Kes kecurian yang semakin men(jadi)² di Bumi UIA Kuantan semenjak semester lepas adalah sesuatu yang amat mendukacitakan. Masakan tidak; tahun pertama dan keduaku di bumi itu menjadi bukti bahawa kecurian di Bumi UIA Kuantan adalah sesuatu yang amat mustahil untuk berlaku. Namun panas yang disangka sampai kepetang terpaksa menempuh hujan ditengahari. Semester satu dalam tahun ketiga-ku dibuka dengan cerita kecurian yang pertama semenjak aku menjejakkan kaki di Bumi UIA Kuantan. Apakah!?
Syaitan itu telah kembali... mengkhianati kebaikan pelajar² bumi uia kuantan. Jika sebelum ini, kepercayaan suci sebagai seorang Muslim kepada Muslim yang lain tidak menjadi beban untuk hati berasa sukar dan gundah. Barang keperluan berharga sekalipun boleh diletakkan tanpa perlu kepada kerisauan akan kehilangan; cantiknya Bumi UIA Kuantan ketika Islam sejati menjadi pegangan. Namun sebermulanya semester baru itu, mungkin bersama muka baru yang memakai topeng manusia menyeludup masuk membawa angkara. Entah kenapa!? hati ini amat kuat mengatakan bahawa DARI MUKA BARU IA DATANG, bersama DENGAN CARA LAMA BARANG HILANG.
Terdetik juga dalam benak ini.. siapakah si Pembuat Angkara Durjana? Adakah syaitan bertopengkan manusia atau hurm.. ia bukan lagi manusia tetapi sudah bersifat total syaitan, hati ini amat yakin jika manusia yang punya sifat kebinatangan sekalipun, isu curi-mencuri ini tidak akan pernah wujud kerna ia bukan dalam fitrah kehidupan.
Teringat ketika mana masih menuntut ilmu di Bumi CenFOS, barang paling berhargaku yang hilang bukanlah dari kalangan wang dan handphone yang dicuri. Tetapi sekeping surat dari seorang ustazah; mengajarku mehnah dan tribulasi kehidupan yang perlu aku belajar dan fahami. Kesalnya hati kerana meletakkan surat penting tersebut didalam wallet, tetapi lebih kesal dengan sikap manusia yang amat mudah mengikut jejak langkah bisikan syaitan. Andai kata surat itu masih bersamaku, maka aku yakin itulah peninggalan terakhir dari seorang ustazah yang telah berlalu pergi. T_T
Sahabatku pernah bertanya SIAPAKAH PENCURI itu?
“SYAITAN!!”
ringkas benar jawapanku, perasaan kesal dan marah menyelebungi diri.
“Tidak rizQan.. yang mencuri barang kau bukannya syaitan!! Sebab kelahirannya sama seperti kita, asalnya juga dari Nabi Adam. Cuma dia dari kalangan anak² Adam yang tersesat, mungkin juga contoh yang ALLAH nak beri pada kita. CALON YANG BAKAL DICAMPAK KE LUBUK NERAKA!!”
Kata² sahabatku itu begitu mudah untuk ku fahami; pencuri adalah istilah kepada pelaku yang dengan niyat hatinya sendiri ingin menjadi contoh manusia yang di humban dan menginap di dalam neraka. Sebagai manusia lain tidak perlu lah kita menjadi contoh lagi, kerna contoh/model sedia ada pun masih wujud dimuka bumi ini. Sekian Terima Kasih ^_^
9 التعليقات:
at: January 30, 2011 at 10:19 AM said...
hari tu berlaku kecurian gak kat T5..
pstu pencuri berjaya ditangkap... makcik cleaner rupanya~hohoho..kantoi sia je~ sebab dia sorok barang2 tu dalam stor tempat dia lepak~
korang lagi la bahaya ek, pagar takde, terbukak camtu je~
at: January 30, 2011 at 10:29 AM said...
la MC pn da pandai mencuri da.. bahaye ni!!
soal pagar x pagar perkara ke-2 RuBy coz aku yaqin ada org dalam yg terlibat, IM2 berpagar pun boleh jadi case so xde alasan la kn,
org luar x mgkn berani masuk dalam bilik jenis kami mahallah kat luar ni sbb satu dorm ada lebih 6-8 orang, melainkan org dalam sndri (bkn bdk yg dah duduk lebih setahun kat uia kuantan)..
at: January 30, 2011 at 4:27 PM said...
Ajar kita untuk lebih berhati-hati. Dont worry, speandai-pandai tupai melompat jatuh ke tanah jua akhirnya.
Berdoa banyak2 kat ALLAH supaya pencuri tu insaf.
at: January 30, 2011 at 4:30 PM said...
waa mst sedih glr bl surat 2 hilang..hmm xpe atas dunia dorg sng nnt akhirat kelak tau la dorg..
at: January 30, 2011 at 8:49 PM said...
so,ko rasa junior yg baru masuk la~
mmm~ aku rasa aku ade dengar org cite kat ku pasal ni~
takpela...pengajarannya beli mangga besar2..kunci bilik dan almari~
hahaha
at: January 30, 2011 at 9:14 PM said...
yup ain.. mgkn DIA nak ajar kita supaya lebih hati2, selain dari syaitan ada jugak yg jahat dr kalangan kita sndiri, (",)
Lyana~ kesal teramat sbb hilangkn surat tuh, coz rizQan dah simpan sejak darjah lima lg, :(
RuBy~ nk ckp Jr. mcm menuduh plak tp method kecurian tu sama style je dgn matric dlu, sejak kes kecurian pertama sem lepas.. waktu kejadian adalah hampir dgn waktu balik, x malam jumaat mlm sabtu, so kalo angkut semua brg pn boleh terus cabut dari UIA kn~ xde sape nk suspect..
at: January 30, 2011 at 9:16 PM said...
psst: kalo ingat la, dulu kat matric kecurian biasanya berlaku diantara malam jumaat ke waktu solat jumaat, sebabnya kebiasaan yang amat bebudak matric balik tiap2 minggu... sbenarny rasa x seronok bila ada kes ni, hidup pn mcm x tenang je T_T
at: January 30, 2011 at 11:10 PM said...
hm aku pernah gak hilang benda berharga,,,bru 3 ari dlm tgn tup2 dah hilang hu,,,,harap2 pencuri 2 sedar akan perbuatannya,,,,Ya ALLAH,,,berilah p2unjuk kpd mereka,,,aminnn!!!....
at: January 30, 2011 at 11:16 PM said...
ye ke dib.. hurm~
kdg2 terfikir jugak, mentaliti mereka2 ni macam manusia xde agama plak kn, seolahnya x bleh fikir apa consequences dr perbuatan dorang tu,
andaikata duit yg dicuri tu bakal digunakan utk beli ubat ke atau sesuatu yang menentukan hidup mati seseorang, bkan ke dia dah dikira membunuh jika nyawa tersebut hilang sbb x dpt ubat, :(
Post a Comment