Sunday, September 18, 2011
nostalgia sept 18, 2001 |
"...kat sini kita bukan sekadar belajar subjek teras je macam matematik, sains, bahasa inggeris, dll. tapi lebih dari tu, kita akan sama-sama belajar tentang realiti kehidupan; kasih sayang, hormat-menghormati, cinta, persahabatan, kenangan, kepimpinan dsbnya. Jadi saya sangat berharap anak-anak semua tak mensia-siakan peluang yang ada ni dan akan menggunakannya dengan sebaiknya.." abi (surau aspura)
Author:
perindu_خلافة
Friday, September 16, 2011
SOLVILet TITUS bernafas lagi,
masih kah kalian ingat!?
dengan Qisah hentinya 3batang jarum...!
hari ini, Jumaat 16 Sept-11.
Tepat jam 4.26pm jarumnya
TITUS bergerak lagi,
Setelah nafas baru diberi
Illahi ^_^
empat purnama bertambah lagi
hari yang empat,
TITUS ini setia menemani
penconteng warQah,
Biar tidak dapat memberi
maklumat,
namun hadirnya menjadi
penyeri sebuah kebiasaan,
Kau lihat,
Intern ku masih bergerak tidak diganggu,
Tugas membantu adik-adik ku
berjalan semampu aku,
Memerah sedikit keringat,
dalam buruan secebis Ramadhan,
TITUS ini kekal di
sampingku,
Sedikit tidak terkilan,
secupak mahukan teman.
Di saat membaca semula penulisan
ku dalam entry yang lalu berkenaan SOLVILet TITUS, ku dapati ada ketersilapan
dalam penulisan,
“...Di dalam entry
mahupun kepingan gambar yang dikongsi
terakam jasa warQah buat diri seorang aku.”
Ralat : Ku yakin perkataan ‘warQah’ itu sepatutnya
adalah ‘SOLVILet TITUS’,
Sunday, September 11, 2011
rumah ke kampus,
| pengembaraan dari tanah selatan ke belahan bumi timur; menandakan bermulanya langkah pertama sebagai pelajar tahun akhir jurusan sains bioperubatan di International Islamic University Malaysia, Kuantan Campus,
بسم الله الرحمن الرحيم
Author:
perindu_خلافة
nostalgia sept 11, 2001 |
"Rizqan kamu perlu pulang hari ni jugak,
memandangkan tahap kesihatan kamu semakin teruk,
jadi kami sependapat untuk tidak membenarkan kamu teruskan sesi temuduga pada kali ni..
mungkin ada peluang yang lebih baik di luar sana.
Semoga Berjaya"
Author:
perindu_خلافة
Melarikan diri dari matahari~
Perjalanan dari bumi selatan menuju ke pekan kota
lama bernama Semenyih mengundang 1001 gelodak perasaan dalam diri penconteng
warQah. Dilema mahu meneruskan perjalanan dan memenuhi undangan sahabat-sahabat
lama bercampur baur dan sering bertingkah di dalam Qalbu. Sehingga di saat-saat
akhir tika membuka mata pagi 10 September fikirannya masih ligat bergerak. Dan
akhirnya keputusan melarikan diri dari matahari diambil. Perjalanan yang
sepatutnya dirancang bermula jam 5 pagi di anjak sedikit selepas menunaikan
Solat Subuh dinihari. Tepat jam 6 pagi bergerak bersama sebuah motosikal.
Mimpi buruk 2 hari sebelumnya yang menjana gelodak
hati penconteng warQah. Keterlibatan dalam kemalangan yang tidak dijangka
bersama dengan kereta milik ayahnya menjadikan punca dia memilih untuk tidak
membawa kereta buat sementara waktu ini. Pengembaraan bermula sebaik mendapat
restu ayah dan bonda. Bergerak ke kota lama, penuh nostalgia...
Dalam usaha menenang diri, penconteng warQah memilih
untuk melalui jalan baru sebagai teknik memahirkan diri selain menentang dilema
hati. Bermula dari Simpang Ampat tol tanpa bayaran. Pergerakan menyusur keluar
dengan yakin melalui tol Senawang juga tanpa bayaran. Melalui sekalian
banyaknya lampu isyarat dalam perjalanan di atas jalan lama sebagai penyambung
sebuah jalan baharu yang tidak pernah dicuba sendiri; sebelum ini. LEKAS
singkatan kepada Lebuh raya Kajang Seremban adalah jalan pintas Pinggiran
Seremban ke Tanah Semenyih. Penconteng warQah memasukinya dengan lafaz ‘Dengan
Nama ALlah’ untuk ke sekian kalinya~
Siapa tahu LEKAS yang asal namanya lebih indah
tatkala pembinaan baru memasuki fasa permulaan. Hanya mereka yang cuba
mengambil tahu, takjub dengan pembinaan yang tertangguh berbulan-bulan, malah mengambil
masa bertahun perjalanan. KASEH nama asalnya dahulu, tika penconteng warQah
masih menetap di kota lama Semenyih. Perjalanan ditemani LEKAS terasa akan
kehadirannya KASEH, mungkin kerana hanya jasadnya sahaja bertukar nama;
bukannya Rohnya.
Biarpun perjalanan kosong di atas LEKAS, kawasan
pemandangan indah dengan rintik-rintik hujan halus seketika lebat membuat diri
penconteng warQah terasa bebas. Bebas dari gelodak jiwa, terpesona dengan
indahnya ‘Kerja Tangan’ sang Pencipta.
Kedinginan tidak mengatasi takjubnya rasa...
![]() |
| pemandangan di atas LEKAS |
Persiapan ke puncak dilakukan, lereng bukit didaki bersama
kemasan baju Melayu bersamping songket untuk pertemuan dalam sebuah perjanjian~
Author:
perindu_خلافة
Saturday, September 10, 2011
September 9 bukan birthday saya...
Pertama-tama sekali saya; Muhamad Rizqan Aizzaini
memohon ribuan ampun dan maaf buat semua sahabat² ‘Muka Buku’, di
atas tindakan saya yang dengan sengaja meletakkan tarikh 9 September 2011
sebagai ulang tahun kelahiran saya yang ke-23 pada tahun ini. Sedangkan tarikh
ulang tahun kelahiran saya yang sebenar adalah bukan seperti yang tertera di
laman sosial tersebut. Biar apa pun keadaannya, saya dengan rendah hati
menerima ucapan doa dan selamat ulang tahun dari kalian bagi sambutan ulang
tahun kelahiran saya yang telah pun berlalu pergi. Saya percaya kesemua doa dan
ucapan tersebut lahir dari hati yang ikhlas sahabat² sekalian dan pastinya doa²
tersebut membuahkan hasil terbaik buat kita semua. insyaALlah~
Adapun tindakan ini adalah sebahagian daripada survey yang diciptakan untuk melihat
kebergantungan sahabat² Muka Buku saya; kepada notification yang disediakan
oleh pihak Muka Buku sebagai sebahagian dari aplikasi asasnya. Ini adalah
ringkasan laporan yang dapat saya keluarkan hasil daripada FB
notification birthday palsu untuk survey berkenaan:
Jumlah sahabat ‘Muka Buku’
rasmi saya :
679
Jumlah sahabat yang membalas
mengenai Birthday : 132
Jumlah sahabat yang
mengetahui kebenaran sebenar : 6
Analogi Birthday
Kerisauan saya dalam penyebaran mesej berantai di
laman² sosial ada asasnya. Lebih² lagi apabila seseorang yang tidak mempunyai ilmu
yang mendalam akan hal tersebut mendapat sesuatu mesej yang mereka anggap benar
(kemungkinan tidak terkandung sedikit kebenaran pun) lalu terus menyebarkannya.
Melalui analogi birthday palsu ini sahabat² boleh cuba memahami akan
maksud saya itu.
Ilmu dalam
hal ini bolehlah diibaratkan sebagai pengetahuan sahabat² mengenai tarikh ulang
tahun kelahiran saya yang sebenarnya. Apabila mereka yang dimaksudkan ini menerima
maklumat yang salah, mereka akan bertindak sama ada tidak akan menghantar
ucapan ataupun mereka akan cuba memastikan kebenarannya terlebih dahulu dengan
mengutarakan pertanyaan.
Sebagai contoh
mudah, kita sedia maklum yang pelangi mempunyai 7 warna berbeza. Tiba² dalam
buletin utama TV3 mengatakan, pelangi ada 3 warna. Pastinya ada di antara kita
menolak terus dakwaan tersebut atau mempersoalkan kembali, betul atau tidak!?. Pesan
saya; untuk dunia hari ini jangan mudah kita percaya dengan omongan pihak ke-3
kerana kebenarannya belum pasti. Sebab Dia menjadikan fitrah ilmu itu untuk di cari
bukan disuap setiap hari, Carilah kebenaran dari yang Haqiqi kerana hanya itu
jalannya dalam usaha kita mendekatkan diri dengan-Nya Pemilik Cinta Sejati ^_^
P/s: Sedikit
pun saya tidak berniat mahu menipu sesiapa di dalam hal ini. Oleh sebab itulah ahli
keluarga terdekat telah pun diberitahu dan sedia maklum akan hal yang sebenarnya
sebelum survey ini dijalankan. Dan tindakan saya tidak mengumumkan survey ini adalah
untuk mengelakkan bias. Saya sekali lagi memohon maaf andai ada sahabat
yang rasa dipermainkan dan berkecil hati apabila mendapat tahu kebenaran yang
sebenarnya.
Di antara ratusan
orang yang mendoakan kebaikan saya itu; berdiri beberapa orang yang tidak
pernah sekali terleka dalam memberikan hadiah ulang tahun (yang sebenar) kepada
saya sejak saya mengenali mereka ini. errr... =_=’
Author:
perindu_خلافة




