkan Jalan Raya Bandung-Cianjur.

Sawah bendang cuma 3 meter belakang rumah

Sesampai jam 6.00 petang (WIB), terus bersolat jama’ zohor dan asar. Minum petang dan bersedia untuk makan malam. Sedang makan kedengaran azan isya’ (7.31 petang WIB) berkumandang dari madrasah terdekat. MasyaALlah.. madrasahnya penuh dengan anak-anak kecil. Satu pemandangan yang saya kira tidak dapat langsung di lihat di mana-mana kampung dalam Malaysia. Mereka datangnya dari rumah-rumah berdekatan dengan madrasah. Saya solat isya’ berjemaah dan terus jama’kan dengan maghrib yang kelewatan.

Jam 10.00 malam (WIB) selepas menghabiskan masa berborak dengan nenek saudara, kami terus masuk tidur. Melepaskan kepenatan; 3 jam menunggu di airport, 2 jam di dalam flight dan hampir 3 jam berkereta untuk sampai ke destinasi.

Info Ringkas:
Suasananya nyaman, di kelilingi kawasan sawah yang seluas mata memandang. Cuma udaranya tidak sesejuk udara di Bandung. Kalau melihat dari kedudukan kawasan ini, letaknya adalah di bawah Bandung. Kami bergerak menuruni kawasan tinggi ke rendah dalam tempoh antara 30 ke 45 minit sebelum menempuhi jalan datar. Sepanjang perjalanan, pelbagai perusahaan melibatkan batu kapur, batu granit dan kayu dapat dilihat. Penduduk setempat benar-benar menggunakan hasil galian yang kaya dimiliki mereka untuk dibuat perhiasan dan alat kegunaan di rumah dan percaya atau tidak, sepanjang perjalanan tersebut tidak ada satu tempat yang saya tidak dapat melihat orang.

TAMAT .. Untuk travelog hari pertama.

Travelog Ringkas KUL-BDO

KUALA LUMPUR – BANDUNG
FOREX IDR/MYR = IDR 1,000,000/RM302.50 (Januari 2018)

Kali pertama saya menggunakan passport untuk ke-luar negara adalah untuk undangan temuduga di Bumi Singapura pada akhir tahun 2013. Hanya selepas 5 tahun iaitu tahun 2018, barulah sekali lagi passport di atas nama saya di cop pihak imigresen luar dan pastinya ia adalah passport yang baru (passport lama telah lama tamat tempoh pada tahun 2015). Tujuan kali ini adalah untuk melawat nenek saudara di Kabupaten Cianjur kira-kira 55.5 km kiraan tepat dari Bandar Udara Husein Sastranegara (Bandung Airport). – luar Kota Bandung.

Urusan pembelian tiket penerbangan seperti biasa di buat melalui carian dari laman web pada 31-Dec-2017. Hasil ushar-ushar akhirnya, Malindo Air di pilih untuk tarikh penerbangan 24-Jan-2018 dan 27-Jan-2018 kerana menawarkan penerbangan KUL-BDO / BDO-KUL pada harga terendah untuk 3 orang. Harga untuk 3 tiket dewasa cuma RM 1080.30. Berbanding harga tiket Air Asia untuk tarikh penerbangan yang sama mencecah RM 1400.00 (tanpa pemilihan tempat duduk, makanan dan juga bagasi).

Pelannya adalah 1 malam di Cianjur dan 2 malam di Kota Bandung.

Untuk urusan dari Airport ke Cianjur dan Cianjur ke Kota Bandung (Nama lain: Kota Kembang), saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan Supir dan kereta yang ditempah lebih awal. Dengan bayaran sebanyak IDR 1,200,000 (~MYR 360.00) untuk 2 hari itu sudah cukup berbaloi. Ini kerana sekalipun tempat tujuan saya letaknya cuma sekitar 55 km, namun kerana keadaan jalan rayanya memungkinkan memakan masa yang agak lama. Boleh jadi sekiranya saya menggunakan perkhidmatan GRAB untuk pergi dan balik, tiada pemandu yang bersedia untuk menempuh perjalanan yang saya maksudkan. Untuk 2 hari seterusnya saya cuma menggunakan GRAB kerana dari awal saya telah memilih hanya untuk perjalanan sekitar Kota Bandung tanpa keluar lagi, GRAB adalah pilihan yang murah dan mudah (akan saya perincikan dalam post akan datang).

Dalam keadaan ‘normal’ perjalanan yang perlu di ambil dari Kota Bandung ke Cianjur adalah sekitar 3 jam perjalanan. Itu adalah perjalanan yang saya tempuh untuk bergerak ke Cianjur. Normal pada hemat saya adalah kerana Kota Bandung sangat terkenal dengan keadaan ‘macet’nya (traffic jammed).
alhamduliLlah perjalanan pulang kami cuma mengambil masa sekitar 1 jam setengah sahaja.
Tips: elakkan perjalanan waktu pergi dan balik kerja juga perjalanan pada hujung minggu.

BDO - *Cianjur : 1500 Hrs (WIB) – 1800 hrs (WIB)
*Cianjur - Fabu Hotel : 0930 Hrs (WIB) – 1100 Hrs (WIB)

*Kampung Gempol, Desa Sukamulya, Kecamatan Sukaluyu, Kabupaten Cianjur, Propinsi Jawa Barat.


Di sebabkan kebanyakan hotel di tengah-tengah Kota Bandung telah ditempah lebih awal dan tidak mempunyai kekosongan. Maka saya memilih hotel budget paling dekat dengan Pasar Baru Trade Center. Tidak lain adalah bagi memudahkan pergerakan kami ke tempat wajib singgah untuk mak membeli belah. Fabu Hotel menawarkan Deluxe Room + 1 extra bed (+ welcome drink, + parking, +  breakfast) untuk 2 malam pada harga cuma RM382.18. Urusan penempahan bilik hotel saya buat melalui aplikasi Agoda.Com
Tuesday, April 15, 2014

#2 . Jangan berhenti !



Teratak D’ Puncak
QS 32 : 1-30

Satu ketika dulu,
Pernah saya berpesan pada sahabat² yang sebaya dengan saya,
kalau tak mampu berlari, berjalan-lah
yang muda sikit berseloroh, ‘kalau tak boleh jalan bang?’
..merangkak, yang penting jangan pernah berhenti melangkah

2003

01-Mar-1988 / 7.32 pm (bermulanya sebuah kembara)
Satu ketika nanti saya juga akan ‘berhenti’ melangkah,
Tinggi harapan saya, agar langkah kaki ini dapat di sambung oleh jiwa yang lain ^_^
Saturday, April 5, 2014

#1 . tanpa sebab


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Acap kali juga dipersoal tentang kenapa saya suka orang itu ‘atau’ kenapa saya suka buat benda ini, namun saya gagal memberikan sebarang alasan. Setelah beberapa kali berdepan situasi yang sama, saya memilih perkataan PASSION sebagai jawapan muktamad pada persoalan yang dikemukakan.

Menurut kefahaman saya:
P A S S I O N adalah suatu praktikal yang sukar diterjemah secara literal.

Mungkin video ‘Unsung Hero’ ini sedikit sebanyak mampu memberi gambaran apa passion yang cuba saya maksudkan.



 Kenapa abang buat semua ni (tutor math)?
saya harap persoalan sebelum ni dah terjawab.

# Maaf, kesibukan urusan kerjaya..
menyempitkan ruang saya untuk menulis di atas warQah™  ):
Tuesday, December 24, 2013

keputusan temuduga PTD 2013


tiada rezeqi untuk jalan ini, saya percaya jika bukan sekarang dan bukan jua yang akan datang, ada jalan lain yang disediakan untuk saya, ^_^

positif,

'..dari 84963 calon yang ambik periksa, kau terpilih untuk duduk dalam kumpulan 4561 orang yang dipanggil temuduga, tak cukup best ke tu..' -bff-

positif lagi,