Cikgu Salmiah :
Baiklah.. kita sambung balik, chandra apa yang kamu tahu pulak? ^_^
Chandrasena : Kueh jala ini kuih orang Melayu cikgu,
mak saya cakap dia tak tahu.. hahaha
Satu kelas menyambut tawa chandrasena. Berdekah-dekah
bunyi tawa yang memecah kesunyian Blok (A) SRK Semenyih itu, Cikgu Salmiah
berbisik pada telinga Chandra.
Cikgu Salmiah :
...psstt, cikgu tahu! kamu lupa nak tanya pada emak dengan ayah kamu semalamkan.
Firdaus dah bagitahu cikgu,
Terdiam Chandrasena, lalu menoleh kearah Firdaus yang
duduk dibelakangnya. Firdaus sekadar melemparkan senyuman. “Siapa suruh cakap
kat aku tadi!” mungkin itu yang berlegar dalam fikiran Firdaus saat melihat
Chandrasena terkesima. Hilai tawa kelas masih galak ^o^
Cikgu Salmiah : Baiklah
Puvaneswary pulak..! ^_^
Puvaneswary : Roti Jala ni cekgu, orang akan masak atas kuali leper cekgu,
lepas masak orang akan kasi gulung macam tikar cekgu, lepas tu baru boleh
makan, :) [sambil bercakap ada sedikit irama yang menggerakkan kepala gadis
kecil ini.. cikgu masih tersenyum]
Faris :
SIAPA KATA ROTI JALA NI ORANG GULUNG, ORANG BIASA LIPATLAH!! JADI BENTUK SEGI TIGA. APALAH!! DAH TAK TAHU TAPI BUAT-BUAT TAHU PULAK!!(suara dengan nada meninggi dan keras)
Ada butiran kristal halus di mata Puvaneswary,
cepat-cepat diselakannya agar tidak terlihat oleh murid lain di dalam kelas. Chandrasena
cuba menenangkan Puvaneswary yang terkejut dijerkah Faris, Cikgu Salmiah
sedikit menggeleng.
Faris : Betul kan cikgu!? [mohon di bekap
cikgu muda berkenaan]
Farizat : Kau ni kenapa!? Tak sabar-sabar,
tunggulah giliran kau pulak bercakap!!
Faris : Apasal pulak kau
ni!! [dengan tangan berbuku lima diangkat kemuka Farizat]
Cikgu Salmiah : Faris
turunkan tangan kamu ke bawah!! [tegas dengan tanpa sedikit pun senyuman
menghias]
Faris menggetap kedua giginya. Kepanasan dalaman yang
hadir membuatkan matanya merah memandang cikgu muda. Seakan mahu ditelan semua
yang ada dihadapannya.
Syafiq :
ehh.. Faris, abah aku cakap kalau marah pergi ambik wudhu’! Biar syaitan lari,
^_^ [syafiq sebagai ketua kelas cuba memberi idea untuk menenangkan keadaan]
Adilla; penolong ketua darjah 1 Mawar juga
anak Cikgu Sa’adiah tiba-tiba mencelah.
Adilla :
Cikgu.. saya rasa Faris betullah, sebab saya tengok mama saya buat pun dia
lipat jadi bentuk tiga segi.
Faris :
[..ada ukiran senyum pada alis matanya, masih belum jelas lagi pada bibirnya]
Saifuddin :
ha’ah mak saya pun biasa lipat roti jala ni cikgu, akhir nanti jadi bentuk segi tiga.
Faris :
[senyuman mula terukir pada bibir dan ketegangan kelas mulai berkurang]
Farizat : Tapi cikgu... mak saya~ [kata-kata
Farizat dihentikan oleh Cikgu Salmiah]
BERSAMBUNG ~
6 التعليقات:
at: May 12, 2012 at 3:24 PM said...
yang kte prnh tgk btk roti jala; gulung2 mcm tikar, 3 segi & bulat leper hehe ade btk len kah? huhu~
at: May 12, 2012 at 5:46 PM said...
saya juga tertanya-tanya.. ada bentuk laen kah dari yg disebutkan kat atas ni!? haha~
# sebab saya juga cuma pernah tgk 3 bentuk tu je ^_^
at: May 13, 2012 at 12:46 AM said...
kot ade yg kreatif buat btk len~~well we can't stop people's imagination and creativity~
at: May 13, 2012 at 10:48 AM said...
betul2.. tp setakat ni memang rizQan x pernah tgk yang pelik lagi la, haha :)
at: May 13, 2012 at 3:49 PM said...
hehe tapi klu ade idea buat btk len boleh gak buat meniaga~ hehe (^-^)
at: May 13, 2012 at 6:16 PM said...
^_^
Post a Comment