Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, September 11, 2011

Melarikan diri dari matahari~


                Perjalanan dari bumi selatan menuju ke pekan kota lama bernama Semenyih mengundang 1001 gelodak perasaan dalam diri penconteng warQah. Dilema mahu meneruskan perjalanan dan memenuhi undangan sahabat-sahabat lama bercampur baur dan sering bertingkah di dalam Qalbu. Sehingga di saat-saat akhir tika membuka mata pagi 10 September fikirannya masih ligat bergerak. Dan akhirnya keputusan melarikan diri dari matahari diambil. Perjalanan yang sepatutnya dirancang bermula jam 5 pagi di anjak sedikit selepas menunaikan Solat Subuh dinihari. Tepat jam 6 pagi bergerak bersama sebuah motosikal.
                Mimpi buruk 2 hari sebelumnya yang menjana gelodak hati penconteng warQah. Keterlibatan dalam kemalangan yang tidak dijangka bersama dengan kereta milik ayahnya menjadikan punca dia memilih untuk tidak membawa kereta buat sementara waktu ini. Pengembaraan bermula sebaik mendapat restu ayah dan bonda. Bergerak ke kota lama, penuh nostalgia...
                Dalam usaha menenang diri, penconteng warQah memilih untuk melalui jalan baru sebagai teknik memahirkan diri selain menentang dilema hati. Bermula dari Simpang Ampat tol tanpa bayaran. Pergerakan menyusur keluar dengan yakin melalui tol Senawang juga tanpa bayaran. Melalui sekalian banyaknya lampu isyarat dalam perjalanan di atas jalan lama sebagai penyambung sebuah jalan baharu yang tidak pernah dicuba sendiri; sebelum ini. LEKAS singkatan kepada Lebuh raya Kajang Seremban adalah jalan pintas Pinggiran Seremban ke Tanah Semenyih. Penconteng warQah memasukinya dengan lafaz ‘Dengan Nama ALlah’ untuk ke sekian kalinya~


                Siapa tahu LEKAS yang asal namanya lebih indah tatkala pembinaan baru memasuki fasa permulaan. Hanya mereka yang cuba mengambil tahu, takjub dengan pembinaan yang tertangguh berbulan-bulan, malah mengambil masa bertahun perjalanan. KASEH nama asalnya dahulu, tika penconteng warQah masih menetap di kota lama Semenyih. Perjalanan ditemani LEKAS terasa akan kehadirannya KASEH, mungkin kerana hanya jasadnya sahaja bertukar nama; bukannya Rohnya.
                Biarpun perjalanan kosong di atas LEKAS, kawasan pemandangan indah dengan rintik-rintik hujan halus seketika lebat membuat diri penconteng warQah terasa bebas. Bebas dari gelodak jiwa, terpesona dengan indahnya ‘Kerja Tangan’ sang Pencipta.  Kedinginan tidak mengatasi takjubnya rasa...

pemandangan di atas LEKAS
                Persiapan ke puncak dilakukan, lereng bukit didaki bersama kemasan baju Melayu bersamping songket untuk pertemuan dalam sebuah perjanjian~

4 التعليقات:

Unknown says:
at: September 11, 2011 at 8:32 PM said...

naek motor tak patah pinggang ke??
hahaaha

perindu_خلافة says:
at: September 15, 2011 at 10:03 AM said...

alhamduliLlah x patah lagi..
huhuhu, aku naik motor tu nekad kot RuBy¬ (atas sbb2 tertentu)

ratusan kilometer sanggup ku tempuhi, hujan lebat sanggup ku gigili [menggigil sebenarnya :)] dalam usaha pencarian sebuah diri tersirat makna ikatan ukhuwah sejati ^_^

Unknown says:
at: September 21, 2011 at 12:01 AM said...

Alhamdulillah tak de pe2 yg jadi..

selamat pergi n masih selamat tok sambung study..hehe..

perindu_خلافة says:
at: September 23, 2011 at 5:23 PM said...

alhamduliLlah, ^_^