Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, January 29, 2011

epilog kehidupan II

Berjumpa seorang lelaki di Money Changer
Di ceritakan olehnya bahawa perniagaan yang dikerjakan sekarang ini adalah hasil titik peluh keluarganya sendiri. Permulaannya dari bawah kerana keputusan SPM yang tidak memberangsangkan mengajar dia erti untuk lebih berusaha dari orang lain. Dari satu cerita ke satu cerita, sehinggalah ke bahagian yang mana mengatakan bahawa mahasiswa kita sendiri punya masalah yang sukar dibendung. Biar di universiti mana sekalipun mereka melanjutkan pelajaran masalah ini adalah sama. BENAR aku akui kenyataannya, oleh sebab itulah DIA telah menyediakan buat kita para hamba-Nya sebaik-baik tempat pelajaran; apa lagi jika bukan The School of Life. Walaupun begitu; ceritanya adalah sama seperti mana biasa yang telinga aku pernah dengar, maka anggapan ku dia bukanlah dari kalangan orang² luar biasa. Sahabatku seperti amat tertarik untuk meneruskan perbualan, aku sekadar mengangguk kerana yakin kefahamannya di jalanan tidak sama dengan kefahamanku di lapangan kampus. Hatinya lebih membunga mekar dalam konteks Bangsa berbanding Agama~ tidak hairanlah rokok di tangan menjadi teman, ROSAK... :(

Berjumpa keluarga yang dihalau keluar
Kehadiran sebentar ke tanah jejaknya Bank Muamalat Kuantan mencipta pertemuan itu. Sahabatku telah didatangi seorang lelaki yang mendukung seorang anak kecil, dari kejauhan pula terlihat kelibat wanita mengandung dengan perut membusung bergerak kesana kemari seolah ingin menyorok diri. Kemahuan lelaki itu mahu menjual handphone jenis nokia kepada sahabatku ditolak baik kerna sahabatku sendiri baru sahaja menukar telefon bimbitnya beberapa minggu yang lepas. Menurut lelaki itu mereka dihalau keluar dari rumah sedang isterinya yang hanya menunggu hari amat memerlukan duit untuk menampung keperluan hidupnya. Bila ditanya dimanakah mereka akan bermalam pada malam itu, jawapannya mudah; ingin mencari mana² hotel yang boleh diduduki. Sifat kasihanku tidak sedikitpun hadir bila wajah lelaki dan wanita itu yang kutenung, mungkin tiadanya sumber² yang membenarkan hati-ku untuk menjadi sayu. Yang membuatkan aku diam membatu adalah pabila melihat khaleefah kecil dalam kendongannya, seolahnya dia sedang diuji biarpun masih belum mengerti maksud sebenar kehidupan duniawi.

Psstt : Inilah yang terjadi, apabila urusan dunia diambil mudah, agama ditolak ketepi. Rokok ditangan menjadi kebanggaan, isteri bersalut kain tapi seolah tak berpakaian. Mungkin bukan untuk golongan itu DIA mahu berikan pengajaran, tapi buat kami berdua agar dapat belajar sesuatu dari sebuah Universiti Kehidupan.
Tamat

2 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: January 30, 2011 at 1:50 AM said...

byk bnd yg kte boleh blaja luar dr dlm kuliah kn?

sesungguhnya ilmu itu x terhad (^-^)

perindu_خلافة says:
at: January 30, 2011 at 7:42 AM said...

betul lyana..
bila kita tgk kehidupan sbenar, baru la kita sedar sebenarnya utk jadi khaleefah ciptaan Tuhan xperlu bergelar graduan, xperlu risau pada penghinaan.. cukup sekadar mengambil pengalaman sbg pengajaran, buruk jd sempadan yg baik utk ikutan :)