Sedikit pun tidak terlintas dalam hati ini ingin mengaibkan sesiapa, tetapi apa yang bakal saya bawakan pada anda semua dalam entry kali ini adalah realiti kehidupan yang perlu ditelan walaupun pahit. Jangan kita nafikan, jangan kita berdalih sahabat! kewujudan mereka adalah sebahagian dari warna-warni kehidupan. Waima jika ditolak sekalipun mereka tetap adalah mereka.
Tulisanku pada kali ini amat terasa beban beratnya, kerna ia adalah atas permintaan seorang sahabat yang petah dalam madah.. dan tinggi dalam tsiqah. Contoh yang baik buat seorang insan (seperti aku) yang selalu tergelincir jatuh, melalui tinta warQah dia mengharapkan agar aku dapat mencoret sesuatu yang bermakna buat kalian para pembaca T_T
al-Qisah :
Aktiviti malam itu tidak dirancang sama sekali, ia merupakan anugerah Tuhan buat kami supaya dapat mengambil pelajaran dari makna sebuah kehidupan. Tatkala aku sedang dalam kesibukan membuat persiapan untuk menyelesaikan janji temu dengan seseorang. Seorang sahabat yang permintaannya amat sukar untuk ku tolak memohon sedikit pertolongan, jujur kesukaran penolakanku adalah kerna kebaikan yang tidak pernah sekali hilang dari sifatnya.
Sebaik sahaja selesai Solat Maghrib berjama’ah, kami terus menghalakan tujuan kami ke pusat service kereta yang terletak di Taman Tas. Setahu ku jarak Taman Tas ke UIAM lebih kurang 20 hingga 25 minit, tetapi menurut sahabatku ia mungkin memakan masa lebih kurang 15 minit sahaja. Terkejut bukan kepalang bilamana aku melihat kereta yang dipandu sahabatku memecut dengan kadar 140km/jam. Sedang aku yang mengikutinya dengan motorsikal cuma mampu ke tahap maksimum 110km/jam, makan asap la jawabnya... Saif²~ paling penting sahabatku tidak menipu.. kami sampai hampir² tepat 15 minit walaupun terpaksa menempuh beberapa kawasan yang sesak dengan kenderaan.
Selesai sahaja berurusan di pusat service tersebut; kereta ditinggalkan untuk menikmati malam di Taman Tas, kami terus memecut pulang ke kampus untuk aku pula menyelesaikan tanggungjawabku. Kelewatan 5 minit ternyata telah membuatkan muka aku tebal bagai tembok besar china, manakan tidak aku sendiri yang mengatur pertemuan tersebut tetapi aku pula tidak berpegang pada janji. Berusaha untuk TIDAK MENGULANGI perbuatan tersebut. Urusanku diselesaikan cuma di pintu gerbang UIA dan kami terus bergerak ke bandar semula untuk makan malam.
Tujuan utama kami bergerak ke bandar semula walaupun keadaan hujan sekejap² adalah kerna sahabatku ingin membuat tukaran wang tunai Ringgit Malaysia kepada US Dollar. Wang yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk misi keamanan yang diikutinya hari ini di Cambodia.
Bersambung...
0 التعليقات:
Post a Comment