Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Tuesday, May 1, 2012

What the government doesn't want you to know


Bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan menyokong usaha Bersih 3.0.. mereka pasti mempunyai alasan kukuh. Yang itu saya pasti! Kenapa!? Ada jawapan di bawah~

Bagi mereka yang menyalahkan Bersih 3.0 dalam inisiden huru-hara (selepas jam 1500 28/4/2012), jelas kerana mereka tiada di tempat kejadian.
Mereka yang menolak Bersih adalah kerana mereka tidak pernah cakna dalam isu semasa dalam dan luar negara, mereka terlalu taksub sehingga gagal untuk meneliti setiap laporan yang mereka terima. Yang mereka yakin setiap laporan dari media arus perdana adalah benar tanpa sedikit pun kesalahan serta bebas dari sebarang cacat cela.  Apakah ini adil bagi kalian..!? Lupakah pada pesanan Junjungan Besar kita semua, agar mendengar jawapan dari kedua belah pihak sebelum memutuskan sesuatu perkara.

Ada yang mengatakan Bersih ini tidak perlu diadakan kerana Parlimen menyediakan laluan khusus bagi menyelesaikan secara rundingan. Benarkah!?
Lupakah kalian pada laporan minoriti yang ditolak bulat-bulat dari PSC tanpa sebarang perbahasan dilakukan.. Jadi jalan apakah lagi yang wujud selepas daripada semua tindakan berat sebelah ini? [lihat:youtube]

Berapa kali kita melihat media arus perdana memainkan peranan dalam memanipulasi setiap perkara yang tidak menyenangkan bos mereka. Mereka menutup telinga rakyat dari mendengar suara rakyat. Sekali lagi mereka gagal untuk melihat bahawa rakyat yang bijak tidak sekadar mendengar kenyataan dari kotak televisyen yang tersedia di rumah mereka. Kerana pasti dan pasti manipulasi itu wujud! Lihat sahaja bagaimana laporan BBC mengenai Bersih 3.0 tidak disiarkan secara penuh di ASTRO Malaysia [lihat:youtube]. Sekali lagi mereka cuba menutup suara rakyat yang mahukan keadilan dengan mencanangkan ke setiap telinga warganegara tidak cakna dengan mengatakan.. demonstran Bersih tidak punya tujuan selain dari membuat kekecohan.

Acapkali mereka menidakkan jumlah kehadiran yang jelas besar kepada sesuatu yang kecil. Bukti tersebar merata bagi mereka yang telah melihat dengan mata kepala mereka sendiri. Juga bagi yang rajin mendapatkan berita bukan dari sebelah pihak sahaja. Benar! Itu tujuan perang saraf mereka. Agar rakyat marhaen tidak cakna akan berkata. BERSIH hanya tindakan syok sendiri!!
Bagi saya: merekalah yang syok sendiri, kerana kemalasan diri mereka dalam usaha mencari kebenaran.

# Kehadiran penyokong PERKASA  di Padang Kelab Sultan Sulaiman pada 29 April 2012 yang lalu juga patut diucapkan Tahniah, kerana mereka juga merasakan bahawa perlunya mereka menarik perhatian umum dalam memastikan suara mereka di dengar. [lihat:youtube]

0 التعليقات: