titisan demi titisan air;
mencurah jatuh ke lantai bumi,
hadirnya dari langit yang
tidak kelihatan,
efek gelita yang membungkam
kehidupan,
yang jelas menusuk ke
tulang..
aura kesejukan sengal~
goncangan tubuh suatu irama
kewajipan memanas badan.
“Masuk hari ni dah lapan hari hujan tak berhenti turun mak..
kalau pun berhenti adalah sekejap; rasanya sejam pun tak sampai, pastu
hujan balik” =_=
inilah travelog anak
muda,
merentas banjaran dalam
us-ha ke bumi belahan timur,
jauh di sudut hatinya,
ada perasaan berat yang
sukar di mengerti,
mungkin tentang tanah
yang bakal ditinggalkan,
mungkin tentang sejarah
yang ingin dilupakan,
mungkin juga,
sebuah peraturan Tuhan..
untuk membentuk hidup baru seorang insan;
hamba Tuhan yang dihias
dengan sebenar-benar iman ^_^
Mahallah az-Zahrawi 2002 |
#- tips survival di UIAM
Kuantan (1)
Bagi yang hadir dari LUAR WILAYAH PANTAI TIMUR, kalian diminta
lebih bersedia dengan keadaan cuaca di sini. Memandangkan UIAMK ini terletak di
negeri yang boleh dilanda musim tengkujuh, makanya suasana hujan tanpa henti
itu boleh berlaku. Kesejukan menusuk ke tulang belikat juga boleh berlaku,
kesukaran melakukan aktiviti luar itu juga pasti dan pasti berlaku. Persediaan yang
boleh diambil termasuklah, kalian mesti mempunyai beberapa helai pakaian tebal [baca: sweater]. Beberapa
helai selimut dan sarung
kaki [baca: stocking] untuk kegunaan tidur di waktu malam.
stock makanan tambahan di dalam bilik. Tikar [baca: carpet]
tebal untuk menutup lantai terdedah di compartment masing-masing. water heater,
agar senang untuk kalian membancuh minuman panas pada waktu siang dan malam.
Malah heater yang sama juga boleh digunakan, bagi memasak air untuk
mandian suam-panas setelah dicampurkan dengan air tangki bersuhu 16 °C pada jam 12 tengahari. Apa yang lebih penting adalah jom loceng/phone alarm; yang bunyinya lebih
menyesakkan dari bangun pagi yang biasa, kerna keadaan sejuk yang melampau ini
sedikit sebanyak akan mengarahkan kalian untuk berhibernasi dengan kadar lebih lama; yang mana
mungkin ada tuntutan Tuhan yang kalian terleka ^_^
(hati-hati)
-seniorita-
2 التعليقات:
at: June 1, 2012 at 7:42 PM said...
and again seniorita..
hmm rasanya dah x sejuk sangat dah walaupun hujan nak2 lagi yang dok kat area T5..huhu
payung adalah accessory yang paling penting kat UIAMK sebenarnya..lain la kalau yang ada kenderaan sendiri..sebab hujan x dapat nak dijangka dan kalau kuar tengah ari atau lepas pukul 11 pun dah start panas menyengat huhu..oh pakaila sun block ye~
hehe ni saje je menyelit kat blog rizqan (^-^)
at: June 2, 2012 at 7:13 AM said...
oh ye betul3.. terlupa pulak nak cakap pasal payung, harap2 reader entry ni akan baca ruang komen ni skali ^_^
jzkk
Post a Comment