asSaLaMu’alaykum wbt,
..keadaan saya yang sedikit
sibuk dengan Peperiksaan Akhir Semester ini [baca: Akhir Pengajian] membuatkan
diri saya agak keberatan untuk menulis sesuatu diatas warQah daUn papYrus™, namun
atas dasar kasih dan sayang saya pada sahabat-sahabat; maka saya nak
membuat sedikit perkongsian yang mungkin boleh memberi manfaat pada kita semua,
insyaALlah ^_^
THESIS 1
eSS : laptop aku hilang.. (ada linangan air mata mengiringi kata-katanya)
sahabat saya yang ini
kehilangan komputer ribanya ketika sedang menunaikan solat di masjid;
satu-satunya tempat yang di yakini tidak ada manusia beriman sanggup membuat
onar di dalamnya KECUALI.. golongan penempah percutian ke kawasan azab
yang besar, :(
#- sekalipun telah
kehilangan laptop, saya kira sahabat ini masih beruntung kerana beliau sempat
membuat salinan thesis projek tahun akhirnya [baca: FYP] ke dalam thumbdrive
sebelum peristiwa malang ini berlaku. alhamduliLlah~
THESIS 2
K-Yo :
..miss punya laptop rosak, habis semua thesis writing dia x dapat di
selamatkan. Kesian, dahlah tak ada bekap langsung, :(
#- beban yang terpaksa
dihadapi oleh sahabat saya yang kedua ini rasanya lebih berat untuk ditanggung,
hanya beberapa hari sebelum tibanya tarikh thesis submission beliau
telah kehilangan hasil penat lelah setahun yang diusahakannya, masyaAllah~
semoga Allah memudahkan jalan untuk beliau selepas ini.
Belajar
sesuatu...
Sebagai seorang seniorita
yang bakal bergraduasi pada penghujung tahun ini,
saya ingin sekali berpesan pada adik-adik junior saya; supaya senantiasa
bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku ketika dalam
usaha mereka semua menyiapkan thesis untuk projek tahun akhir masing-masing, sesungguhnya
pengalaman lalu boleh dijadikan iktibar untuk kebaikan di masa akan datang,
Thesis back-up : sentiasalah menyimpan salinan thesis
pada banyak tempat (ext hdd, thumbdrive etc.), agar kalian dapat mengakses semula
jika sesuatu berlaku pada simpanan primer anda. Teknik menyimpan thesis sebagai
draft / menghantar email thesis kepada sahabat-sahabat juga boleh digunakan, refleksi – ada sahabat yang
kehilangan laptop namun thesisnya masih selamat, sedangkan ada sahabat lain yang
laptopnya masih di depan mata tetapi thesis itu telah tiada untuk
selama-lamanya.
Sentiasalah bersedia,
sepertimana persediaan yang kita lakukan untuk menuju pada-Nya!!
2 التعليقات:
at: May 30, 2012 at 2:24 PM said...
seniorita...hehe
sedih bila dengar ada sahabat kita yang diuji macam ni bila dah time2 critical ni...harap mereka bersabar..
yang kte pulak hilang banyak gak gambar2 fyp sebab laptop rosak ari tu huhu...tapi alhamdulillah ada gambar lain yang boleh back-up the lost.
file2 penting fyp seperti yang rizqan cakap memang kita kena selalu simpan kat merata..yela kurang2 bila adalah juga back-up kalau apa2 terjadi..
simpan la kat google doc..dropbox..email..
btw good luck for final exams and thesis presentation (^-^)
at: May 30, 2012 at 4:03 PM said...
itu bahagian mereka, pasti dan pasti ada hikmah besar yang tersembunyi,
paling penting, kita kena support mereka2 ini agar terus kuat semangat untuk meneruskan hari2 terakhir untuk pengajian ni,
dan sampai2kan jugak pengalaman kita pada junior agar mereka lebih bersedia,
insyaALlah, good luck jugak lyana.. exam n thesis presentation ^_^
Post a Comment