19 Jun 2012 / Selasa
Sekalipun wujud sedikit
kesulitan kepada pengguna simpang berdekatan Mahallah Tabari, tetapi saya kira
ini adalah tindakan sementara yang boleh di ambil oleh pihak JKR. Masih ingat!!
Di antara banyaknya cadangan yang di kemukakan pada pihak berwajib salah
satunya adalah penutupan terus simpang berkenaan. ^_^
Dan pagi ini...
simpang Tabari 19 jun 2012 |
Laluan alternatif (pusingan
U) perlu digunakan sama ada di simpang
berhadapan Pintu Gerbang UIAM Kuantan -atau- Pusingan U berdekatan dengan
simpang ke Secret Recipe IM8.
Pengguna
yang terlibat adalah laluan dari Taman Polo ke arah UIAM / Bukit Istana /
Pintasan Kuantan-KT. Juga mereka yang bergerak dari Mahallah Tabari / Kompleks
Dagangan Mahkota / Pejabat2 Kerajaan IM7 untuk laluan menghala ke Bandar
Kuantan / IM 2 / Shahputra.
Symbol
‘bola kuning tersenyum’ adalah merupakan tempat terdekat untuk kenderaan melakukan
pusingan U, ikon kamera pula menunjukkan sudut gambar atas di ambil. Namun secara peribadi, saya merasakan bahawa pusingan-U yang perlu di lakukan berdekatan pintu masuk Secret Recipe ini masih tidak selamat memandangkan ia terletak di sudut selekoh. Penutupan simpang 4 Tabari juga pasti menyebabkan kenderaan yang dipandu dari kedua-dua arah menjadi bertambah laju, lalu menyebabkan kesukaran kenderaan dari arah Taman Polo untuk menghampiri lorong paling kanan (untuk U-Turn). =_=
simpang Mahallah Tabari |
# Tindakan drastik ini mungkin ada kaitan dengan artikel yang dihantar oleh penulis yang menggunakan nama pena 'IIUM Kuantan Voice' kepada Sinar Harian dan di terbitkan pula dalam akhbar tabloid tersebut semalam.
0 التعليقات:
Post a Comment