...konflik persahabatan yang wujud sehari sebelum pembentangan thesis
semalam, masih terkesan ke saat saya menulis artikel ini. Benar ada kelemahan
dari diri saya sendiri dalam mengawal perasaan gemuruh bertentang mata, dan
bersoal jawab dengan para examiner. Biarpun wujud kelemahan dari pihak
sahabat, saya tetap berpegang menyalahkan diri sendiri dahulu.
cornflakes with milk.. nyum-nyum :) |
Secara peribadi ini yang saya nukilkan ikhlas dari hati:~
“Ya Allah, aku mohon yang terbaik dari-Mu untuk
menjaga hati² kami !!”
alhamduliLlah,
pembentangan thesis projek tahun akhir saya telah berjalan dengan
amat baik sekali. ^_^ Perkara yang sering dibisikkan pada telinga saya pada
waktu pagi dan petang sebelum itu; ternyata hanyalah omongan kosong dari mereka
[baca: iblis] yang membenci kejayaan saya sebagai hamba Tuhan yang mahukan
kejayaan.
Riak wajah senyum examiners telah meningkatkan keyakinan saya untuk
terus meyakinkan mereka; bahawa inilah yang terbaik dapat saya lakukan
sepanjang setahun melakukan kerja keras. Biarpun tidak dapat menjawab dengan sempurna
kepada setiap soalan yang hadir dari examiners; namun saya tetap berpuas
hati dengan senyuman dari mereka, malah berhias pula jawapan mereka dalam nada
ketawa,
“..boleh lah terima !! haha :D”
Sebaik kata akhir keluar dari lisan examiner..
“I think there is no other questions, and congrates you have done a great
job!”
Hanya ‘alhamduliLlah’ yang wujud pada lisan dan Qalbu saya ^_^
Namun, selepas selesai ujian yang satu ini. Saya masih
punya ujian yang satu lagi. Malah jauh lebih besar dari ini. Ujian untuk lulus
dalam ‘Universiti Kehidupan’... saya perlu lakukan sesuatu secepat mungkin, agar
konflik persahabatan saya dapat ditukar menjadi corn-flakse. Suatu yang
nikmat pada rasa, lebih syok dari mayapada;
Logo Universiti Kehidupan |
# doakan kejayaan saya teman² :)
2 التعليقات:
at: June 15, 2012 at 11:35 PM said...
Alhamdulillah.
mesti rasa happy kemain bila examiner respon cenggitu;
ahh, aku tgh mimpi2 graduasi.
at: June 18, 2012 at 12:27 PM said...
alhamdulillah..
tapi lebih sedih dari rasa gembira, sbb bakal menanggalkan title mahasiswa UIAM :(
Post a Comment