Saya merupakan manusia dari belahan bumi barat, dilahirkan, dibesarkan dan kebanyakan ahli keluarga saya semuanya menetap di belahan bumi barat. Wujudnya saya di sini (belahan bumi timur) adalah kerana memikul beban amanah sebagai seorang manusia untuk menambah ilmu pengetahuan; seterusnya dapat dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. insyaALlah..
Biarpun ini merupakan tahun ke-tiga (3) saya di sini, namun ternyata untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di sini saya masih lagi menghadapi masalah. Terutama sekali musim tengkujuhnya, masih ingat dengan entry saya yang dulu; aku tengkujuh dan exam. Bercerita tentang musim tengkujuh adalah sesuatu yang mengujakan bagi saya. Hujan tanpa henti berhari-hari, tidur berselimutkan comforter ber(lapis)², menyarung sweater setiap masa, mandi dan berwudhu’ dengan air paip yang sangat sejuk di tengahari, menghayati kehadiran kabus diwaktu petang; erk... realiti yang masih belum dapat diterima oleh manusia belahan bumi barat, (“,)
Status FB penulis warQah daUn papYrus:
“kepada sahabat² yang sedang ke bergerak ke bumi belahan barat; Saifuddin Othman, Badruddin Othman, Danial Efendy Goon, Zamri Abdul Murad dan AChik Sd sampaikan salam saya pada encik matahari ye.. dan minta tolong tanyakan, bila lagi nak singgah ke bumi belahan timur!? Ramai yang dah rindu dengan dia, ^_^”
Psstt : jam tanganku terasa longgar musim hujan ni, adakah aku sedang mengalami proses pengecutan!?
0 التعليقات:
Post a Comment