29 Jun 2008 – 29 Jun 2012 :
Empat (4)
tahun itu pada dasarnya amat panjang bagi sesiapa yang mengikutinya dari detik
ke detik. Namun bagi yang sering alpa dan lalai, 4 tahun itu hanyalah gerakan
waktu pantas yang tidak mampu memberi apa-apa, tidak pernah mengubah apa-apa.
Untuk kali ini, saya tidak
berminat untuk menulis tentang segulung ijazah (yang bakal saya pegang) dalam
jurusan sains bioperubatan sebagai entry. Tetapi mahu membicarakan sedikit tentang
ijazah persahabatan seorang diri bernama saya; ijazah yang menentukan sama ada saya
berhak di iktiraf sebagai seorang sahabat akhirat atau pun hanya teman
keduniaan.
Examiners saya adalah para sahabat yang berada di
sekeliling, berdasarkan pengamatan dan analisis mereka inilah saya akan di
justifikasi. Namun secara sedar, saya akui dalam tutur kata sering ada khilaf. Dalam
perlakuan selalu ada silap. Jadi dengan rendah diri, saya Muhamad Rizqan
Aizzaini memohon jutaan ampun dan maaf buat semua sahabat yang rapat dan dekat
dengan diri saya; terutama sekali pastinya sahabat yang pernah sebilik dengan
saya.
Blok Talhah3 E1.7 [tahun1], Blok Talhah9 2.1-2.3 [tahun2],
Blok Tabari2 (baca: franky) 2.10-2.12.
Juga sahabat-sahabat satu
kelas dengan saya yang terdiri daripada pelajar jurusan,
Biomedical Science batch 081/2.
Sekali lagi jutaan ampun dan
maaf di pinta, mohon dihalalkan segala yang termakan, terpakai, terpegang, ter..
segalanya sama ada secara sengaja atau pun tak sengaja. >_<
Untuk segala pertolongan dan
bantuan sepanjang berada di sini; saya dahului dengan ucapan JazakumuLlahu
khairan katsiran... Semoga Allah menambah kebaikan sebanyak2nya keatas diri
kalian. ^_^
0 التعليقات:
Post a Comment