Makin difikirkan, makin pening kepala aku dibuatnya... apa ke aku dah buat satu keputusan yang salah ‘atau’ aku sendiri tak dapat terima keputusan yang pernah aku buat sebelum ni.
“Ya Allah, aku mohon Kau berilah ketenangan pada jiwa hamba-Mu ini..
Sesungguhnya aku sedang dihimpit dengan perasaan duka dan rasa bersalah.”
Sungguh; sampai sekarang aku tak dapat terima keputusan yang pernah aku buat masa tahun akhir aku kat asrama sekolah tu. Insiden yang buatkan pelbagai persepsi di ludahkan kat aku. Ada yang menyokong, dan tak kurang jugak yang seolah-olah menghunus tombak tajam kat jantung aku ni. Walaupun pelbagai pihak berikan pendapat dan pandangan masing-masing secara peribadi, tapi bila dikumpulkan semuanya sekali. Bercampur baur segala macam sampah dan bahan-bahan terpakai. Beratnya masa tu, terasa macam hanya aku seorang yang tanggung!
“Ya Allah, jika hamba-Mu yang lemah ini khilaf dalam keputusan yang lepas...
Kau maafkan dan ampunilah.”
Sampai sekarang, aku masih trauma untuk buat sebarang keputusan penting. Aku takut sekali lagi di heret rasa bersalah. Kalau ada kalangan kawan2 aku kat sini (kampus uiam) yang sibuk katakan pasal “kepentingan kepimpinan dalam membuat keputusan adalah jalan keluar masalah”. Aku TAK PERNAH AKAN SETUJU dengan diorang! Mungkin bagi diorang itu adalah penyelesai masalah, bagi aku tu adalah permulaan kepada masalah yang lebih besar... Kalau diorang tak setuju dengan aku, aku takde haq nak paksa diorang (ikut aku)! Tapi korang percaya la aku bukan takde kepercayaan kat diri sendiri! Cuma keputusan aku yang lepas , dah buatkan hidup aku berubah sebab tak aku sertakan dengan ketegasan yang kukuh... aku tersepit antara dua! Adik-adik aku ‘atau’ kawan baik aku.
Dan oleh sebab tu jugaklah aku masih cuba cari jawapan pada keputusanku yang lepas, adakah aku di pihak yang benar atau di pihak yang salah. Walaupun dah lebih 4 tahun aku selidik balik keputusan tu, aku tetap berada antara dua... aku berjanji untuk terus cari jawapan, supaya mudah aku jawab di hadapan-Nya nanti, sebab aku tahu ia di bawah tanggungjawab aku.
“Ya Allah, semoga Kau membuka mata hatiku..
agar aku dapat melihat sesuatu yang terselindung dari pandangan lemah seorang insan”
ameen
BAGAIMANA BOLEH FUTUR?
4 years ago
0 التعليقات:
Post a Comment