Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, October 17, 2020

Borang 2A - Permohonan Kebenaran Berkahwin (Lelaki)

 

Bakal pengantin lelaki (selepas ini di rujuk sebagai: pemohon) yang ingin mengisi Borang 2A – Borang Kebenaran Berkahwin (Lelaki) boleh membuat pendafataran melalui https://ncr.jais.gov.my/

 


 

Klik Daftar di sini

 

Selepas proses pendaftaran selesai, pemohon perlu mendaftar masuk ke dalam sistem NCR dengan menggunakan ID (Nombor My Kad) dan kata laluan yang telah di daftarkan.

 


 


Sekiranya alamat tempat tinggal pemohon TIDAK SAMA dengan alamat pada Kad Pengenalan. Maka, pemohon wajib mengisi Borang 1 – Akuan Pengesahan Pemastautinan. Borang ini perlu disahkan terlebih dahulu sebelum pemohon boleh mengisi Borang 2A.

 

Sekiranya alamat tempat tinggal pemohon SAMA dengan alamat pada Kad Pengenalan. Maka, pemohon tidak perlu mengisi Borang 1. Terus klik Borang 2A – Permohonan Kebenaran Berkahwin (Lelaki).

 

Isikan maklumat penting; merangkumi perincian berkaitan pengantin lelaki, pengantin perempuan dan 2 orang saksi. Cetak borang yang telah dihantar menerusi sistem NCR (untuk dikepilkan bersama dokumen sokongan lain)** bagi mendapatkan pengesahan Penolong Pendaftar Penikahan di Masjid Mukim tempat pemohon bermastautin.

 

**(1) salinan kad pengenalan pemohon, (2) salinan kad pengenalan saksi, (3) Borang Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan, (4) Sijil Asal Kursus Pra-Perkahwinan dan Salinan.

 





Kedua-dua orang saksi ini perlu hadir bersama pemohon ketika proses pengesahan dokumen dan perlu menurunkan tandatangan pada Borang 2A di hadapan PPP. Saksi boleh terdiri daripada mereka yang kenal rapat dengan pemohon. Saksi saya merupakan dua (2) orang sahabat paling rapat yang telah saya anggap sebagai adik sendiri.

 

Selesai urusan pengesahan dokumen oleh PPP, barulah pemohon boleh menghantar Borang 2A bersama dokumen sokongan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tempat pemohon bermastautin.

 

Bayaran sebanyak RM 10.00 dikenakan untuk urusan di PAID sebelum Pendaftar Pernikahan mengeluarkan Borang 3A (Kebenaran Berkahwin Dalam Negeri Selangor - Lelaki) @ Borang 3B (Kebenaran Berkahwin Luar Negeri Selangor – Lelaki).

 

Disebabkan pihak perempuan dalam kes saya merupakan pemastautin di luar Negeri Selangor. Maka, satu (1) salinan Borang 2A yang telah disahkan PPP mukim bersama dokumen sokongan perlu saya sediakan untuk dihantar ke PAID Hulu Langat.

 

a)      Salinan Borang 2A untuk di simpan PAID HL

b)      Borang 2A asal akan dikembalikan (bersama Borang 3A@3B) untuk serahan kepada pihak perempuan.

0 التعليقات: