Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, January 31, 2011

URGENT !!


If you know anyone in Egypt, please pass this on to them.
To BYPASS GOVERNMENT BLOCKING of WEBSITES,
USE NUMERICAL IP ADDRESSES:

Twitter ”128.242.240.52

Fb ”69.63.189.34

Google ”172.14.204.99”.

A French ISP offers free dial up internet access ~ +33 1 72 89 01 50
Login password: toto.

Please pass this on and share.

Cerita Tentang Siapa?

click gambar untuk tumbesaran yang sihat!!
Sunday, January 30, 2011

PENCURI !!



                Kes kecurian yang semakin men(jadi)² di Bumi UIA Kuantan semenjak semester lepas adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. Masakan tidak; tahun pertama dan keduaku di bumi itu menjadi bukti bahawa kecurian di Bumi UIA Kuantan adalah sesuatu yang amat mustahil untuk berlaku. Namun panas yang disangka sampai kepetang terpaksa menempuh hujan ditengahari. Semester satu dalam tahun ketiga-ku dibuka dengan cerita kecurian yang pertama semenjak aku menjejakkan kaki di Bumi UIA Kuantan. Apakah!?
Syaitan itu telah kembali... mengkhianati kebaikan pelajar² bumi uia kuantan. Jika sebelum ini, kepercayaan suci sebagai seorang Muslim kepada Muslim yang lain tidak menjadi beban untuk hati berasa sukar dan gundah. Barang keperluan berharga sekalipun boleh diletakkan tanpa perlu kepada kerisauan akan kehilangan; cantiknya Bumi UIA Kuantan ketika Islam sejati menjadi pegangan. Namun sebermulanya semester baru itu, mungkin bersama muka baru yang memakai topeng manusia menyeludup masuk membawa angkara. Entah kenapa!? hati ini amat kuat mengatakan bahawa DARI MUKA BARU IA DATANG, bersama DENGAN CARA LAMA BARANG HILANG.
Terdetik juga dalam benak ini.. siapakah si Pembuat Angkara Durjana? Adakah syaitan bertopengkan manusia atau hurm.. ia bukan lagi manusia tetapi sudah bersifat total syaitan, hati ini amat yakin jika manusia yang punya sifat kebinatangan sekalipun, isu curi-mencuri ini tidak akan pernah wujud kerna ia bukan dalam fitrah kehidupan.
Teringat ketika mana masih menuntut ilmu di Bumi CenFOS, barang paling berhargaku yang hilang bukanlah dari kalangan wang dan handphone yang dicuri. Tetapi sekeping surat dari seorang ustazah; mengajarku mehnah dan tribulasi kehidupan yang perlu aku belajar dan fahami. Kesalnya hati kerana meletakkan surat penting tersebut didalam wallet, tetapi lebih kesal dengan sikap manusia yang amat mudah mengikut jejak langkah bisikan syaitan. Andai kata surat itu masih bersamaku, maka aku yakin itulah peninggalan terakhir dari seorang ustazah yang telah berlalu pergi. T_T
Sahabatku pernah bertanya SIAPAKAH PENCURI itu?

“SYAITAN!!”
ringkas benar jawapanku, perasaan kesal dan marah menyelebungi diri.

“Tidak rizQan.. yang mencuri barang kau bukannya syaitan!! Sebab kelahirannya sama seperti kita, asalnya juga dari Nabi Adam. Cuma dia dari kalangan anak² Adam yang tersesat, mungkin juga contoh yang ALLAH nak beri pada kita. CALON YANG BAKAL DICAMPAK KE LUBUK NERAKA!!

                Kata² sahabatku itu begitu mudah untuk ku fahami; pencuri adalah istilah kepada pelaku yang dengan niyat hatinya sendiri ingin menjadi contoh manusia yang di humban dan menginap di dalam neraka. Sebagai manusia lain tidak perlu lah kita menjadi contoh lagi, kerna contoh/model sedia ada pun masih wujud dimuka bumi ini. Sekian Terima Kasih ^_^

Saturday, January 29, 2011

epilog kehidupan II

Berjumpa seorang lelaki di Money Changer
Di ceritakan olehnya bahawa perniagaan yang dikerjakan sekarang ini adalah hasil titik peluh keluarganya sendiri. Permulaannya dari bawah kerana keputusan SPM yang tidak memberangsangkan mengajar dia erti untuk lebih berusaha dari orang lain. Dari satu cerita ke satu cerita, sehinggalah ke bahagian yang mana mengatakan bahawa mahasiswa kita sendiri punya masalah yang sukar dibendung. Biar di universiti mana sekalipun mereka melanjutkan pelajaran masalah ini adalah sama. BENAR aku akui kenyataannya, oleh sebab itulah DIA telah menyediakan buat kita para hamba-Nya sebaik-baik tempat pelajaran; apa lagi jika bukan The School of Life. Walaupun begitu; ceritanya adalah sama seperti mana biasa yang telinga aku pernah dengar, maka anggapan ku dia bukanlah dari kalangan orang² luar biasa. Sahabatku seperti amat tertarik untuk meneruskan perbualan, aku sekadar mengangguk kerana yakin kefahamannya di jalanan tidak sama dengan kefahamanku di lapangan kampus. Hatinya lebih membunga mekar dalam konteks Bangsa berbanding Agama~ tidak hairanlah rokok di tangan menjadi teman, ROSAK... :(

Berjumpa keluarga yang dihalau keluar
Kehadiran sebentar ke tanah jejaknya Bank Muamalat Kuantan mencipta pertemuan itu. Sahabatku telah didatangi seorang lelaki yang mendukung seorang anak kecil, dari kejauhan pula terlihat kelibat wanita mengandung dengan perut membusung bergerak kesana kemari seolah ingin menyorok diri. Kemahuan lelaki itu mahu menjual handphone jenis nokia kepada sahabatku ditolak baik kerna sahabatku sendiri baru sahaja menukar telefon bimbitnya beberapa minggu yang lepas. Menurut lelaki itu mereka dihalau keluar dari rumah sedang isterinya yang hanya menunggu hari amat memerlukan duit untuk menampung keperluan hidupnya. Bila ditanya dimanakah mereka akan bermalam pada malam itu, jawapannya mudah; ingin mencari mana² hotel yang boleh diduduki. Sifat kasihanku tidak sedikitpun hadir bila wajah lelaki dan wanita itu yang kutenung, mungkin tiadanya sumber² yang membenarkan hati-ku untuk menjadi sayu. Yang membuatkan aku diam membatu adalah pabila melihat khaleefah kecil dalam kendongannya, seolahnya dia sedang diuji biarpun masih belum mengerti maksud sebenar kehidupan duniawi.

Psstt : Inilah yang terjadi, apabila urusan dunia diambil mudah, agama ditolak ketepi. Rokok ditangan menjadi kebanggaan, isteri bersalut kain tapi seolah tak berpakaian. Mungkin bukan untuk golongan itu DIA mahu berikan pengajaran, tapi buat kami berdua agar dapat belajar sesuatu dari sebuah Universiti Kehidupan.
Tamat

epilog kehidupan I

Sedikit pun tidak terlintas dalam hati ini ingin mengaibkan sesiapa, tetapi apa yang bakal saya bawakan pada anda semua dalam entry kali ini adalah realiti kehidupan yang perlu ditelan walaupun pahit. Jangan kita nafikan, jangan kita berdalih sahabat! kewujudan mereka adalah sebahagian dari warna-warni kehidupan. Waima jika ditolak sekalipun mereka tetap adalah mereka.
Tulisanku pada kali ini amat terasa beban beratnya, kerna ia adalah atas permintaan seorang sahabat yang petah dalam madah.. dan tinggi dalam tsiqah. Contoh yang baik buat seorang insan (seperti aku) yang selalu tergelincir jatuh, melalui tinta warQah dia mengharapkan agar aku dapat mencoret sesuatu yang bermakna buat kalian para pembaca T_T

al-Qisah               :
Aktiviti malam itu tidak dirancang sama sekali, ia merupakan anugerah Tuhan buat kami supaya dapat mengambil pelajaran dari makna sebuah kehidupan. Tatkala aku sedang dalam kesibukan membuat persiapan untuk menyelesaikan janji temu dengan seseorang. Seorang sahabat yang permintaannya amat sukar untuk ku tolak memohon sedikit pertolongan, jujur kesukaran penolakanku adalah kerna kebaikan yang tidak pernah sekali hilang dari sifatnya.
Sebaik sahaja selesai Solat Maghrib berjama’ah, kami terus menghalakan tujuan kami ke pusat service kereta yang terletak di Taman Tas. Setahu ku jarak Taman Tas ke UIAM lebih kurang 20 hingga 25 minit, tetapi menurut sahabatku ia mungkin memakan masa lebih kurang 15 minit sahaja. Terkejut bukan kepalang bilamana aku melihat kereta yang dipandu sahabatku memecut dengan kadar 140km/jam. Sedang aku yang mengikutinya dengan motorsikal cuma mampu ke tahap maksimum 110km/jam, makan asap la jawabnya... Saif²~ paling penting sahabatku tidak menipu.. kami sampai hampir² tepat 15 minit walaupun terpaksa menempuh beberapa kawasan yang sesak dengan kenderaan.
Selesai sahaja berurusan di pusat service tersebut; kereta ditinggalkan untuk menikmati malam di Taman Tas, kami terus memecut pulang ke kampus untuk aku pula menyelesaikan tanggungjawabku. Kelewatan 5 minit ternyata telah membuatkan muka aku tebal bagai tembok besar china, manakan tidak aku sendiri yang mengatur pertemuan tersebut tetapi aku pula tidak berpegang pada janji. Berusaha untuk TIDAK MENGULANGI perbuatan tersebut. Urusanku diselesaikan cuma di pintu gerbang UIA dan kami terus bergerak ke bandar semula untuk makan malam.
Tujuan utama kami bergerak ke bandar semula walaupun keadaan hujan sekejap² adalah kerna sahabatku ingin membuat tukaran wang tunai Ringgit Malaysia kepada US Dollar. Wang yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk misi keamanan yang diikutinya hari ini di Cambodia.
Bersambung...

IIUM Humanitarian Mision to Cambodia 2011

Ku-tujukan warQah ringkas ini buat sahabat² yang sedang ber(siap)² untuk bertolak ke Cambodia dalam Misi Kemanusiaan UIAM di sana. Semoga kalian senantiasa berada dibawah Lindungan dan Kasih Sayang ALlah dalam menjalankan amanah kalian sebagai khaleefah di muka bumi ini. Tanggungjawab kalian yang besar menggunung dan tinggi melangit itu harus sekali disertakan dengan niyat yang bersih dan hati yang ikhlas untuk mendapat keRedhaan-Nya.
Hanya doa dan harapan sahajalah yang mampu ku hulurkan di saat dan ketika ini agar misi ini berjaya mencapai matlamat dan objektif yang telah disusun sekian lama. Buat sahabat² yang lain; keberadaan anda semua di rumah ketika ini tidaklah mengekang anda daripada terus menghulurkan bantuan Doa kepada pasukan misi kita ini, insyaALlah kebaikan untuk mereka selamat pergi dan selamat pulang ke Tanah Air.
Cambodia~ terimalah sahabat² kami dengan hati terbuka dan berlapang dada, andaikata wujudnya kekurangan dan kelemahan maka anggaplah ia sebagai lumrah dan fitrah yang sentiasa dibawa bersama. Apa yang mereka bawakan ini tidak lebih adalah tanggungjawab sesama manusia yang telah diarahkan Tuhan untuk membawa kehidupan yang lebih sejahtera.

“YA ALLAH, AKU BERMOHON AGAR DIPERMUDAHKAN URUSAN-KU
DAN URUSAN² MEREKA YANG BERUSAHA MENCAPAI REDHA-MU”

Selamat Jalan buat sahabat² dalam Misi Kemanusiaan UIAM ke Kemboja ... doa’ kami bersama kalian, ^_^
Friday, January 28, 2011

TERBAIK ^_^

                Sama ada kita pernah terfikir atau tidak, kebiasaannya kita semua mahukan hanya yang terbaik. MAK dan ABAH yang terbaik, punya KELUARGA yang terbaik, mahu SAHABAT² yang terbaik, juga PASANGAN HIDUP yang TERBAIK. Tapi kadang² kita terlupa untuk bertanyakan soalan berbalik iaitu; adakah kita sendiri adalah yang terbaik buat mereka² di atas. Adakah kita mampu menjadi parents yang terbaik buat little khaleefah kita? Adakah kita salah seorang dari ahli keluarga yang mempunyai sifat² terbaik? Adakah kita mampu menjadi sahabat terbaik buat sahabat² kita? Dan adakah kita adalah pasangan terbaik buat pasangan pilihan kita? errk T_T

Renung²kan rizQan dan Selamat Beramal... huhuhu
Thursday, January 27, 2011

asyik gambar je..

                asSaLaMu’alaykum sahabat².. maaflah~ lama benar rasanya saya x menulis kat atas warQah ni, sampai ada pembaca yang mengeluh,

“...asyik entri gmbar je, org dtg sini nk baca...”

                Hurm~ sekali lagi minta maaf, tujuan saya upload gambar tu semua sebab nak bagi warQah ni x (terus)²an antiquate, jadi se(kurang)²nya ada lah input yang boleh saya sumbang kat sini kan, insyaALlah saya akan cuba baiki kelemahan tu.
Berkenaan dengan silent reader blog warQah ni, saya dapat tahu ada kalangan sahabat² ‘jauh’ dan lecturer yang membaca hasil penulisan saya kat sini. Jujur; saya sangat terharu dengan kehadiran anda semua ke warQah daUn papYrus, sebagai manusia biasa saya x dapat lari dari melakukan kesilapan (memandangkan saya x dapat expect siapa yang akan membaca hasil penulisan saya) jadi saya memohon ampun dan maaf jika berlaku ketidaksuaian kata ganti nama dan sebagainya yang saya gunakan di sini... insyaALlah saya  akan cuba belajar dari kelebihan orang lain untuk membaiki kelemahan saya tu. Saya jugak amat mengharapkan sahabat² sudi menghantar komen² membina untuk membantu saya membentuk sebuah diri bernama manusia. ^_^
Wednesday, January 26, 2011

sang hati cuba ditipu...



Siapakah dia!?
Pertama kali dilihat mata,
Bagai tidak pernah bertemu sebelumnya,
Ya..
Keyakinanku tebal..
..ini kali pertama~
Sahabat yang berdiri ditepi seakan hilang dari dunia,
Keadaan tadinya havoc, jadi sunyi tanpa suara,
Leka dengan keindahan satu wajah..

Huh.. licik sungguh permainan kau;
wahai musuh bani Adam~
Tiupan lembut ke qalbu sang manusia,
Niat kau satu menjerat sang mangsa,
Tak lebih sekadar melepas dendam kesumat yang kau sendiri cipta,

Kecantikan yang dilihat..
juga keindahan yang dirasa..
Semua adalah Milik-Nya yang Esa,
Usah terleka wahai diri,
Usah tertipu wahai hati,
Bahagianmu telah pun ditentukan sebaiknya..
..oleh Sebaik-Baik Sang Pencipta, insyaALlah :)
Tuesday, January 25, 2011

tutupnya IKG 2011


Sehubungan dengan berakhirnya Inter-Kulliyyah Games 2011 pada majlis gilang-gemilang malam tadi, pihak warQah daUn papYrus ingin mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada semua pemenang2 yang mengungguli setiap game yang telah dipertandingkan... Terima Kasih yang tidak terhingga jugak atas kerjasama committe yang bertugas, peserta IKG 2011 dan para penyokong dari Kulliyyah masing2. Segala kekurangan dan kelemahan amatlah kami kesali dan berharap ianya akan dapat menjadi pengajaran serta dapat dibaiki pada masa akan datang. Tahniah jugak buat SCIENCESS yang telah mengekalkan kejuaraan lepas dan berharap semangat kesukanan ini bukan sahaja dapat ditimbulkan untuk membentuk kesihatan fizikal yang baik malah membentuk jati diri Muslim yang unggul.

OLEH ITU:
secara rasminya warQah muDa menurunkan banner IKG 2011
bagi memberi semula laluan kepada banner BioMed Symposium yang telah diturunkan sebelum ini ^_^


"Riadhah Towards Ibadah"
-Muhamad Rizqan Aizzaini bin Ramlan-
Head Sports & Recreational Bureau MRC Talhah 
Monday, January 24, 2011

kerja orang x bertamadun


Keadaan sebenar di Tempat Kejadian:




Sunday, January 23, 2011

OFFICIAL RESULT 4 INDOOR GAMES (ISCAR 2011)

Sila Click untuk tumbesaran yang sihat ^_^
Friday, January 21, 2011

Saya Cabar Kamu!



Hahaha.. ni bukan jawapan kepada pakcik yang cakap sebelum ni k, sebab saya tak suka gunakan media cetak sebagai penyebar bahan cerita bukan-bukan.
oK lah, tujuan saya cakap macam tu sebab saya nak cabar sesiapa sahaja yang rasa mampu untuk merungkai segala isi/makna nombor dalam gambar di atas ni. Saya tak sediakan hadiah untuk kali ni sebab saya yakin tiada siapa yang dapat menjawab soalan ini dengan tepat apatah lagi memberi jawapan yang betul. ^_^
Sesiapa yang rasa pandai mentafsir mimpi, mentaakul nombor atau kreatif untuk buat cerita silakanlah tunjuk bakat sahabat2 kat sini k,
Thursday, January 20, 2011

amanah bukan mainan

Tuesday, January 18, 2011

indoor+bussiness card

alhamduliLlah... urusan kami telah dipermudahkan pada hari pertama indoor games yang berlangsung semalam. Kerisauan akan berlakunya drag masa dari yang ditulis diatas kertas hilang kerna ia tidak berlaku sama sekali, insyaALlah~ untuk hari ini saya akan memperbaiki mana-mana kelemahan committee yang berlaku semalam agar perjalanan untuk hari ini lebih diberkati. [hari pertama untuk brothers pulak bertanding bagi categori indoor games, Selamat Berjaya yuk ^_^]

kebetulan semalam saya sempat mengedit poster untuk satu program yang akan dijalankan datang, secara x langsung dapat la jugak membuat template baru untuk bussiness card sahabat saya. Sambil menyelam minum air kan.. =) yang dibawah ini adalah card yang sedang sahabat saya gunakan dalam bussiness kereta sewanya yang dijalankan di dalam campus sekarang.


Manakala untuk kad baru pulak, saya designkan untuk perkongsian dua nama, yang mana kad tersebut akan dicetak dibahagian depan dan belakang. Kata pun kembar kan.. jadi kedua-dua belah kad tersebut adalah merupakan bahagian hadapan kad, oK



Monday, January 17, 2011

cadangkan printing company utk saya...

Matlamat saya sekarang ni adalah untuk mencari mana-mana printing company yang boleh cop kan nama saya pada 2 jersi baru dengan tulisan arab, bayar lebih pun saya tak kisah. Huhuhu.. ada cadangan!?



 
Psstt : alhamduliLlah kali ni dapat nombor bertuah saya; 15
Sunday, January 16, 2011

sempat update sambil buat kerja.. heheh

alhamduliLlah… bersyukur sangat² kat Tuhan, walaupun berlaku drag masa yang agak jauh (3o minit utk dikir barat & hampir sejam untuk keluar dengan sahabat) tapi semuanya tetap berjalan seperti yang dirancang. Semalam adalah antara hari yang telah membuatkan saya ber[lari]²an kesana sini, dari satu janji temu ke janji temu yang lain. PENAT!? Sudah semestinya!!, tapi saya percaya.. usaha dan komitmen lebih penting dari kepenatan dan alasan. Jadi mahu atau tidak saya perlu bertanggungjawab dengan apa sahaja yang berkaitan dengan diri saya dan komuniti disekeliling. ^_^
Meeting final touch IKG 2011 sahaja sudah mula lewat, jarum SOLVILet TITUS pun menunjukkan 9.25pm ketika majlis mesyuarat dibuka. Jujur soal komitmen adalah soal peribadi tetapi jangan lupa setiap diri manusia dijadikan untuk kebaikan manusia lain. Jadi apa yang akan berlaku jika manusia tidak bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri; KEBURUKAN pula untuk yang lain =_=. Antara yang hadir lebih awal dari masa yang dijanjikan adalah Director, Asst Director dan jugak Ex-Officio IKG kali ini, bukankah itu adalah contoh terbaik yang kita ada sahabat :)
Kelewatan itu telah menyebabkan saya terpaksa berhutang setengah jam dengan sahabat² dikir. Bukan soal cepat atau lambat tapi soal reputasi dan tanggungjawab. Saya terpaksa memohon maaf kepada sahabat² yang terpaksa menunggu kehadiran saya untuk memulakan sesi latihan kami malam tadi. Maaf sekali lagi.. bukan niat untuk lewat semalam.
Dan oleh kerana itu jugak, saya perlu bertanggungjawab dengan membayar hutang waktu dikir sehingga mengorbankan masa yang sepatutnya saya janji dengan sahabat² pada jam 11 malam. Hanya pabila jarum hampir tepat 12 tengahmalam baru la latihan dikir dihentikan. Terpaksa pula meminta maaf dengan Pudin, Bad dan Mamat.
Haish~ sahabat² nampakkan kesannya apabila ada yang tidak bertanggungjawab dengan diri sendiri. Mungkin bagi sesetengah orang yang kurang komitmen terhadap society tidak menghadapi masalah jika hadir lewat ke[mana]² janji temu. Tetapi impaknya jelas buat sahabat² kita yang lain. Contoh yang ada pada saya adalah bukti dari ratusan kes yang selalu dan masih terus berlaku. Muhasabah lah wahai sahabat (“,) mudahkah urusan sahabat-mu yang lain..
Janji temu terakhir saya adalah di Santai, jam menunjukkan tepat pukul 12.30 tengah malam ketika mana kaki dijejakkan ke tanah tempat letak restoran tersebut.. dan itu adalah masa yang saya ada untuk sesi makan malam bersama sahabat² saya. Hurm.. makan malam!? (sejak 2,3 minggu ni saya selalu makan lewat malam kerana kesempitan masa.. sebenarnya ia memberi impak negatif pada tubuh baik sudut kesihatan jugak sudut agama. Jadi jangan buat kalau boleh yuk!!).
Niat ke sana untuk merasa Lasagna tak tercapai kerna menu tersebut telah pun habis.. datang pun dah lewat malam kn, jadi saya cuma menempah Lamb Chop (+) ice lemon tea, alhamduliLlah.. kenyang dan seperti biasa amat berpuas hati!! (Santai memang best). Lebih mengharukan apabila pudin dengan bad yang belanja makan malam tadi (walaupun saya dengan mamat berkeras nak bayar), kata mereka ini balasan yang dia dapat buat untuk saya dan mamat sebab selalu bantu mereka menguruskan kereta sewa dalam kampus. Terima kasih ea Bad(+)Pudin.. sebenarnya kami tolong atas dasar sahabat, sikit pun tak pernah mintak balasan. insyaALlah yang mana kami dapat tolong kami cuba. N terima kasih sekali lagi sebab belanja makan besar semalam... Memang syok habis, kepenatan ‘n’ kerunsingan seakan hilang bila dapat bergurau senda + gelak ketawa dengan korang semua ^_^

Psstt      : artikel ini ditulis ketika saya sedang menunggu committe yang masih belum mendapat jersi interkulliyyah games 2011 di CF Bro.. bermula dari 8.30am tadi hanya 3 orang yang hadir, saya akan bergerak balik ke mahallah jam 9.30am utk menyiapkan kerja lain yang masih tertangguh. Sesiapa yang masih belum dapat harap boleh jumpa saya di Franky oK =)
Saturday, January 15, 2011

update diri

Kesibukan dicipta bagi menghadirkan kenikmatan bilamana kesibukan itu telah pergi...
SubhanALlah, alangkah nikmatnya jika apa sahaja yang kita usahakan hari ini akan membuahkan hasil seperti apa yang kita fikirkan sebelum satu² kerja itu dilakukan,
Ketiadaan sebarang n3 dalam dunia blogger bukanlah bermaksud untuk saya melarikan diri dari menulis sebarang dua perkataan tapi kerana memenuhi tuntutan yang lebih penting dari ini~

Jika sahabat² membuka planner milik saya, sahabat akan tahu sendiri bagaimana penuhnya jadual harian saya.. sehinggakan ada yang terpaksa membuat janji temu dahulu melalui mesej dan telefon, rasanya ini pertama kali berlaku dalam hidup saya. Terasa macam orang penting pulak.. hahaha ^_^

insyaALlah~
habis je Campus Dakwah Project 2011 (CamPRO) hari ahad ni, bermula pula aktiviti kampus yang seterusnya; Inter-Kulliyyah Games 2011. IKG 2011 akan berlangsung selama seminggu bermula secara rasminya hari isnin 17 January 2011 sehingga 23 January 2011, penukaran nama Inter-Kulliyyah Games 2011 kepada ISCAR yang bermaksud IIUM Sports Carnival juga akan berlaku dalam period ni. Memandangkan saya terlibat secara langsung dalam IKG kali ini, makanya dapat la ditafsirkan bahawa hari² minggu depan saya adalah lebih padat dari minggu lepas. Gap seminggu sebelum cuti semester bersekali dengan Tahun Baru Cina bukanlah waktu yang sesuai untuk melepaskan lelah kerana terdapat beberapa subject yang menjalankan mid-sem exam ketika itu; antaranya adalah Haematology. =_=

aktiviti hari;
2.30pm                 membantu saif untuk membalut semula tabung derma Misi Kemanusiaan ke Cambodia.
3.30pm                 toxicology lab session with Dr. Fiona.. mgkn makan masa 2 jam.
3.30pm-6.30pm                period masa utk ambil tshirt committe interkulliyyah di kedai.
6.30pm                 riadhah
9.00pm                 Final Touch Meeting IKG 2011
10.00pm               Last training Dikir Barat untuk performance Closing Ceremony CamPRO 2011 esok.
11.00pm               masa untuk diri sendiri dan sahabat², insyaALlah
Sunday, January 9, 2011

subuh satu latihan



Berusaha untuk mengubah dunia?

Hentikan sahaja jika dirimu sendiri masih tidak berubah sahabat!!

Bangun untuk subuh dahulu,
kemudian rencanakanlah perubahan yang kau mahu lakukan.

Seandainya sekecil kelopak mata masih berat untuk diangkat,
jangan sekali kau bayangkan dunia mengikut-mu satu amanat!
Saturday, January 8, 2011

jawab tepat topup 10 ringgit

Huh! Baru tersedar.. sahabat² tahu x, link yang saya buat mengenai BioMedical Sciene Symposium tu sebenarnya adalah usaha yang mampu saya lakukan untuk membantu promosi program peringkat national tu!! Biarpun saya pernah menolak untuk melibatkan diri secara terus dalam program tersebut sebagai committe, namun tak bermakna saya tidak boleh berdiri dibelakang dan membantu mana yang perlu betul x!? Hehehe..
oK semalam saya baru je explore apa yang patut dalam laman web tersebut, dan agak terkejut sebab ada satu gambar yang pernah saya snap dengan camera saya sendiri telah dimasukkan kedalam laman web berkenaan. Gambar tu saya snap masa tahun pertama di UIAM ni, [terbangga sikit!! ^_^] boleh la dikatakan bahawa gambar tersebut antara koleksi gambar terbaik yang pernah saya tangkap.. dalam masa sama; saya masih musykil bagaimana developer blog berkenaan boleh dapat gambar tu.
Cik Developer sila explain ok, jika tidak saya berhak untuk mengambil tindakan atau menuntut royalti dari hasil gambar yang telah digunakan tanpa kebenaran tersebut,
Gambar yang saya maksudkan tersebut adalah gambar bangunan administration dalam simetri tepat, yang berjaya di snap pada musim tengkujuh 2 tahun yang lalu dengan kepulan awan dan bukit dihadapan bangunan Kulliyyah of Science sebagai latar belakangnya (“,) tapi...
Tahukah sahabat², terdapat seseorang yang tidak semena-mena muncul tatkala camera tersebut menjalankan tugasnya. Siapakah orang tersebut!? Saya biarkan sahabat² yang jawabkan untuk saya.. pertandingan ini dibuka sehingga jam 12 tengah malam hari ini 8 Januari 2011. Pemenang adalah orang yang berjaya meneka dengan tepat nama penuh dan asal manusia yang muncul dalam gambar tersebut. Cenderahati bernilai RM10 topup akan dimasukkan kedalam Hphone pemenang ok!! ^_^
Developer laman BioMedical Science Symposium tidak dibenarkan untuk join pertandingan ini kerana ditakuti beliau mempunyai gambar dengan High Definition Quality yang membenarkan beliau mengenali manusia misteri dalam gambar tersebut. OK.. siapa cepat dan tepat dia akan dapat!! Sila masuk ke laman berkenaan untuk melihat gambar yang saya maksudkan ^_^

tengkujuh lagi~

                Saya merupakan manusia dari belahan bumi barat, dilahirkan, dibesarkan dan kebanyakan ahli keluarga saya semuanya menetap di belahan bumi barat. Wujudnya saya di sini (belahan bumi timur) adalah kerana memikul beban amanah sebagai seorang manusia untuk menambah ilmu pengetahuan; seterusnya dapat dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. insyaALlah..
                Biarpun ini merupakan tahun ke-tiga (3) saya di sini, namun ternyata untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini saya masih lagi menghadapi masalah. Terutama sekali musim tengkujuhnya, masih ingat dengan entry saya yang dulu; aku tengkujuh dan exam. Bercerita tentang musim tengkujuh adalah sesuatu yang mengujakan bagi saya. Hujan tanpa henti berhari-hari, tidur berselimutkan comforter ber(lapis)², menyarung sweater setiap masa, mandi dan berwudhu’ dengan air paip yang sangat sejuk di tengahari, menghayati kehadiran kabus diwaktu petang; erk... realiti yang masih belum dapat diterima oleh manusia belahan bumi barat, (“,)

Status FB penulis warQah daUn papYrus:
“kepada sahabat² yang sedang ke bergerak ke bumi belahan barat; Saifuddin Othman, Badruddin Othman, Danial Efendy Goon, Zamri Abdul Murad dan AChik Sd sampaikan salam saya pada encik matahari ye.. dan minta tolong tanyakan, bila lagi nak singgah ke bumi belahan timur!? Ramai yang dah rindu dengan dia, ^_^”

Psstt      : jam tanganku terasa longgar musim hujan ni, adakah aku sedang mengalami proses pengecutan!?
Friday, January 7, 2011

kopiah dan da'wah


hari pertama datang campus dengan kopiah baru,

Sword   : Ko da beli ke kopiah tu rizQan!? [eager sbb die yg promote kat aku, ceh~]
rizQan   : Dah, heheh.. thanx ea sword n untung sbb aku dapat harge murah sket
Sword   : Berape?
rizQan   : 40
Sword   : oh ok la tuh, ^_^

10 minit kemudian, [kedengaran azan isya’]

rizQan   : [masih menghadap laptop sambil memerah otak untuk siapkan proposal]
Sword   : rizQan isya’ dah masuk ni,
rizQan   : oK, sket lagi je nak siap.. [cuba menyambung mana yang patut]
Sword   : bro.. apa guna kopiah smart kalo solat pun lambat, ^_^
rizQan   : erk.. >_<


walaupun dia cakap sambil senyum (+) nada pun bergurau,
tapi aku ambik serius sebab aku tahu.. ini cara dia~
da’wah dalam gurauan,
Tuesday, January 4, 2011

Peringatan LAGI buat seorang rizQan!!


anDai kau masih terleka,
AWAS!!
Kehadiran-nya bukan untuk disakiti,
Kewujudan-nya untuk mengajar makna ukhrawi,
Jangan kau pernah lupa,
anuGerah yang dulu telah kau persia,
menjauhkan engkau dari sebenar-benar cinTa.

kepeTahan dalam madah,
kePimpinan dalam contoh,
keseTiaan dalam jauh,
sedekat bara api di elak untuk kau sentuh..
antara anugerah terinDah buat insan yang selalu jatuh,
Terima Kasih Tuhan~

aku mohon Rabb,
diberi perlindungan dalam ikatan,
diperkukuh hati dengan iman,
diperkuat cinta kerana Tuhan,
Sujudku hanya buat-Mu o,;”)_
Sunday, January 2, 2011

sekeping mula sekeping tamat

UIAM Gombak

UIAM Kuantan

Pssstt    : maaf xde article untuk hari ni..  hehehe >_<