Bukan sengaja saya menarik
diri daripada terus menabur bakti dalam Kumpulan Dikir Barat Putera Kencana,
UIAM Kuantan. Adapun tindakan yang diputuskan ini
adalah yang terbaik dapat saya fikirkan sejak kumpulan dikir ini
tertubuh di bumi UIAM Kuantan pada 3 tahun yang lalu.
Masih segar
dalam ingatan; idea penubuhan sebuah group dikir barat di UIAM Kuantan
ini bermula pada 5 April 2009 di CF Mahallah Talhah (CF Bro). Hasil perbincangan
santai bersama saudara Azrol; sahabat yang saya kenali di Bumi Matrikulasi UIAM
PJ (naqib bagi sebuah kumpulan usrah ini), akhirnya kami bersepakat untuk
mengumpulkan ahli dan berusaha untuk mendapatkan alat-alat muzik dikir terpakai
dari UIAM Gombak/Pusat Asasi UIAM PJ. Azrol inilah antara tulang belakang utama
kepada penubuhan sebuah kumpulan dikir pertama di bumi UIAM Kuantan. Beliau yang
membawakan alat-alat muzik dikir dari Bumi Matrikulasi ke bumi Kuantan dalam
usahanya merealisasikan idea penubuhan ini. ^_^ Ya.. itu adalah bait-bait sebuah
ceritera lama yang mungkin tidak ramai yang masih ingat.
Cuma yang
pasti; dalam setiap perubahan ahli dalam barisan awak-awaknya, dalam barisan
tukang karut, tok juara dan tukang nyanyinya, juga dalam barisan pemain
alatnya. Hanya seorang yang tidak berubah tempat, siapa lagi kalau bukan diri
saya selaku pemain gendang ibunya.
Inilah yang
menjadi kerisauan terbesar dalam diri saya selaku pembangun sebuah kumpulan
dikir barat di UIAM Kuantan. Pernah saya mengusulkan untuk menarik diri dari
terus bermain gendang ibu kepada Faris (Mat Yeh) ketika berada di tahun akhir
ini. Namun permintaan ini ditolak atas alasan yang saya kira kurang kukuh untuk
saya terima. Oleh kerana itulah saya bertindak membuat kenyataan umum di hadapan
semua sahabat-sahabat seangkatan dan barisan baru di majlis makan malam yang
berlangsung malam tadi. Tiada lagi paluan gendang yang akan saya mainkan untuk
kumpulan ini selepas dari program yang berlangsung di Berjaya Megamall Kuantan
hujung minggu lalu. Semoga tindakan ini akan menjadi pencetus motivasi untuk ahli-ahli
baru yang lebih muda untuk belajar bermain gendang dan
meneruskan legasi Kumpulan Dikir Barat Putera Kencana, UIAM Kuantan
credit gambar kepada Murtadha Rafaai |
"Jika bukan sekarang saya
berhenti memalu gendang,
Saya risau kalian langsung sukar untuk
mendengarnya lagi selepas ini di UIAM Kuantan!!"
# kepada yang berminat [untuk belajar gendang dikir], saya sedia memberi tunjuk ajar setakat yang saya mampu dengan tanpa mengenakan sebarang bayaran, [terhad bagi mereka yang mempunyai komitmen tinggi sehaja] ^_^
9 التعليقات:
at: April 17, 2012 at 11:43 PM said...
kiranya rizqan berhenti supaya ada inisiatif untuk ahli yang lain untuk mencari pemalu gendang yang baru untuk gantikan rizqan la ye?
btol juga sebab lg brape bulan je kte kat sini klu xde penganti susah juga...
at: April 18, 2012 at 12:13 AM said...
yup.. semoga apa yang pernah berlaku kat kumpulan dikir barat smkeh, x berulang kat uiam kuantan~
at: April 18, 2012 at 4:33 AM said...
btw kte dh tgk dh video persembahan Putera Kencana..sangat seronok ditonton dan isi dikir yang menarik (^-^)
at: April 18, 2012 at 9:43 AM said...
^_^ terima kasih,
at: April 18, 2012 at 1:07 PM said...
sama-sama (^-^)
at: April 19, 2012 at 12:59 PM said...
da most thing dat i love about dikir...gendang ibu..miss nye nk bergendang lg.. stil terngiang kata2 rizq dlu..hehehe..thanx for all those moments :)
at: April 19, 2012 at 4:10 PM said...
"..nilai hidup biar seperti pemain alat muzik, walaupun kehadirannya jarang mencuit pandangan umum.. tetapi kehilangannya nanti pasti jua dirasai.." (abbe joe:2005) ^_^
at: August 29, 2016 at 6:26 PM said...
Ada sesiapa yag bleh ajarkan sya cara bermain gndang ibu utk persmbahan dkir barat? Menabuh , wau bulan dan karut
at: August 29, 2016 at 6:29 PM said...
Tlong ajarkan sya main gndang ibu...serius
Post a Comment