Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Friday, June 22, 2012

Kemalangan Lagi =_=


asSaLaMu’alaykum wbt,

Berita Tengahari Jumaat:

kemalangan 22 jun 2012 IM8

Lagi kemalangan jalan raya melibatkan Mahasiswa UIAMK. Menurut sumber yang boleh dipercayai, kemalangan tersebut berlaku di tempat U-Turn berhampiran secret recipe pintu masuk ke IM8. Setakat yang di maklumkan pada unit media warQah muDa™, mangsa tersebut; Nazim merupakan pelajar tahun dua (2) dari Kulliyyah Pergigian UIAM. Menurut saksi, mangsa yang menunggang motorsikal cuba mengelak sebuah lagi motorsikal lain yang sedang melakukan pusingan-U sehingga menyebabkan mangsa hilang kawalan kenderaannya sebelum merempuh pembahagi jalan.

Motorsikal yang di tunggang mangsa

Berikutan penutupan (sementara) persimpangan yang menghubungkan UIAM-Taman Polo-Mahallah Tabari ini. Setiap kenderaan perlu melakukan pusingan-U di kawasan terhampir dengan persimpangan tersebut. Iaitu sama ada di persimpangan lampu isyarat berhadapan pintu gerbang UIAMK atau kawasan pusingan U berhampiran Secret Recipe Indera Mahkota 8.
Baca sini : berkenaan penutupan simpang Tabari.


# mangsa yang tidak dapat menggerakkan kedua kakinya telah di hantar ke hospital menggunakan ambulans, sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan sahabat tersebut.

0 التعليقات: