Ternyata badan yang penat selepas perjalanan panjang dari bumi belahan timur ke bumi belahan selatan; ditambah lagi kepenatan dan kepanasan hati bila mana membaca status² update dari golongan yang yaqin bahawa mereka punya ilmu yang tinggi namun terlupa akan nilai akhlaq diri yang amat² rendah. Sahabat.. lupakah dibumi mana kita duduk dan kerajaan mana kita tinggal!? Kita punya akta yang perlu dijaga, sebab kita bukan rakyat kerajaan ini tetapi hamba kepada empunya Kerajaan...
“MACAM MANE MASJID UIA BOLE XBUAT SOLAT JUMAAT HARINI??? HAPRAKK PNY MASJID! [via Celcom SMS]”
rizQan :
Sahabat.. bagi saya mengatakan masjid sebagai haprak bukanlah tindakan yang tepat. Saya katakan begitu kerana isu masjid tidak dibuka di UIA Kuantan ketika cuti umum bukanlah isu baru, sedangkan ia telah lama berlaku. Sebagai mahasiswa yang seringkali dikategorikan sebagai BIJAK PANDAI, pernahkah sahabat mencari punca permasalahan ini berlaku!? Saya tidaklah tergolong dalam mereka yang tinggi dalam ilmu perdebatan dan agama namun saya yaqin, Islam tidak pernah sekali pun membenarkan penganutnya untuk mengeluarkan sebarang kata² yang boleh menimbulkan provakasi kerana Islam itu sendiri indah (cantik) dan sejahtera (tidak mahukan kekecohan). Jika sahabat merasakan bahawa bahasa yang sahabat telah gunakan itu indah dan boleh membawa kepada penyelesaian masalah. Maka sahabat teruskanlah... semoga masalah itu boleh selesai. Tetapi bagi saya, sahabat sendiri adalah satu lagi punca masalah dalam isu ini, tak percaya~ sahabat boleh tanya yang lain!! =_=
Pssst : Hurm.. bila sebut pasal solat berjemaah, rasa bangga bila melihatkan musolla di franky sentiasa penuh. Kesempitan ruang menjadikan sahabat² di franky bersemangat untuk datang lebih awal bila masuk waktu solat.. bukankah ada kebaikan disebalik sedikit keburukan!! Secara peribadi saya suka keadaan macam tu.. ^_^
“uia kuantan ni bodoh ke ape, asal cuti je tkde solat jumaat, baik cuti je tkyah jadi org islam
think of other ppl when making the call”
think of other ppl when making the call”
rizQan :
...teringat pada kata² Cikgu Suhaimi ketika dalam darjah empat
“Hanya orang bodoh akan mengatakan orang lain bodoh!!” erk.. betul jugak,
...sebab Ustazah Saodah bagitahu
“Semakin tinggi ilmu seseorang, maka semakin sedar bahawa lebih banyak ilmu yang dia tidak ada”.
Tuntasnya~ jika seseorang mengakui bahawa dirinya bijak sebenarnya dia adalah orang yang bodoh!! Muhasabah la wahai sahabat.. Sekian Terima Kasih.
“betul jugak tu, kesian kat jemaah lain yang datang tgk2 masjid cuti..
masalah komitmen uia ni.. finance department pun mcm taik..”
rizQan :
4 التعليقات:
at: January 1, 2011 at 3:52 PM said...
pedas sungguh kata-kata m7ereka, semua yg komen ni pelajar uia kuantan eh? x sangka, but why uia kuantan pny masjid jadi macamtu?
at: January 1, 2011 at 4:26 PM said...
yup mereka adalah kalangan pelajar uia sendiri.. sy harap enna x menyalah anggap dengan membandingkn individu2 diatas secara kolektif ok~
actually, masjid sebenar UIA Kuantan masih belum siap.. yg selama ni digunakan adalah masjid sementara yang terletak dalam Bangunan Kulliyyah Perubatan..
Jika di UIA Gombak masjidnya mempunyai badan pentadbiran sendiri, namun tidak di UIA Kuantan.. buat masa ini ia diletakkan dibawah CELPAD (Centre for Languages and Pre-University Academic Development). Badan pentadbiran rasmi Masjid pasti akan ditubuhkan sebaik sahaja masjid yang dalam pembinaan sekarang ini siap ^_^
at: January 1, 2011 at 8:49 PM said...
cuti ke wei ari jumaat aritu~
tak tau lak aku camtu~
-.-?
at: January 1, 2011 at 10:13 PM said...
yup RuBy cuti..
sememangnya macam tu sejak kita 1st year lg, kalo cuti umum masjid x bukak sebab celpad pun cuti,
bagi org yg xtaw memg akan timbul masalah [sbb kena pusing balik n cari masjid kat luar].. tp bagi yg dah biasa sepatutnya faham kenapa keadaan macam tu berlaku,
Post a Comment