Untuk N3 kali ni; ana nak cerita sikit pasal pengalaman ana lepas lebih setahun (29 jun 2008 – 8 nov 2009) ana cuba untuk adapt dengan cuaca di kuantan ni. Jujur biologically tubuh ana masih dalam usaha untuk menyesuaikan diri, walaupun sedikit terseksa…! masih berbekas dalam kotak memori ana; bilamana ana terpaksa menyarung 2 lapis ‘sarung kaki’, pakai sweater dan gunakan 2 lapis selimut setiap kali nak tidur. Untuk ke kuliiyyah pulak, ana terpaksa beratur panjang untuk menaiki bas yang memang diketahui umum sangat terhad bilangannya kat campus ana ni~(kebiasaannya jalan kaki je…). Melihat hujan pulak yang turun tak berhenti-henti selama seminggu lebih, air sungai belakang mahallah yang tunggu masa nak melimpah, baju bertimbun tak basuh seminggu lebih(tapi takde la ana pakai baju tak basuh untuk ke kulliyyah), nak mandi pun fikir 2,3 kali; memandangkan campus ana ni merupakan campus baru yang masih diselubungi kehijauan hutan. Makanya dapatlah dita’rifkan bahawa kesejukan yang melampau hasil dari tindakan hujan yang turun selama seminggu lebih tu dah menyebabkan kadar kelembapan udara meningkat. Rasa macam nak ber-hibernasi- je, tapi ana masih perlu pergi ke kulliyyah, musolla, café; hurm pasal café ni pulak… dah lah jenisnya open air! Kalau pergi confirm basah punye la, kalau tak percaya jemput la datang sini tengok sendiri, huhuhu! Sebenarnya ana tak berapa biasa dengan cuaca kat Pantai Timur ni, jadi bila mula-mula ‘terkurung’ dalam musim tengkujuh; memang ana rasa tak berapa selesa la sebab tempat ana hujan tu biasa lah, tapi kalau seminggu direct tak pernah lagi rasanya. Tu yang agak terkejut sikit, orang kampung ana cakap Culture Shock!
Alhamdulilah.. untuk musim tengkujuh kali ni, ana dah agak bersedia dari sudut pysical dan mental untuk menghadapi keadaan yang ana pernah hadapi tahun lepas. Buat masa ni, sejuknya memang sejuklah, kadang-kadang seharian tak nampak ‘sang matahari’, hujan turun jugak tapi kejap-kejap je! Bukan ana tak suka hujan, cuma bila berlaku dalam tempoh yang lama… banyak sangat benda yang sukar untuk dibuat. Hurm untuk exam kali ni pulak, 3 paper dah lepas hanya tinggal Physiology II dan Human Genetics je… insyaAllah ana nak struggle lebih kat 2 paper ni. Sebab untuk paper Systemic Anatomy hari tu, ana cuma mengharapkan lulus je. Soalan memang susah~ dalam hidup ana itulah paper exam pertama yang ana rasa memang tak confident langsung masa jawab soalan dia… Cuma yang boleh ana kata, Tawakkaltu ‘alaLLah,
^_^
0 التعليقات:
Post a Comment