Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Monday, May 14, 2012

Roti Jala iv



Satu troli makanan yang di penuhi dengan kueh berwarna kuning keemasan di bawa masuk oleh pakcik kantin ke dalam kelas satu mawar. Turut terlihat adalah semangkuk besar plastik yang di isi dengan kuah kari. Sesuatu yang menarik perhatian seluruh murid-murid kelas 1 Mawar adalah, diantara roti jala yang terdapat diatas troli tersebut ada yang bentuknya digulung, ada juga yang dilipat berbentuk 3 segi.. dan ada juga yang dibiarkan leper seperti rupanya di atas kuali. Sebelum makan.. Guru Besar memberi sepatah dua kata,

yang gulung ada
yang lipat 3 segi pun ada
“Hari ini kita akan makan roti jala yang sifatnya hampir sama seperti kita, biar bagaimana berbeza bentuknya sekali pun ia masih dikenal sebagai roti jala. Macam jugak dalam masyarakat majmuk di Bumi Malaysia ni, kita ada Melayu, Cina dan India.. malah kita juga ada kaum minoriti seperti Singh, Iban, Kadazan dan lain-kain lagi. Cuba lihat kawan-kawan kamu dalam kelas ni, kita beruntung sebab dapat hidup serumpun dalam keadaan aman. Kita adalah contoh terbaik di mata dunia. Dalam mengekalkan apa yang kita kecapi hari ini, saya mahu anak-anak murid saya semuanya saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Jangan sekali-kali kita melihat pada perbezaan yang wujud, namun berusahalah untuk mencari titik persamaan. Sebab kita semua adalah Rakyat Malaysia.”
-Puan Asnaniar binti Alias-
(Guru Besar SRK Semenyih)

Cikgu Salmiah menyambung sedikit...

“..mungkin ada diantara kita yang bertelagah hanya kerana mahu menegakkan KEBENARAN, sedangkan kebenaran itu sebenarnya wujud di kedua belah pihak. Keduanya mempunyai maksud yang sama, membincangkan perkara yang sama, namun atas dasar perbezaan ilmu..
terdapat perselisihan yang tak disengajakan.
Sebelum makan ni semua orang kena bermaaf-maafan dulu, Boleh!?”

Murid-murid      : BOOLEEEH CEKGU!! (lantang dalam kefahaman) ^o^



# Kisah Gaduh Roti Jala 1 Mawar (1995)
# pemilihan kosa kata dan susun ayat adalah hasil nukilan penconteng warQah
# KEBENARAN yang dimaksudkan adalah hasil penelitian peribadi, penghayatan sesuatu isu dengan panca indera sendiri, bukan hasil penjelasan / bukan jua output dari pihak selain diri sendiri. Harap maklum

0 التعليقات: