Dengan selesainya urusan
penghantaran thesis pada jam 12.30 tengahari tadi. Maka saya umumkan secara
rasminya cuti semester akhir telah pun bermula... ^_^
29 Jun 2008 adalah tarikh
keramat dalam hidup saya, di mana ia merupakan kali pertama saya menjejakkan
kaki di Bumi Kuantan. Ya pertama kali dalam hidup saya!! Berlaku semasa
pendaftaran di UIAM 4 tahun yang lalu. Lebih membanggakan langkah kaki saya ini
terus berpijak dalam kampus UIAM. Secara khususnya di tempat parkir kereta
berhampiran dengan dewan bedah bangunan Kuliyyah of Medicine [baca: KOM].
Anda tahu tangga kecil yang menghubungkan di antara Bangunan KOM dan Bangunan Office
of the Campus Director [baca: OCD]!? Sebelum tangga itu wujud, atau lebih
awalnya sebelum tapak bangunan OCD itu wujud. Keluarga saya dan keluarga nasrun
adalah yang pertama occupied tempat tersebut untuk bersantai sementara menunggu
proses pendaftaran. Ironi; sebab tempat tersebut masih terpelihara, dan yakin
akan terus terpelihara dengan kewujudan tangga penghubung tersebut. ^_^
Tarikh hari ini adalah 28
Jun 2012. Signifikan dengan tarikh akhir penghantaran thesis projek
tahun akhir, telah menggenapkan masa 4 tahun saya berada di Bumi UIAM Kuantan.
T_T
sedey pedey (Johan, 2011) |
# sedey :(
2 التعليقات:
at: June 29, 2012 at 4:53 PM said...
bertabahla (^-^)
xpe clearance nanti datang balik UIAMK ni huhu~~
at: June 29, 2012 at 10:47 PM said...
^_^ insyaALlah,
Post a Comment