۩ السلام عليكم ۩
Kadang-kadang terbit sekelumit rasa bangga dalam diri ana, bukan kerana datangnya dari diri sendiri tapi dari sahabat2 yang pernah sama2 menuntut ‘ilmu di lereng bukit kat cowboy town tu. Cowboy town yang mana!? Ha ni la yang kita nak tahu ni !! hahahaha (kadang2 ana ni sengal jugak). Sebenarnya ana bukan nak describe pasal tempat ‘ngaji’ lama ana, mahupun bukan pasal lokasi sebenar lereng bukit kat cowboy town tu. Ana nak cerita sikit pasal kebanggaan ana dengan sahabat2 ana yang pernah ana kenal satu ketika dulu. Kalau dulu, mereka semua ni cuma budak hingusan je... yang kadang2 baju tak basuh seminggu, tidur malam asyik mengigau, liat nak bangun subuh, lari masa PREP, homesick, lahap waktu makan, mengorat guna surat; erm rasanya kalau nak tulis semua memang tak cukup warQah daUn papYrus ni punya ruang. So dipendekkan cerita, sahabat2 hingusan ni adalah orang2 yang pernah jadi sahabat ana satu ketika dulu. ^_^
Maaf, ana tak dapat menyatakan sama ada sahabat2 ni masih sahabat ana seperti dulu. Itu antum kena tanya diorang sendiri! Tapi bagi ana selagi mana ana di terima sebagai sahabat, abang dan adeq... ana masih ada ikatan dengan diorang2 ni! Jadi tak salah la untuk kebanggaan yang timbul sebentar tadi~ kebanggaan mengenai apa!? Ha inilah yang kita nak ceritakan ni...
Dari sebuah pengajian di lereng bukit, kini bertebaran sahabat2 ana mengisi ruang yang ada di institusi pengajian tinggi seluruh negara. Bermula dari International Islamic University Malaysia-Gombak Campus(IIUM), Center for Foundation Studies of IIUM-PJ Campus(CenFOS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM), Universiti Putra Malaysia(UPM), Universiti Teknologi Malaysia(UTM), HND in Mechanical in Eng at Institut Teknologi Pertama, Allianze College of Medical Sciences, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Malaya(UM), Universiti Sains Malaysia(USM), Universiti Teknologi Mara-shah alam,melaka(UiTM), Universiti Utara Malaysia(UUM), Universiti Darul Iman(UDM), Universiti Malaysia Terengganu(UMT) Universiti Tun Abdul Razak(UniTAR), Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS), Kolej Matrikulasi Melaka. Ni antara ma’lumat yang ana dapat dari laman sosial facebook, banyak lagi yang ana tak dapat sebab ada antara sahabat2 ana ni yang tidak mempunyai acc kat situ dan jugak yang mem‘privacy’kan ma’lumat diorang... apa pun tahniah n Good Luck untuk mereka semua. Tak lupa jugak untuk sahabat2 ana yang da bekerja sekarang, ana bangga sangat dengan diorang sebab dah ada carrier dan aset sendiri walaupun dalam umur yang muda macam ni. Ana pulak masih macam dulu, xde kerja... erm dengan kata lain xde aset jugak la, xde apa yang nak dibanggakan selain dari keluarga dan sahabat2 ana sendiri. Masih ditakuk yang lama~ huhuhu takuk yang macam mana tu? Ha ni lah yang akan kita bincangkan nanti, hahahahaha (terikut2 filem Los dan Faun lo~), tu je
erm... Sekian Terima Kasih, ♪lalalala ♫
0 التعليقات:
Post a Comment