Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, September 10, 2011

September 9 bukan birthday saya...


                Pertama-tama sekali saya; Muhamad Rizqan Aizzaini memohon ribuan ampun dan maaf buat semua sahabat² ‘Muka Buku’, di atas tindakan saya yang dengan sengaja meletakkan tarikh 9 September 2011 sebagai ulang tahun kelahiran saya yang ke-23 pada tahun ini. Sedangkan tarikh ulang tahun kelahiran saya yang sebenar adalah bukan seperti yang tertera di laman sosial tersebut. Biar apa pun keadaannya, saya dengan rendah hati menerima ucapan doa dan selamat ulang tahun dari kalian bagi sambutan ulang tahun kelahiran saya yang telah pun berlalu pergi. Saya percaya kesemua doa dan ucapan tersebut lahir dari hati yang ikhlas sahabat² sekalian dan pastinya doa² tersebut membuahkan hasil terbaik buat kita semua. insyaALlah~
                Adapun tindakan ini adalah sebahagian daripada survey yang diciptakan untuk melihat kebergantungan sahabat² Muka Buku saya; kepada notification yang disediakan oleh pihak Muka Buku sebagai sebahagian dari aplikasi asasnya. Ini adalah ringkasan laporan yang dapat saya keluarkan hasil daripada FB notification birthday palsu untuk survey berkenaan:

Jumlah sahabat ‘Muka Buku’ rasmi saya                   : 679
Jumlah sahabat yang membalas mengenai Birthday     : 132
Jumlah sahabat yang mengetahui kebenaran sebenar    : 6

Analogi Birthday
                Kerisauan saya dalam penyebaran mesej berantai di laman² sosial ada asasnya. Lebih² lagi apabila seseorang yang tidak mempunyai ilmu yang mendalam akan hal tersebut mendapat sesuatu mesej yang mereka anggap benar (kemungkinan tidak terkandung sedikit kebenaran pun) lalu terus menyebarkannya. Melalui analogi birthday palsu ini sahabat² boleh cuba memahami akan maksud saya itu.
Ilmu dalam hal ini bolehlah diibaratkan sebagai pengetahuan sahabat² mengenai tarikh ulang tahun kelahiran saya yang sebenarnya. Apabila mereka yang dimaksudkan ini menerima maklumat yang salah, mereka akan bertindak sama ada tidak akan menghantar ucapan ataupun mereka akan cuba memastikan kebenarannya terlebih dahulu dengan mengutarakan pertanyaan.




Sebagai contoh mudah, kita sedia maklum yang pelangi mempunyai 7 warna berbeza. Tiba² dalam buletin utama TV3 mengatakan, pelangi ada 3 warna. Pastinya ada di antara kita menolak terus dakwaan tersebut atau mempersoalkan kembali, betul atau tidak!?. Pesan saya; untuk dunia hari ini jangan mudah kita percaya dengan omongan pihak ke-3 kerana kebenarannya belum pasti. Sebab Dia menjadikan fitrah ilmu itu untuk di cari bukan disuap setiap hari, Carilah kebenaran dari yang Haqiqi kerana hanya itu jalannya dalam usaha kita mendekatkan diri dengan-Nya Pemilik Cinta Sejati ^_^

P/s: Sedikit pun saya tidak berniat mahu menipu sesiapa di dalam hal ini. Oleh sebab itulah ahli keluarga terdekat telah pun diberitahu dan sedia maklum akan hal yang sebenarnya sebelum survey ini dijalankan. Dan tindakan saya tidak mengumumkan survey ini adalah untuk mengelakkan bias. Saya sekali lagi memohon maaf andai ada sahabat yang rasa dipermainkan dan berkecil hati apabila mendapat tahu kebenaran yang sebenarnya.

Di antara ratusan orang yang mendoakan kebaikan saya itu; berdiri beberapa orang yang tidak pernah sekali terleka dalam memberikan hadiah ulang tahun (yang sebenar) kepada saya sejak saya mengenali mereka ini. errr... =_=’

9 التعليقات:

Unknown says:
at: September 11, 2011 at 8:27 PM said...

oh..dah ade pun!
hahhaha
ak ingat pun sebab teringat post kat warQah yg ade gambar planet putaran pe ntah..ahahaha..kan time tu lambat wish..jadi teringat terus~ hahaha...

p/s: sebenarnya sedikit sebyak2 aku bergantung jua pada itu fb notification pasal bday..heheheh

Norlyana Nasrin says:
at: September 12, 2011 at 12:29 AM said...

2 la pasal..huhu sbb x silap kte..awal march ari 2 dah wish b'day rizqan..huhu xpe2 bkn slalu wat srvey huhu

softbullet says:
at: September 13, 2011 at 12:32 PM said...

:) biasa la tu..most of them bergantung dgn notification bday je,tapi wish diorg memang ikhlas cuma notification lebih memudahkan..aku pon ada beberapa je yg ingat tarikh,ada yg ingat bulan aje.. apa pun trime je wish diorg dgn baik..
aku pn tak sure takut kalendar dlm islam ke ape ke?haha.. sbb tu aku tkejut "HAH?BDAY??" hahahahaha

ruriko shin says:
at: September 14, 2011 at 1:45 PM said...

owhh patut la..ms nak wish tu rase cm lain..sbb rasenye dah wish dah dulu..tp sbb tgk notification trus je la wish..hehe

perindu_خلافة says:
at: September 15, 2011 at 9:55 AM said...

RuBy
hahaha¬ ko ingat lagi ea pasal entry tuh RuBy, anywy aku pun selalu jugak depends pada FB notification sebenarnya, sbb x boleh nk ingat birthday friends ramai2 ni.. huhu >_<

Norlyana Nasrin
huhu sorry ea lyana kalau terkecik hati pulak.. bkn niat rizQan nk tipu sesiapa pn, :(

perindu_خلافة says:
at: September 15, 2011 at 9:59 AM said...

rahimie
fyi mie.. birthday dalam kalendar hijrah aku 12/13 rejab, huhu dah lama lepas dah :)

ruriko shin
huhu sorry jugak najlaa.. abg xde niat nk tipu sesiapa :(, but for all thanx utk semua do'a keberkatan tu, ameen ^_^

Norlyana Nasrin says:
at: September 18, 2011 at 11:47 AM said...

huhu x kecik hati pun (^-^)

Unknown says:
at: September 20, 2011 at 11:56 PM said...

selamat org xde niat jahat nak rosakkan misi ko tu..hehe..

anyway, survey yg bagus~~~ :)

perindu_خلافة says:
at: September 23, 2011 at 5:22 PM said...

Norlyana Nasrin
huhu.. kalau hati besar nnt jadi hepatomegaly plak kn, >_<

Mia Lydia
bagus2.. :)