Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, January 16, 2011

sempat update sambil buat kerja.. heheh

alhamduliLlah… bersyukur sangat² kat Tuhan, walaupun berlaku drag masa yang agak jauh (3o minit utk dikir barat & hampir sejam untuk keluar dengan sahabat) tapi semuanya tetap berjalan seperti yang dirancang. Semalam adalah antara hari yang telah membuatkan saya ber[lari]²an kesana sini, dari satu janji temu ke janji temu yang lain. PENAT!? Sudah semestinya!!, tapi saya percaya.. usaha dan komitmen lebih penting dari kepenatan dan alasan. Jadi mahu atau tidak saya perlu bertanggungjawab dengan apa sahaja yang berkaitan dengan diri saya dan komuniti disekeliling. ^_^
Meeting final touch IKG 2011 sahaja sudah mula lewat, jarum SOLVILet TITUS pun menunjukkan 9.25pm ketika majlis mesyuarat dibuka. Jujur soal komitmen adalah soal peribadi tetapi jangan lupa setiap diri manusia dijadikan untuk kebaikan manusia lain. Jadi apa yang akan berlaku jika manusia tidak bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri; KEBURUKAN pula untuk yang lain =_=. Antara yang hadir lebih awal dari masa yang dijanjikan adalah Director, Asst Director dan jugak Ex-Officio IKG kali ini, bukankah itu adalah contoh terbaik yang kita ada sahabat :)
Kelewatan itu telah menyebabkan saya terpaksa berhutang setengah jam dengan sahabat² dikir. Bukan soal cepat atau lambat tapi soal reputasi dan tanggungjawab. Saya terpaksa memohon maaf kepada sahabat² yang terpaksa menunggu kehadiran saya untuk memulakan sesi latihan kami malam tadi. Maaf sekali lagi.. bukan niat untuk lewat semalam.
Dan oleh kerana itu jugak, saya perlu bertanggungjawab dengan membayar hutang waktu dikir sehingga mengorbankan masa yang sepatutnya saya janji dengan sahabat² pada jam 11 malam. Hanya pabila jarum hampir tepat 12 tengahmalam baru la latihan dikir dihentikan. Terpaksa pula meminta maaf dengan Pudin, Bad dan Mamat.
Haish~ sahabat² nampakkan kesannya apabila ada yang tidak bertanggungjawab dengan diri sendiri. Mungkin bagi sesetengah orang yang kurang komitmen terhadap society tidak menghadapi masalah jika hadir lewat ke[mana]² janji temu. Tetapi impaknya jelas buat sahabat² kita yang lain. Contoh yang ada pada saya adalah bukti dari ratusan kes yang selalu dan masih terus berlaku. Muhasabah lah wahai sahabat (“,) mudahkah urusan sahabat-mu yang lain..
Janji temu terakhir saya adalah di Santai, jam menunjukkan tepat pukul 12.30 tengah malam ketika mana kaki dijejakkan ke tanah tempat letak restoran tersebut.. dan itu adalah masa yang saya ada untuk sesi makan malam bersama sahabat² saya. Hurm.. makan malam!? (sejak 2,3 minggu ni saya selalu makan lewat malam kerana kesempitan masa.. sebenarnya ia memberi impak negatif pada tubuh baik sudut kesihatan jugak sudut agama. Jadi jangan buat kalau boleh yuk!!).
Niat ke sana untuk merasa Lasagna tak tercapai kerna menu tersebut telah pun habis.. datang pun dah lewat malam kn, jadi saya cuma menempah Lamb Chop (+) ice lemon tea, alhamduliLlah.. kenyang dan seperti biasa amat berpuas hati!! (Santai memang best). Lebih mengharukan apabila pudin dengan bad yang belanja makan malam tadi (walaupun saya dengan mamat berkeras nak bayar), kata mereka ini balasan yang dia dapat buat untuk saya dan mamat sebab selalu bantu mereka menguruskan kereta sewa dalam kampus. Terima kasih ea Bad(+)Pudin.. sebenarnya kami tolong atas dasar sahabat, sikit pun tak pernah mintak balasan. insyaALlah yang mana kami dapat tolong kami cuba. N terima kasih sekali lagi sebab belanja makan besar semalam... Memang syok habis, kepenatan ‘n’ kerunsingan seakan hilang bila dapat bergurau senda + gelak ketawa dengan korang semua ^_^

Psstt      : artikel ini ditulis ketika saya sedang menunggu committe yang masih belum mendapat jersi interkulliyyah games 2011 di CF Bro.. bermula dari 8.30am tadi hanya 3 orang yang hadir, saya akan bergerak balik ke mahallah jam 9.30am utk menyiapkan kerja lain yang masih tertangguh. Sesiapa yang masih belum dapat harap boleh jumpa saya di Franky oK =)

3 التعليقات:

ejatiehazmi says:
at: January 16, 2011 at 12:12 PM said...

oit2 buat dikir molep2..hahahaha

Unknown says:
at: January 17, 2011 at 3:49 PM said...

Lasagna Santai memang cepat habis. Hehe..

Fahmi dah berapa kali ke sana masa aku kat Kuantan dulu semata-mata nak makan lasagna, tapi habis.

Harem~

perindu_خلافة says:
at: January 18, 2011 at 7:37 AM said...

hahaha.. dikir da lepas,
insyaALlah akan perbaiki kelemahan utk show akn datang ^_^

szakif -->
huhuhu, tu la..
n nk tanye ko still buat bisnes lasagna x, kalo ada aku nak order ^_^