Kenapa perlu ada kelentonology dalam persahabatan !?
Istilah Kelentonology ini berasal daripada perkataan kelentong yang
turut membawa maksud kelepet [baca: tipu]. Secara jujur, saya amat skeptikal
dengan ikatan persahabatan yang disertai dengan unsur² tidak menyatakan
kebenaran. Kerna pada saya, nilai persahabatan ini terlalu suci untuk di nodakan
dengan sesuatu yang jelas di larang oleh syara’.
QS 2:9
>>iklan<<
Respon fahmi~
menggeleng kepala, menyapu hidung dan juga
pipi - mendongak ke langit dan menarik nafas sedalam-dalamnya lalu berkata “bosan
betul blog ni!”.
Penconteng warQah =_=
>>iklan<<
Telah termaktub jelas dalam al-Kitab, bahawa pendustaan
yang dilakukan itu adalah tidak lebih hanya pendustaan kepada dirinya sendiri. Bukankah
si pelaku lebih tahu bahawa apa yang dinyatakan adalah omongan kosong semata-mata!!
Di antara hikmah kepada larangan melakukan pendustaan ini
adalah hilangnya kepercayaan masyarakat sekeliling. Sifat amanah yang amat di
tuntut dalam agama ini sepatutnya di pegang kukuh, di peluk utuh agar tidak sesekali
kita di pandang hina oleh Allah swt. Hari ini masyarakat [baca: yang mahu
bergelar moden] mengistilahkan perkataan amanah itu dengan integriti, biar
berubah pada aksara, biar berbeza pada bahasa namun integriti dan amanah itu
tidak pernah punya beza dalam makna.
HEBAT itu alami; Kehebatan manusia itu tidak pernah
dirujuk pada tanah lahirnya, tidak pernah dibilang pada lambakan hartanya,
bahkan tidak pernah dibeza dari rahim mana asalnya. Kerna, kehebatan manusia itu
terletak pada tahap sofistikasi taQwa kepada Penciptanya sendiri.
Kita tidak perlu membesarkan diri dengan sesuatu yang
bukan milik kita, kerana kita bakal di labelkan sebagai zalim; tidak meletak
sesuatu pada tempatnya. Kita tidak perlu membezakan di antara banyaknya
manusia, kerana kita tahu bahawa datangnya kita dari sumber yang sama. Malah kita
membawa tugas serupa.
Semasa kita masih di beri peluang untuk berubah, maka berubahlah! Mungkin ada
di antara sahabat kita mengetahui; bahawa selama ini kita berdusta kepadanya. Tetapi
atas dasar persahabatan liLlahi ta’ala dia hanya mendiamkan diri
daripada menegur terus secara terbuka. Pasti ada sesuatu hint jelas yang
cuba disampaikannya, agar kita tidak terus-menerus melakukan dosa penipuan dan
dusta. Semak balik cerita lampau kita~
..dalam pendustaan pasti ada pertindihan fakta, jika anda
masih terus melakukannya, saya amat takut sahabat tidak dapat lagi menerima
diri anda. Setelah lamanya diberi masa, :(
# penconteng warQah : budaya
penipuan ini sepatutnya dibuang jauh².. dari tingkah perbuatan dan dari percakapan lisan. Bukan sekadar
dusta dalam persahabatan, malah jangan wujud langsung dalam sejarah kehidupan.
insyaALlah sama² muhasabah diri,
6 التعليقات:
at: June 15, 2012 at 8:14 PM said...
iklan Fahmi memang epic..
ada juga kemungkinan sang rakan menipu sebab ada masalah peribadi ataupun untuk menjaga hati pihak yang lain..
apa-apa pun cuba slow talk dengan dia beritahu yang kita sayangkan persahabatan yang dah terjalin maka kalau boleh cuba faham sebab apa rakan tu menipu kita.
cuba cadangan sahaja..
at: June 18, 2012 at 12:29 PM said...
fahmi memang.. :)
kalau ada masalah sekali pun, tak perlu jadikan penipuan satu tabiat =_=.. sekali dua mungkin oK lagi kot,
tapi kalau selalu kena kencing, x ke hancing nanti, err
at: June 19, 2012 at 6:13 PM said...
untuk mengelakkan jadi hancing, yang tertipu boleh confront dengan sahabat tersebut..
memang agak susah tapi kte rasa ni je kot penyelesaian..
at: June 20, 2012 at 12:00 AM said...
konfrontasi pernah dibuat oleh sahabat2 lain satu masa lalu,
akibatnya~ hubungan mereka terus jadi renggang =_=
at: June 20, 2012 at 12:24 AM said...
ufufufufu nampaknya sahabat ni memang tegar..
Takpelah doakan dia berubah (^-^)
at: June 21, 2012 at 8:12 AM said...
^_^
Post a Comment