Darjah 1 Mawar (1995)
[SRK Semenyih]
Cikgu Salmiah : Baiklah,
untuk kelas esok.. cikgu nak tanya kamu semua tentang roti jala!
Jadi balik sekolah nanti, jangan lupa minta pandangan
emak dengan ayah kamu.. boleh!?
Murid-murid : BOOLEEEH CEKGU!! (dengan suara lantang)
^o^
<<Kringgg>>
Ketua Darjah : Bangun semuaaa... Teerimaa kasiih
cekguu!
Murid-murid : TEERIMAA KASIIH CEKGUU! ^o^
Cikgu Salmiah : Sama-sama,
hati-hati masa naik bas nanti!! ^_^
(dalam situasi menyambut puluhan tangan yang dihulur
padanya untuk bersalaman, cikgu muda ini masih sempat meninggalkan pesan)
-eSoK-
Cikgu Salmiah : Macam
yang kita dah janjikan semalam, hari ini cikgu nak setiap orang keluarkan pendapat
dia mengenai roti jala.. Boleh!?
Murid-murid : BOOLEEEH CEKGU!! (penuh semangat) ^o^
Cikgu Salmiah : Kita
mulakan dari barisan hadapan yang duduk paling kiri. Rizquan sila kemukakan apa
yang kamu tahu!! ^_^
Rizqan :
Roti jala ni kaler kuning cekgu, selalunya kita makan dengan kuah kari!
Cikgu Salmiah : Baiklah,
betul tu Rizquan. Syahmi pulak~
Syahmi :
err.. roti jala ni, macam kain buruk kan cekgu.. dia koyak-koyak,
lubang-lubang, err selalu orang buat untuk minum petang.
Cikgu Salmiah : ..untuk
minum petang je? (tanya cikgu bersama sedikit kerutan dahi)
Syahmi : Ha’ah.. mak saya cakap macam
tu!!
Syahmi senyum
bangga, kembang sedikit lubang hidungnya. Mungkin menambah ruang buat oxygen
menerobos masuk memberi tenaga dari tubuh yang dalam. Tiba-tiba, kelas
dikejutkan dengan satu suara kuat dari bahagian belakang sudut sebelah kanan...
Faris : Cikgu.. lambatlah, bila masa saya nak
bercakap pulak!!
Cikgu Salmiah : Sabarlah,
kita ikut urutan ea Faris.. cikgu janji semua orang akan bercakap. (dalam
penegasan guru muda ini terselit sekuntum senyuman)
Kelihatan Faris resah gelisah. Seperti yang mahu
diluahkan nanti adalah rahsia besar Kerajaan Persekutuan. Farizat di sebelahnya
sedikit menjeling... semua orang tahu bahawa Faris ni sedikit panas baran. Ramai
juga murid yang kurang senang dengannya.
Faris : Ish.. (mendengus dengan sedikit kuat!) -_-
BERSAMBUNG~
4 التعليقات:
at: May 11, 2012 at 7:23 PM said...
Aduh.. potong stim betul la.. dah macam episod samarinda ada sambungan. kah kah kah.
at: May 11, 2012 at 10:43 PM said...
chai.. aku buat sambung2 sebab cerita ni panjang sangat, unless kau sanggup baca panjang, aku combinekan episod 2 dgn 3, 4 pulak dengan peleraian, tapi siyes muntah orang kalau baca nanti.. huhuhu >_<
at: May 12, 2012 at 3:19 AM said...
huhu kebetulan baru makan roti jala kat Bayroute tengahari smlm (^-^)
at: May 12, 2012 at 7:12 AM said...
rizQan tiba2 teringat kisah lama ni jadi saja upload buat entry,
huhu.. memang kebetulan sangat la,
Post a Comment