masih kah kalian ingat!?
dengan Qisah hentinya 3batang jarum...!
hari ini, Jumaat 16 Sept-11.
Tepat jam 4.26pm jarumnya
TITUS bergerak lagi,
Setelah nafas baru diberi
Illahi ^_^
empat purnama bertambah lagi
hari yang empat,
TITUS ini setia menemani
penconteng warQah,
Biar tidak dapat memberi
maklumat,
namun hadirnya menjadi
penyeri sebuah kebiasaan,
Kau lihat,
Intern ku masih bergerak tidak diganggu,
Tugas membantu adik-adik ku
berjalan semampu aku,
Memerah sedikit keringat,
dalam buruan secebis Ramadhan,
TITUS ini kekal di
sampingku,
Sedikit tidak terkilan,
secupak mahukan teman.
Di saat membaca semula penulisan
ku dalam entry yang lalu berkenaan SOLVILet TITUS, ku dapati ada ketersilapan
dalam penulisan,
“...Di dalam entry
mahupun kepingan gambar yang dikongsi
terakam jasa warQah buat diri seorang aku.”
Ralat : Ku yakin perkataan ‘warQah’ itu sepatutnya
adalah ‘SOLVILet TITUS’,
5 التعليقات:
at: September 18, 2011 at 8:11 PM said...
ia masih memerlukan tuannya sepertimana tuannya memerlukannya ;-)
at: September 20, 2011 at 7:24 PM said...
sayang benor kat seketul jam..hahahah
jam aku yg ditatang2 baru jadi arwah sem lepas... sadis~~ hhahaha
at: September 23, 2011 at 5:29 PM said...
Nuryn Weida
alhamduliLlah, betul lah tu ain.. sama2 memerlukan sebab DIA nak bagi tahu kita x mampu hidup tanpa bantuan; sbb kita lemah ^_^
RuBy
wosh.. sayang gila2 kot,
no wonder la jam kau rosak RuBy,
yang kau tatang dia buat apa, pakai je la kat tangan >_<,
err lepas ni boleh masuk muzium tu,
p/s: kawan2 sorry ea, x dapat on9 selalu coz xde internet lor.. insyaALlah bila franky siap wifi nnt, akan selalu sikit buat site visit ke blog korang :)
at: September 23, 2011 at 6:22 PM said...
hargailah and sayangilah ia sepenuh hati sementara ia masih mapu memberikan khidmat =)
at: October 5, 2011 at 12:12 PM said...
insyaALlah :D
Post a Comment