Semenjak Mahallah Tabari [baca:
Franky] ini di buka pada 11 Julai 2010; sem 1 (2010/2011), acapkali itu
juga berlaku kemalangan di simpang masuk utama ke IM7 atabara. Boleh dikatakan
hampir setiap kali berlaku kemalangan, pasti ia turut melibatkan pelajar²
UIAMK. Tidak dinafikan; faktor kecuaian dan faktor jalan raya di sini adalah sebagai
punca utama bagi setiap kemalangan yang berlaku. Sebelum ini, ber-bagai² cadangan dan pandangan
telah diutarakan kepada pihak berwajib dalam usaha mengekang
kemalangan² seperti ini daripada terus berlaku. Namun keadaan masih juga tidak
berubah, simpang empat (4) yang sama terus-menerus menjadi saksi kepada
peristiwa² malang ini. Biarpun kemalangan sehingga melibatkan kehilangan jiwa masih belum pernah berlaku, namun keadaan ini tidak
sepatutnya di pandang enteng oleh semua pihak.
Hari ini (Hilux-Persona), ketika saya ingin bergerak dari Mahallah
Tabari ke Masjid UIAMK untuk Solat Jumaat. Kali ini, sebuah lagi kenderaan milik pelajar
UIAMK didapati telah terlibat dalam kemalangan
di kawasan tersebut. Keadaan kereta yang dibawa pelajar perempuan itu
mengalami remuk teruk di bahagian kirinya [lihat gambar bawah]. Setakat
yang saya maklum sekarang ini, salah seorang pelajar yang terlibat dalam kemalangan kali ini mengalami
kepatahan tulang pada bahagian kaki, dan telah dihantar ke hospital. :(
Selain daripada usul untuk membina jalanraya
bertingkat, penutupan simpang 4 tersebut, meletakkan butir bonggol, membuat roundabout dan pemasangan lampu isyarat. Saya kira
cadangan lain yang boleh diambil berat oleh sahabat² yang tinggal di
Mahallah Tabari adalah termasuk menggunakan
laluan alternatif untuk pergerakan keluar dan masuk bagi menggantikan pintu masuk utama
tersebut. Laluan yang difikirkan sesuai untuk UIAMK-Mahallah Tabari dan
Mahallah Tabari-UIAMK adalah seperti berikut.
Laluan Alternatif UIAMK-Tabari berlorek hijau ^_^ |
Biarpun terpaksa
menghadapi jarak yang sedikit jauh, namun keselamatan di lihat lebih terjamin
apabila sahabat² menggunakan laluan SUKPA-Taman Bandar-Sri Manja Hotel-Mahallah
Tabari. Ini kerana jumlah kenderaan yang melalui jalan ini adalah kurang
berbanding daripada jalan utama yang biasa digunakan oleh sahabat². Selain itu, simpang yang berada di hadapan Gerbang Besar ke UIAMK ini juga
dilengkapi dengan lampu isyarat. Semoga dengannya dapatlah kita bersama-sama mengelakkan
kejadian seperti ini daripada berulang lagi di masa hadapan. insyaALlah~ ^_^
# Mahallah at-Tabari
terletak di luar kampus UIAMK,
p/s : Maaf editing gambar sangat teruk.. >_<
updated : 4:04pm
Gambar ini dirakamkan oleh seorang sister dari bangunan Tabari 3 dan di muat naik ke FB Mahallah Tabari, bersama gambar ini disertakan sekali waktu kemalangan tersebut berlaku.
Ada sumber menyebut pelajar yang terlibat pada kali ini adalah Pelajar Medic Tahun 2.
updated : 5:26pm
Beberapa minit yang lalu saudara Sharif Ahmad (Timb. Yang Dipertua I, MPP UIAM) melalui ruang FB IIUM Kuantan chit-chat
(Yang Dipertua, MPP UIAM) memberi maklum balas pantas dengan meminta saudara Sharif Ahmad menghantar email terus kepada Presiden UIAM.
Sumber Rujukan:
IIUM Kuantan chit-chat dan Mahallah at-Tabari, IIUM, Kuantan
updated : 4:04pm
Kemalangan simpang Tabari (8/6/2012_12.35pm) kredit |
Ada sumber menyebut pelajar yang terlibat pada kali ini adalah Pelajar Medic Tahun 2.
updated : 5:26pm
Beberapa minit yang lalu saudara Sharif Ahmad (Timb. Yang Dipertua I, MPP UIAM) melalui ruang FB IIUM Kuantan chit-chat
(Yang Dipertua, MPP UIAM) memberi maklum balas pantas dengan meminta saudara Sharif Ahmad menghantar email terus kepada Presiden UIAM.
sumber gambar Hisyam Lois |
updated : 12:44am (9 jun 2012)
[Update Kemalangan Tabari]
Salam.
-Alhamdulillah, saya dan kak Nurul Hanim Othman baru pulang daripada menziarahi sahabat kita di hospital yang menerima ujian kemalangan. Keadaan beliau stabil dan mengalami beberapa 'fractures' & 'lacerations'.
-Beliau mengharapkan doa dari semua pihak. Harap semua pihak dapat mendoakan kesejahteraan beliau dan sama-sama mengambil 'hikmah' disebalik kejadian.
Salam.
-Alhamdulillah, saya dan kak Nurul Hanim Othman baru pulang daripada menziarahi sahabat kita di hospital yang menerima ujian kemalangan. Keadaan beliau stabil dan mengalami beberapa 'fractures' & 'lacerations'.
-Beliau mengharapkan doa dari semua pihak. Harap semua pihak dapat mendoakan kesejahteraan beliau dan sama-sama mengambil 'hikmah' disebalik kejadian.
Oleh : HaNis Abdul Rani
Sumber Rujukan:
IIUM Kuantan chit-chat dan Mahallah at-Tabari, IIUM, Kuantan
6 التعليقات:
at: June 8, 2012 at 5:51 PM said...
hmm selalu juga dengar berita pasal kemalangan kat simpang masuk at-Tabari tu..
bak kata Faisal asal lalu je kena bunyikan hon untuk alertkan orang kat sekeliling..
yup laluan alternatif tu lebih selamat dan lebih hijau permandangannya~
at: June 8, 2012 at 5:58 PM said...
sepanjang 2 tahun rizQan kat franky.. boleh kata sekurang-kurangnya 3 kali kemalangan akan berlaku dalam masa sebulan, dan setakat yang masih ingat bulan march dulu.. dalam seminggu ada 4 kemalangan berlaku kat tempat yang sama.. haish~
p/s: moga diberi kekuatan buat mereka² yang terlibat,
at: June 9, 2012 at 12:24 AM said...
sungguh 3 kali sebulan? nampaknya pihak yang bertanggungjawab memang kena ambil tindakan sebab ini memang serius.
ye kita sama2 doakan mereka tabah menghadapinya.
at: June 9, 2012 at 1:31 AM said...
hurm, itulah anggaran statistik yg dapat rizQan buat.. semoga ada perubahan yg lebih baik di masa hadapan, jelas untuk kebaikan bersama junior2 kita kat UIAMK ni ^_^
p/s: rasanya bila hospital uia siap 2015 nanti makin sesak lah jalan depan ni kn :)
at: June 9, 2012 at 1:48 AM said...
InsyaAllah..
huhu itu semestinya..sekarang ni pun ramai yang datang UIA (KOM & Dentistry) untuk dapatkan rawatan :)
at: June 9, 2012 at 3:58 PM said...
^_^ kemeriahan uiamk akan bertambah dengan kedatangan masyarakat luar,
Post a Comment