Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, January 28, 2018

Travelog Ringkas KUL-BDO

KUALA LUMPUR – BANDUNG
FOREX IDR/MYR = IDR 1,000,000/RM302.50 (Januari 2018)

Kali pertama saya menggunakan passport untuk ke-luar negara adalah untuk undangan temuduga di Bumi Singapura pada akhir tahun 2013. Hanya selepas 5 tahun iaitu tahun 2018, barulah sekali lagi passport di atas nama saya di cop pihak imigresen luar dan pastinya ia adalah passport yang baru (passport lama telah lama tamat tempoh pada tahun 2015). Tujuan kali ini adalah untuk melawat nenek saudara di Kabupaten Cianjur kira-kira 55.5 km kiraan tepat dari Bandar Udara Husein Sastranegara (Bandung Airport). – luar Kota Bandung.

Urusan pembelian tiket penerbangan seperti biasa di buat melalui carian dari laman web pada 31-Dec-2017. Hasil ushar-ushar akhirnya, Malindo Air di pilih untuk tarikh penerbangan 24-Jan-2018 dan 27-Jan-2018 kerana menawarkan penerbangan KUL-BDO / BDO-KUL pada harga terendah untuk 3 orang. Harga untuk 3 tiket dewasa cuma RM 1080.30. Berbanding harga tiket Air Asia untuk tarikh penerbangan yang sama mencecah RM 1400.00 (tanpa pemilihan tempat duduk, makanan dan juga bagasi).

Pelannya adalah 1 malam di Cianjur dan 2 malam di Kota Bandung.

Untuk urusan dari Airport ke Cianjur dan Cianjur ke Kota Bandung (Nama lain: Kota Kembang), saya memilih untuk menggunakan perkhidmatan Supir dan kereta yang ditempah lebih awal. Dengan bayaran sebanyak IDR 1,200,000 (~MYR 360.00) untuk 2 hari itu sudah cukup berbaloi. Ini kerana sekalipun tempat tujuan saya letaknya cuma sekitar 55 km, namun kerana keadaan jalan rayanya memungkinkan memakan masa yang agak lama. Boleh jadi sekiranya saya menggunakan perkhidmatan GRAB untuk pergi dan balik, tiada pemandu yang bersedia untuk menempuh perjalanan yang saya maksudkan. Untuk 2 hari seterusnya saya cuma menggunakan GRAB kerana dari awal saya telah memilih hanya untuk perjalanan sekitar Kota Bandung tanpa keluar lagi, GRAB adalah pilihan yang murah dan mudah (akan saya perincikan dalam post akan datang).

Dalam keadaan ‘normal’ perjalanan yang perlu di ambil dari Kota Bandung ke Cianjur adalah sekitar 3 jam perjalanan. Itu adalah perjalanan yang saya tempuh untuk bergerak ke Cianjur. Normal pada hemat saya adalah kerana Kota Bandung sangat terkenal dengan keadaan ‘macet’nya (traffic jammed).
alhamduliLlah perjalanan pulang kami cuma mengambil masa sekitar 1 jam setengah sahaja.
Tips: elakkan perjalanan waktu pergi dan balik kerja juga perjalanan pada hujung minggu.

BDO - *Cianjur : 1500 Hrs (WIB) – 1800 hrs (WIB)
*Cianjur - Fabu Hotel : 0930 Hrs (WIB) – 1100 Hrs (WIB)

*Kampung Gempol, Desa Sukamulya, Kecamatan Sukaluyu, Kabupaten Cianjur, Propinsi Jawa Barat.


Di sebabkan kebanyakan hotel di tengah-tengah Kota Bandung telah ditempah lebih awal dan tidak mempunyai kekosongan. Maka saya memilih hotel budget paling dekat dengan Pasar Baru Trade Center. Tidak lain adalah bagi memudahkan pergerakan kami ke tempat wajib singgah untuk mak membeli belah. Fabu Hotel menawarkan Deluxe Room + 1 extra bed (+ welcome drink, + parking, +  breakfast) untuk 2 malam pada harga cuma RM382.18. Urusan penempahan bilik hotel saya buat melalui aplikasi Agoda.Com

0 التعليقات: