Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Friday, December 18, 2009

campus dakwah project


sedar ke tak sedar ni...


                Dalam kegembiraan bilamana Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 1-0 malam tadi, hati aku terkilan sikit dengan perangai kawan2 aku kat campus ni. Ye lah aku tahu semua nak layan bola tu dari awal sampai habis, aku pun tengok jugak tapi takdelah sampai tanggungjawab sendiri diabaikan... Dah sedia maklum waktu siaran tu maghrib, beragak-agak lah sikit! Salah ke menjerit? Hah... Itu korang kena pikir la sendiri, andaikata tiba2 datang sorang yang tak dikenali pastu menjerit-jerit kat telinga korang, mesti korang marahkan kalau tak bagi penyepak pun kurang2 korang akan kata dia tu GILA... dan andaikata pulak sorang perempuan tua menjerit mintak tolong sebab diragut, mesti korang tak kata dia gila atau marah kat dia tapi korang akan marah kat peragut dan mungkin pergi kejar dan bantai peragut tu sampai lembik.
                Apa yang korang nampak kat sini benda yang berlainan, tapi bagi aku aku ada persamaan antara kes pertama dengan kes kedua. Apa dia yang sama? Aku jawab-‘MENJERIT-JERIT’. Persamaan ni dipisahkan oleh situasi yang berlaku masa kejadian. Jadi satu jenis jeritan orang faham sebagai keperluan dan satu lagi jeritan orang faham sebagai KE‘GILA’AN. Dan dalam kes GILA ni la yang aku tak berapa puas hati. Lupa nak bangun solat kejap, menjerit-maki hamun tak tentu hala... sedangkan solat jemaah sedang berlangsung kat dalam musolla yang memang jelas terganggu oleh kelemahan sivik kawan2 aku tu.
Bagi orang2 kat cafe pulak kalau ye pun nak keuntungan berlipat ganda masa time bola tu, agak2 lah sikit kalau korang (orang2 cafe) tutup tv tu kejap solat sama2 pastu tengok balik pun ok je... tak luak sikit pun. Melainkan kalau dah mata duitan sampai tak nampak kejayaan sebenar, yang tu aku tak boleh tolong. Aku bukan nak ‘tembak’ sesiapa tapi untuk kesedaran diri aku jugak, mungkin bagi korang yang biasa baca warQah ni sedar yang ni merupakan post pertama aku buat untuk lepaskan geram. Bukan apa, hati aku dah panas sangat jadi sebab tu aku menulis kat sini sebab orang kata kalau kita menulis pun sebenarnya kemarahan tu dah dilepaskan dengan cara positif. Apa pun Salam Maal Hijrah buat semua, jadikan lah saat pertama menjelang tahun baru semalam sebagi iktibar buat kita dan sedar syaitan begitu asyik melekakan kita. Walaupun baru nak start azam baru dah digoda dengan bermacam-macam ujian,
waaLlahu’alam,

Thursday, December 17, 2009

kejayaan dahulu --> inspirasi akan datang (",)


sejuk jiwa


                assalamu’alaikum wbt... erm walopun agak lengang waktu2 yang ada di awal semester ni. Tapi kudrat yang ada pada aku tak memberikan peluang untuk aku post sepotong dua ayat. Adapun baru je 2 minggu semester baru bermula, tapi dah ada perkara yang buatkan aku gembira >>> sejuk hati aku bila masuk2 je dalam main auditorium, terpampang satu keping gambar yang memang aku kenal sangat kat skrin utama main audi tu.. diorang (aku tak tahu nak rujuk kat sape!) gunakan gambar tu sebagai background untuk dekstop dalam audi, sebenarnya gambar tu aku yang edit masa semester lepas. Niatnya saja2 sebab aku rindu nak duduk kat mahallah dalam, tak tahu pulak ada yang appreciate karya tu dan gunakan untuk kulliyyah >_< apa pun terima kasih sangat2, makin semangat stuDy maut sem ni (“,)..


(maaf gambar tu x dapat upload cz internet connection slow sgt)



Monday, December 14, 2009

masih keliru...

Makin difikirkan, makin pening kepala aku dibuatnya... apa ke aku dah buat satu keputusan yang salah ‘atau’ aku sendiri tak dapat terima keputusan yang pernah aku buat sebelum ni.

“Ya Allah, aku mohon Kau berilah ketenangan pada jiwa hamba-Mu ini..
Sesungguhnya aku sedang dihimpit dengan perasaan duka dan rasa bersalah.”

Sungguh; sampai sekarang aku tak dapat terima keputusan yang pernah aku buat masa tahun akhir aku kat asrama sekolah tu. Insiden yang buatkan pelbagai persepsi di ludahkan kat aku. Ada yang menyokong, dan tak kurang jugak yang seolah-olah menghunus tombak tajam kat jantung aku ni. Walaupun pelbagai pihak berikan pendapat dan pandangan masing-masing secara peribadi, tapi bila dikumpulkan semuanya sekali. Bercampur baur segala macam sampah dan bahan-bahan terpakai. Beratnya masa tu, terasa macam hanya aku seorang yang tanggung!

“Ya Allah, jika hamba-Mu yang lemah ini khilaf dalam keputusan yang lepas...
Kau maafkan dan ampunilah.”

Sampai sekarang, aku masih trauma untuk buat sebarang keputusan penting. Aku takut sekali lagi di heret rasa bersalah. Kalau ada kalangan kawan2 aku kat sini (kampus uiam) yang sibuk katakan pasal “kepentingan kepimpinan dalam membuat keputusan adalah jalan keluar masalah”. Aku TAK PERNAH AKAN SETUJU dengan diorang! Mungkin bagi diorang itu adalah penyelesai masalah, bagi aku tu adalah permulaan kepada masalah yang lebih besar... Kalau diorang tak setuju dengan aku, aku takde haq nak paksa diorang (ikut aku)! Tapi korang percaya la aku bukan takde kepercayaan kat diri sendiri! Cuma keputusan aku yang lepas , dah buatkan hidup aku berubah sebab tak aku sertakan dengan ketegasan yang kukuh... aku tersepit antara dua! Adik-adik aku ‘atau’ kawan baik aku.
Dan oleh sebab tu jugaklah aku masih cuba cari jawapan pada keputusanku yang lepas, adakah aku di pihak yang benar atau di pihak yang salah. Walaupun dah lebih 4 tahun aku selidik balik keputusan tu, aku tetap berada antara dua... aku berjanji untuk terus cari jawapan, supaya mudah aku jawab di hadapan-Nya nanti, sebab aku tahu ia di bawah tanggungjawab aku.

“Ya Allah, semoga Kau membuka mata hatiku..
agar aku dapat melihat sesuatu yang terselindung dari pandangan lemah seorang insan”

ameen
Sunday, December 6, 2009

azam


                Azam baru untuk hari baru, BOLEH KE?… entah la, antara perkara yang menakutkan ana ialah bilamana niyyat dah tersasar pada hari mula2 ana menetapkan niyyat! Ana perlukan seseorang untuk bimbing ana…

“Sebelum matamu terlelap oleh kesibukan dunia, ingatlah Tuhanmu yang menjadikan siangmu diwarnai dengan cabaran sebagai tarbiyyah dari-Nya, yang menjadikan malammu indah dengan cinta, kasih dan sayang dari-Nya. Apa yang didamba selain cinta seorang hamba sang Pencipta. Alunkan alunan zikrullah, basahkan lidahmu dengan rentak kalamullah, moga kita menjadi pengemis cinta Ilahi, perindu syahid sejati…”
-bisik seorang sahabat-

Sunday, November 15, 2009

examination schedule session: 2009/2010



Principles of Microbiology
Friday Nov 6 2009 3.00pm


Ethics, Fiqh For Everiday Life
Saturday Nov 7 2009 9.00am


Systemic Anatomy
Saturday Nov 7 2009 2.30pm


Physiology II
Thursday Nov 12 2009 9.00am



Human Genetics
Sunday Nov 15 20009 9.00am



Monday, November 9, 2009

untuk diri sendiri~


ahakz~ walaupun dalam eXam moDe, itu x bermakna ana x boleh mencoret sepatah dua perkataan kat warQah daUn papYrus ni kan! ^_^
Sebenarnya banyak sangat peristiwa yang berlaku sepanjang sem ni bila ana cuba ingat2 balik kesemuanya. Alhamdulillah… ana senang dengan apa yang berlaku, walaupun bermulanya sem ni kami di ‘halau’ keluar dari campus dan kena survive lebih kat luar. Sem ni jugak sekali lagi h/phone ana hilang… bukan di curi macam kat matric dulu tapi khilaf ana sendiri yang (missplaced). Duit dalam bank habis sebelum sampai akhir sem, setahu ana 90% habis dekat makanan je! Sebenarnya banyak kos tambahan bila duduk luar ni! Tapi nak buat macam mana… hurm~ Habis je sem depan pulak… sekali lagi kami di’tendang’ tapi kali ni lagi teruk sampai kena cari pulak rumah sewa sendiri, alhamdulillah sedikit sebanyak dapat jugak rasa macam mana perasaan rakyat Palestin yang di halau dari rumah dan tanah air sendiri oleh Yahudi Laknatullah! Mungkin boleh bagi kesedaran pada ana dan lain2, tapi dalam masa yang sama.. ana mengharapkan pihak yang sepatutnya lebih bertanggungjawab dan mengambil berat kebajikan yang terpaksa ditanggung oleh kami semua.
Semua tu tetap ana terima dengan hati terbuka walaupun agak berat untuk memikirkannya! Sebab ana masih sedar, yang semuanya terjadi adalah mengikut taqdir yang telah pun di tentukan. Maka terdapat hikmah yang nampak dan tak nampak di situ, ana masih sedar rezQi yang sepanjang ni dikurniakan sebenarnya melebihi berlipat kali ganda dari kesakitan yang sedikit ni. Dan lebih tersentuh hati ana ni, bilamana salah seorang Jr. ana bersyukur sangat sebab masih dapat tinggal kat IM2 ni, walaupun tak dapat merasa sendiri tinggal di mahallah dalam campus dan jelas pulak tahun depan semuanya WAJIB KELUAR… ana sepatutnya lebih bersyukur!! akhi… banyak yang ana belajar dari anta walaupun rasanya kita baru je kenal di sini, sem ni >>> syukran ya akhi  ^_^
“BERUSAHALAH UNTUK LEBIH BERSYUKUR RIZQAN… REZQI YANG SELAMA NI DAH BERTIMBUN-TIMBUN ANTA DAPAT TAK BOLEH DIBANDING DENGAN APAPUN, JANGAN CEPAT SANGAT MELATAH!”

Sunday, November 8, 2009

ana, tengkujuh dan exam


                Untuk N3 kali ni; ana nak cerita sikit pasal pengalaman ana lepas lebih setahun (29 jun 2008 – 8 nov 2009) ana cuba untuk adapt dengan cuaca di kuantan ni. Jujur biologically tubuh ana masih dalam usaha untuk menyesuaikan diri, walaupun sedikit terseksa…! masih berbekas dalam kotak memori ana; bilamana ana terpaksa menyarung 2 lapis ‘sarung kaki’, pakai sweater dan gunakan 2 lapis selimut setiap kali nak tidur. Untuk ke kuliiyyah pulak, ana terpaksa beratur panjang untuk menaiki bas yang memang diketahui umum sangat terhad bilangannya kat campus ana ni~(kebiasaannya jalan kaki je…). Melihat hujan pulak yang turun tak berhenti-henti selama seminggu lebih, air sungai belakang mahallah yang tunggu masa nak melimpah, baju bertimbun tak basuh seminggu lebih(tapi takde la ana pakai baju tak basuh untuk ke kulliyyah), nak mandi pun fikir 2,3 kali; memandangkan campus ana ni merupakan campus baru yang masih diselubungi kehijauan hutan. Makanya dapatlah dita’rifkan bahawa kesejukan yang melampau hasil dari tindakan hujan yang turun selama seminggu lebih tu dah menyebabkan kadar kelembapan udara meningkat. Rasa macam nak ber-hibernasi- je, tapi ana masih perlu pergi ke kulliyyah, musolla, café; hurm pasal café ni pulak… dah lah jenisnya open air! Kalau pergi confirm basah punye la, kalau tak percaya jemput la datang sini tengok sendiri, huhuhu! Sebenarnya ana tak berapa biasa dengan cuaca kat Pantai Timur ni, jadi bila mula-mula ‘terkurung’ dalam musim tengkujuh; memang ana rasa tak berapa selesa la sebab tempat ana hujan tu biasa lah, tapi kalau seminggu direct tak pernah lagi rasanya. Tu yang agak terkejut sikit, orang kampung ana cakap Culture Shock!
                Alhamdulilah.. untuk musim tengkujuh kali ni, ana dah agak bersedia dari sudut pysical dan mental untuk menghadapi keadaan yang ana pernah hadapi tahun lepas. Buat masa ni, sejuknya memang sejuklah, kadang-kadang seharian tak nampak ‘sang matahari’, hujan turun jugak tapi kejap-kejap je! Bukan ana tak suka hujan, cuma bila berlaku dalam tempoh yang lama… banyak sangat benda yang sukar untuk dibuat. Hurm untuk exam kali ni pulak, 3 paper dah lepas hanya tinggal Physiology II dan Human Genetics je… insyaAllah ana nak struggle lebih kat 2 paper ni. Sebab untuk paper Systemic Anatomy hari tu, ana cuma mengharapkan lulus je. Soalan memang susah~ dalam hidup ana itulah paper exam pertama yang ana rasa memang tak confident langsung masa jawab soalan dia… Cuma yang boleh ana kata, Tawakkaltu ‘alaLLah,
^_^

Saturday, November 7, 2009

sejarah LENCANA SMKEH jadi BESAR


Alhamdulillah microbiology dah lepas… ana rasa senang bangat, tapi tu tak bermakna ana dah boleh enjoy! Sebenarnya banyak lagi paper yang ana belum ambik untuk final 3rd sem neyh. Esok la terutamanya ‘killer subject’ dengan UNGS serentak, hurm bergegar jugak kepala neyh :(
“YA ALLAH, KAU BERILAH KETENANGAN & KEKUATAN PADA JIWAKU INI… AMEEN”
Demi mengelakkan stress yang melampau, ana sengaja on facebook dan jumpa artikel yang dah lama sangat ana perlukan. Yang mana menjawab soalan yang terbuku sejak kali pertama ana menjejakkan kaki ke sekolah tu, sehinggalah malam ni baru jawapan pada persoalan tu terjawab.
Ada pun untuk pengetahuan antum semua, sekolah yang pernah ana belajar dulu ada satu keistimewaan yang memang istimewa sangat la. Iaitu dari kejauhan lagi cikgu2 kat sekolah atau sesiapa je yang tengok dah boleh kenal dengan murid2 SMKEH neyh. Bukan apa LENCANA sekolah punyalah besar… rasanya dalam jarak 40m pun boleh confirm nampak lencana tu. Manakan tidak, lencana sekolah ana dulu sebesar poket! Jadi antum bayangkan sendiri la ea~ (Jadi tak hairanlah bila budak2 dari sekolah lain terkejut dan tercengang kalau datang ke sekolah kami dan lihat LENCANA GERGASI yang tertampal kat poket baju dan tudung pelajar2 SMKEH~ hurm~ tapi itu satu kebanggaan… hahahaha)
Setiap sesuatu yang berlaku tu, mesti ada sebab dan akibatnya! Jadi ini cerita yang ana yaqin memang BENAR dari si empunya cerita dan sejarah hidup ‘beliau’. Yang ana cuba adaptasikan kembali ke warQah daUn papYrus neyh… (click untuk membesarkan gambar ea), akhirnya ana tahu ‘sejarah LENCANA SMKEH jadi BESAR!’



Friday, November 6, 2009

Aku Menulis Bukan Kerna Nama


Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerna dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerna ia bisa meracunmu


(chorus)
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan


Jangan kau dengar puisi dusta
Kerna dia merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi dipusaka
Yang telah turun menurun hari ini


Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Biarlah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu


-Ramli Sarip & A. Romzie (Mohamad Bakri Johari)-

Tuesday, November 3, 2009

kebanggan mereka bukan ana~


۩ السلام عليكم ۩
                Kadang-kadang terbit sekelumit rasa bangga dalam diri ana, bukan kerana datangnya dari diri sendiri tapi dari sahabat2 yang pernah sama2 menuntut ‘ilmu di lereng bukit kat cowboy town tu. Cowboy town yang mana!? Ha ni la yang kita nak tahu ni !! hahahaha (kadang2 ana ni sengal jugak). Sebenarnya ana bukan nak describe pasal tempat ‘ngaji’ lama ana, mahupun bukan pasal lokasi sebenar lereng bukit kat cowboy town tu. Ana nak cerita sikit pasal kebanggaan ana dengan sahabat2 ana yang pernah ana kenal satu ketika dulu. Kalau dulu, mereka semua ni cuma budak hingusan je... yang kadang2 baju tak basuh seminggu, tidur malam asyik mengigau, liat nak bangun subuh, lari masa PREP, homesick, lahap waktu makan, mengorat guna surat; erm rasanya kalau nak tulis semua memang tak cukup warQah daUn papYrus ni punya ruang. So dipendekkan cerita, sahabat2 hingusan ni adalah orang2 yang pernah jadi sahabat ana satu ketika dulu. ^_^
                Maaf, ana tak dapat menyatakan sama ada sahabat2 ni masih sahabat ana seperti dulu. Itu antum kena tanya diorang sendiri! Tapi bagi ana selagi mana ana di terima sebagai sahabat, abang dan adeq... ana masih ada ikatan dengan diorang2 ni! Jadi tak salah la untuk kebanggaan yang timbul sebentar tadi~ kebanggaan mengenai apa!? Ha inilah yang kita nak ceritakan ni...
                Dari sebuah pengajian di lereng bukit, kini bertebaran sahabat2 ana mengisi ruang yang ada di institusi pengajian tinggi seluruh negara. Bermula dari International Islamic University Malaysia-Gombak Campus(IIUM), Center for Foundation Studies of IIUM-PJ Campus(CenFOS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka(UTeM), Universiti Putra Malaysia(UPM), Universiti Teknologi Malaysia(UTM), HND in Mechanical in Eng at Institut Teknologi Pertama, Allianze College of Medical Sciences, Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Malaya(UM), Universiti Sains Malaysia(USM), Universiti Teknologi Mara-shah alam,melaka(UiTM), Universiti Utara Malaysia(UUM), Universiti Darul Iman(UDM), Universiti Malaysia Terengganu(UMT) Universiti Tun Abdul Razak(UniTAR), Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS), Kolej Matrikulasi Melaka. Ni antara ma’lumat yang ana dapat dari laman sosial facebook, banyak lagi yang ana tak dapat sebab ada antara sahabat2 ana ni yang tidak mempunyai acc kat situ dan jugak yang mem‘privacy’kan ma’lumat diorang... apa pun tahniah n Good Luck untuk mereka semua. Tak lupa jugak untuk sahabat2 ana yang da bekerja sekarang, ana bangga sangat dengan diorang sebab dah ada carrier dan aset sendiri walaupun dalam umur yang muda macam ni. Ana pulak masih macam dulu, xde kerja... erm dengan kata lain xde aset jugak la, xde apa yang nak dibanggakan selain dari keluarga dan sahabat2 ana sendiri. Masih ditakuk yang lama~ huhuhu takuk yang macam mana tu? Ha ni lah yang akan kita bincangkan nanti, hahahahaha (terikut2 filem Los dan Faun lo~), tu je
                erm... Sekian Terima Kasih, lalalala