Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Sunday, May 13, 2012

Roti Jala iii


Cikgu Salmiah   : Baiklah semua orang betul!!
Farizat                   : Cikgu tak nak dengar penjelasan saya ke?
Cikgu Salmiah   : Bukan cikgu tak mahu dengar, cuma cikgu dah tahu jawapan Farizat apa dia!! ^_^
Farizat                   : Apa yang cikgu tahu..!?
Cikgu Salmiah   : Farizat nak katakan yang Farizat pernah makan dan tengok roti jala ni dalam bentuk gulungan kan!?
Farizat                   : ha’ah.. macam mana cikgu tahu?
Cikgu Salmiah   : Bila Farizat mula sebut perkataan ‘Tapi’ tu cikgu dah rasakan ada unsur bangkangan pada kenyataan Adilla dan Saifuddin, tapi cikgu tak mahu perbincangan kita hari ni diteruskan.. atas sebab cikgu tak nak senyuman pada bibir Faris hilang selepas hadirnya.
Zulyana                : Habis tu, kami yang masih tak bercakap tentang roti jala ni macam mana cikgu!?
Cikgu Salmiah   : Tak perlu cakap lagi dah.. sebab sekarang masa untuk kita makan pulak ^_^
Rizqan                  : ehh.. kan belum masuk waktu rehat?
Cikgu Salmiah   : Kita makan dalam kelas je, cikgu dah tempahkan roti jala untuk kita semua makan hari ini. Guru besar pun akan datang kelas kita untuk makan sekali. Jadi cikgu nak semua orang jaga adab masing-masing, boleh!?
Murid-murid      : BOOLEEEH CEKGU!! (penuh semangat dengan senyuman) ^o^
Cikgu Salmiah   : Baiklah.. sila baca doa makan sama-sama :)

Murid-murid      :
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.
BERSAMBUNG~

6 التعليقات:

Norlyana Nasrin says:
at: May 13, 2012 at 3:54 PM said...

Huhu beza sungguh cikgu rizqan time darjah 1 dengan cikgu kte huhu...cikgu kte garang dan menakutkan maka....tapi teringat ada cikgu kte time darjah 3 blanja kitorang makan kek chocolate dan sampai skang kte ingat die..oh Cikgu Maimunah~~

perindu_خلافة says:
at: May 13, 2012 at 6:19 PM said...

btw masa darjah satu dulu ada je sorang teacher garang, sikit2 je nak rotan.. huhu

Norlyana Nasrin says:
at: May 14, 2012 at 3:13 AM said...

huhu ke dapat teacher garang time darjah 4 sampai 6..fufufu siap boleh tanya "Why you're not fluent in English just like your mother?"..kebetulan time 2 mama kte datang sekolah untuk hari terbuka (amik report card)..ketaq lutut nak jawab~~

perindu_خلافة says:
at: May 14, 2012 at 9:12 AM said...

huhuhu.. teacher english yang garang ni sbb dia pregnant masa rizQan darjah satu dulu, teacher yg baik sebenarnya ^_^

Norlyana Nasrin says:
at: May 15, 2012 at 12:13 AM said...

ooh garang b'sebab maka xpe haha..yg kte mmg die semulajadi garang smpi ke sudah~~huhu last2 blaja2 English sendiri~

perindu_خلافة says:
at: May 15, 2012 at 7:04 AM said...

garang semulajadi.. huhu
xpe yg pntg skrg ni dah boleh speaking london ok dah tu :)