Dengan agenda ‘Hasil Negeri
Untuk Rakyat’...
Kerajaan Negeri Selangor di
bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor atau singkatannya MES;
Telah melakukan banyak
program penambahbaikan dalam usaha membantu rakyat negeri tersebut mendapat
hasil terbaik dari titik peluh pembayaran cukai yang dilaksanakan mereka sejak
sekian lama.
Yakin saya, majoriti penduduk
di Selangor telah menyedari tentang Program ini melalui pemberian 20 meter
padu air secara percuma oleh Kerajaan Negeri semenjak tahun 2008
lagi. Malah Program Tuisyen Rakyat
yang sentiasa diwar-warkan melalui wakil-wakil AJK masjid sebelum khutbah Jumaat
juga pasti kedengaran jelas ke setiap pelusuk tanah jajahan negeri tersebut.
Namun, jangan sangka hanya
dua (2) program ini sahaja yang berjalan ya.. Banyak lagi yang mungkin anda
masih tidak tahu. Jadi rajin-rajinkanlah diri kita untuk melayari laman web
rasmi Kerajaan Negeri dalam usaha kita mendapat info sebenar tentang Selangor
kita hari ini.
Psstt:
‘kenapa benda ni semua tidak
pernah dihebahkan melalui media arus perdana ea’,
OK jangan tanya saya kenapa!
=_=
Jika anda mahu lebih
informasi mengenai program-program yang dijalankan di bawah Program Merakyatkan
Ekonomi Selangor ini, sila click terus ke laman web MES di sini.
0 التعليقات:
Post a Comment