Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, May 16, 2012

Pertemuan SRC Kuantan bersama Pengarah Kampus UIAM Kuantan, Prof Kamaruzzaman Wan Su

Assalamualaikum wbt

Hari ini dalam sejarah (15hb Mei 2012) jam 3.00petang, Saudara Sharif bin Ahmad, Luqman Hakim (SRC Allied) dan Muhamad Shafiq (SRC KOS) telah berjumpa dengan Pengarah Kampus UIAM Kuantan, Prof Kamaruzzaman Wan Su, untuk membincangkan beberapa isu yang terhangat dipasaran.

Penyerahan Surat Bantahan Langganan UTUSAN kepada Pengarah Kampus UIAM Kuantan, Prof. Kamaruzzaman Wan Su.

PEMBATALAN LANGGANAN UTUSAN DI PERPUSTAKAAN
Baru-baru ini kita digemparkan dengan pendedahan pihak media yang memaparkan gambar-gambar lucah pada muka hadapan di dada akhbar UTUSAN. Perkara ini mendapat bantahan daripada semua pihak daripada dalam universiti sendiri sehingga ke seluruh warga Malaysia secara amnya. Pihak SRC UIAM Kuantan telah menghantar surat untuk menghentikan langganan akhbar UTUSAN di Perpustakaan akibat beberapa siri penghinaan terhadap budaya intelektual, norma dan nilai masyarakat Malaysia amnya yang dipaparkan di muka depan akhbar tersebut. Perkara ini mendapat perhatian Prof, dan menerima surat bantahan tersebut pada petang tadi untuk diambil tindakan lanjut. Prof juga mencadangkan agar akhbar Metro juga dihentikan langganan atas berita-berita sensasi yang dipaparkan di muka hadapan akhbar tersebut. InsyaAllah kita mengharapkan akan ada perubahan dalam masa terdekat.

KOSISWA (update)
Prof. bersetuju dengan penubuhan KOSISWA Kuantan. Akan di proceed.

HOSPITAL BARU (berita baik untuk KON, KOM et al)
Kita telah menyatakan hasrat kepada admin untuk allocate our graduates di hospital kita menjelang siapnya pada 2015. Setelah siap Hospital Baru UIAM Kuantan, Ianya dijangka dapat menampung graduan2 daripada universiti ini untuk mengisi kekosongan jawatan yang tersedia dalam UIAM ini. Sebanyak 2000 tempat akan disediakan buat para lepasan jurusan jururawat (diploma + ijazah).

PENUTUPAN LIBRARY DURING LUNCH HOUR
Baru-baru ini, Rektor UIAM telah mengeluarkan surat kepada Library UIAM Kuantan untuk mengimplementasikan waktu rehat kepada semua staff pada waktu lunch hour (1.00pm-2.00pm) bagi memberi laluan kepada mereka menunaikan fadhu zohor secara berjemaah di Masjid UIAM. Perkara ini telah lama diimplementasikan di UIAM Gombak.

Perkara ini mendapat bantahan daripada sebahagian pelajar yang menyatakan bahawa ianya tidak sesuai diimplementasikan di UIAM Kuantan memandangkan jarak Masjid dan Library yang agak jauh beserta kebanyakan pelajar yang mempunyai jadual padat dan hanya ada waktu senggang pada waktu lunch hour sahaja. Ditambah pula sebahagian pelajar yang tidak mempunyai kenderaan untuk pergi dan balik dengan mudah dan cepat. Prof mencadangkan di pihak SRC akan menghantar surat kepada Rektor bagi mempertimbangkan keputusan ini.

PEMBATALAN SAMAN
Merujuk kepada operasi penguatkuasaan aurat yang telah berlaku sebelum ini, sebahagian drpd pelajar kita telah disaman. Kami di pihak SRC cuba untuk membuat rayuan secara pukal utk semua pelajar yang terlibat. Akan tetapi permohonan kami tempohari ditolak dan kami difahamkan bahawa mereka perlu membuat rayuan atas perseorangan (seorang demi seorang dan bukan secara pukal). Setelah berjumpa dengan Prof, Prof mencadangkan agar menulis surat kepadanya utk rayuan pembatalan saman tersebut. Kami akan selesaikan isu ini secepat mungkin.

ISU ANJING
Pihak MPK sudah membuat operasi penangkapan anjing sebelum ini. Dalam satu operasi, daripada 9 anjing yang dijumpai, hanya 1 yang dapat ditangkap. Operasi ini mendapat kerjasama daripada pihak sekuriti UIAM juga. Operasi seterusnya akan pada 21 dan 27 Mei ini pada waktu siang.

TEMPAT PERHENTIAN BAS
Akan dibincangkan dalam koordinasi meeting esok (16/5/2012). Merujuk kepada persetujuan sebelum ini, 10 buah tempat perhentian bas akan dibina sekitar kampus UIAM Kuantan.

Sekian, terima kasih.

Sincere, Reliable, Committed.
Students' Representative Council 2010/2011.

-----------------------
# penconteng warQah:
salin dan tampal 100%

0 التعليقات: