Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Saturday, May 12, 2012

MES – Merakyatkan Ekonomi Selangor


Dengan agenda ‘Hasil Negeri Untuk Rakyat’...
Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor atau singkatannya MES;
Telah melakukan banyak program penambahbaikan dalam usaha membantu rakyat negeri tersebut mendapat hasil terbaik dari titik peluh pembayaran cukai yang dilaksanakan mereka sejak sekian lama.

Yakin saya, majoriti penduduk di Selangor telah menyedari tentang Program ini melalui pemberian 20 meter padu air secara percuma oleh Kerajaan Negeri semenjak tahun 2008 lagi. Malah Program Tuisyen Rakyat yang sentiasa diwar-warkan melalui wakil-wakil AJK masjid sebelum khutbah Jumaat juga pasti kedengaran jelas ke setiap pelusuk tanah jajahan negeri tersebut.

Namun, jangan sangka hanya dua (2) program ini sahaja yang berjalan ya.. Banyak lagi yang mungkin anda masih tidak tahu. Jadi rajin-rajinkanlah diri kita untuk melayari laman web rasmi Kerajaan Negeri dalam usaha kita mendapat info sebenar tentang Selangor kita hari ini.

Psstt:
‘kenapa benda ni semua tidak pernah dihebahkan melalui media arus perdana ea’,
OK jangan tanya saya kenapa! =_=

Jika anda mahu lebih informasi mengenai program-program yang dijalankan di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor ini, sila click terus ke laman web MES di sini.

0 التعليقات: