asSaLaMu’alaykum wbt,
Berita Tengahari
Jumaat:
kemalangan 22 jun 2012 IM8 |
Lagi kemalangan jalan raya
melibatkan Mahasiswa UIAMK. Menurut sumber yang boleh dipercayai, kemalangan
tersebut berlaku di tempat U-Turn berhampiran secret recipe pintu masuk
ke IM8. Setakat yang di maklumkan pada unit media warQah muDa™, mangsa tersebut;
Nazim merupakan pelajar tahun dua (2) dari Kulliyyah Pergigian UIAM. Menurut saksi,
mangsa yang menunggang motorsikal cuba mengelak sebuah lagi motorsikal lain
yang sedang melakukan pusingan-U sehingga menyebabkan mangsa hilang kawalan
kenderaannya sebelum merempuh pembahagi jalan.
Motorsikal yang di tunggang mangsa |
Berikutan penutupan (sementara)
persimpangan yang menghubungkan UIAM-Taman Polo-Mahallah Tabari ini. Setiap kenderaan
perlu melakukan pusingan-U di kawasan terhampir dengan persimpangan tersebut. Iaitu
sama ada di persimpangan lampu isyarat berhadapan pintu gerbang UIAMK atau
kawasan pusingan U berhampiran Secret Recipe Indera Mahkota 8.
Baca sini : berkenaan
penutupan simpang Tabari.
# mangsa yang tidak dapat menggerakkan kedua kakinya telah di hantar ke hospital menggunakan ambulans, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan sahabat tersebut.
0 التعليقات:
Post a Comment