Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Friday, May 18, 2012

Tangisan Syria.. sampaikah pada kita!?


Selepas berdekad di pimpin golongan yang tidak bertunjangkan ad-Deen. Hari ini Syria menangis dipaksa menyembah pemimpin mereka, disuruh syahadah menyatakan Tiada Tuhan selain Assad. MasyaALlah generasi siapakah (pemimpin) mereka ini, Firaun kah? atau Namrud kah?
Kerana kukuhnya Iman dan Aqeedah mereka (rakyat syria), maka sanggup mereka dibunuh kejam; dibakar hidup-hidup, disembelih, dikambus ke dalam tanah. Namun tidak sekali mereka akan sujud menyembah dan mencium gambar Assad dalam sekelumit hidup mereka. Semoga Allah membalas perbuatan golongan fasad ini dengan balasan setimpal yang selayaknya di berikan oleh-Nya.
Ingatlah!! Jatuh-bangunnya pemimpin fasad ini berentetan dari dahulu sehingga Qiamat. Mereka adalah puak yang telah merasakan merekalah yang terkuat, merekalah yang terhebat, sehingga kepimpinan yang diterajuinya tidak boleh jatuh kepada orang lain walau sesaat. Ketahuilah!! Biarpun mereka sebenarnya sedia maklum bahawa pengganti mereka itu adalah jauh lebih baik. Mereka tidak akan tunduk untuk memberikan jawatan imam ini kepada yang hak. Ini kerana keadaan mereka seolah hidup tidak berTuhan. Kerana kepercayaan mereka adalah tiada yang lebih layak berdiri di hadapan mereka.


# kerisauanku amat bersebab kerana di atas tanah ku sendiri, telah ada orang yang berkata:

“Kita tiada pilihan lain, hanya kerajaan sedia ada yang mampu menjamin keamanan dan kesejahteraan negara, saya tidak dapat bayangkan sekiranya kita terlepas kuasa ini, masa depan akan berubah menjadi gerhana dan cita-cita kita akan terkubur begitu sahaja,”

3 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: May 18, 2012 at 5:05 PM said...

manusia yang pelik...baru ade sekangkang kera tanah dibumi dah terasa diri mereka berkuasa..hebat tahap dewa..padahal Allah memiliki seluruh alam semesta yang sampai tak terfikir tahap keluasannya x pula mereka takut..manusia la..

perindu_خلافة says:
at: May 19, 2012 at 7:06 AM said...

semoga Allah pelihara kita dari perkara2 taghut tersebut~ T_T

Norlyana Nasrin says:
at: May 20, 2012 at 3:22 AM said...

insyaAllah (^-^)