“weyH.. orang kolumpo dah sampai ni ha!!”
jerit jiran sebelah rumah nenek setiap kali kami pulang ke kampung.
“haha..bukan kolumpo la nek, kami
duk Kajang kat Selangor~”
Jawapan balas yang sering kali kami adik-beradik sebutkan pada orang-orang
kampung. ^_^
“alah.. samo la tu, kolumpo dengan selangor kan tak jauh~”
jawapan yang memang akan buatkan kami speechless.
=_= huhu
Ini adalah perbezaan jelas yang dapat kita lihat pada
orang-orang yang bukan asalnya dari wilayah yang diberi nama Selangor, hatta
Kuala Lumpur sekali pun. Haha.. kebiasaan untuk mereka mengistilahkan Negeri Selangor
sebagai Kuala Lumpur adalah sangat-sangat-sangat tinggi. Kadang-kadang mereka
merasakan bahawa Kuala Lumpur itu adalah jauh lebih besar dari Negeri Selangor
itu sendiri... ish3 =_=. Mana boleh macam tu,
Saya amat berkeyakinan bahawa perkara ini berlaku
adalah disebabkan oleh peranan media elektronik di negara kita. Hebatkan!! Mereka
mampu mempengaruhi minda masyarakat di luar sana. Lihat sahaja adegan
filem-filem tempatan kita, selalunya scene Key eLL itu hanyalah beberapa
unit waktu sahaja jika hendak dibandingkan dengan keseluruhan scene
dalam filem tersebut. Tetapi masyarakat luar tetap menganggap bahawa rakaman
penuh dijalankan di sekitar KL.
Hurm~
Yang scene mewah sekalipun dari B.B.B atau Country
Heights adalah KL, yang gah sekalipun scene di ambil kat Shah Alam
atau Batu Caves adalah KL, yang indah sekalipun scene di ambil kat Bukit
Broga atau Bukit Melawati adalah KL,
“Key eLL sangat..” [mata
ke dada tangan ke atas]
hahaha :)
Bukanlah penting sangat pun sampai saya nak
membezakan di antara KL dengan Negeri Selangor ni, sebabnya kita tetap satu Malaysia
^_^ kan.. kan.. kan.. Cuma pada pandangan saya, kalaulah fakta sejelas ini pun
masih ada warga kita yang kurang cakna. Macam mana pulak dengan isu-isu yang
lebih besar; macam isu Palestin dan Syria, entah-entah masih ada umat Islam yang
tidak tahu di mana letaknya tanah suci yang digelar ‘Baitul Maqdis dan
sekitarnya’ tu kan.. YA~ saya pasti ada!!
7 التعليقات:
at: June 1, 2012 at 8:47 AM said...
wahahaha..
samalah.. kalau nk gi selangor pn, selalu kata nk gi kL..
T-T
dah terbiasa kan...tp skrg ni nk biasakan sebut selangor..
at: June 1, 2012 at 8:51 AM said...
wosh.. cepatnya miss~
hahaha, insyaALlah lepas ni kena biasakan la sebut selangor yep, SelangorKu ^_^
at: June 1, 2012 at 7:59 PM said...
Oh ye sangat..[mata ke dada tangan ke atas]~ haha
Scene tu biasa dah kalau kte balik kampung ayah (Kedah)
"Tu dia orang KL dah mai dah"
"Best x hangpa dok KL?"
Selalunya kte just senyum je sebab banyak kali jelas pun dorang still panggil kitorang ni orang KL...
at: June 1, 2012 at 10:31 PM said...
kawasan Lembah Klang turut dikenali sebagai Greater Kuala Lumpur.
at: June 2, 2012 at 3:59 AM said...
org kampung saya kata semua KL..
Selangor, area sepang, area airport semuanya KL lahhh.....
at: June 2, 2012 at 7:03 AM said...
Norlyana Nasrin, airazulaikha
oH.. maka terbukti-lah kebenarannya bahwa satu Malaysia merujuk Selangor tu Key eLL, hahaha ^_^
at: June 2, 2012 at 7:17 AM said...
kucai
dalam RMK-10, 'mereka' mengistilahkan kwsn tu sbg greater KL, nice info btw :)
Post a Comment