Copyright © wdp .. |
Design by Dzignine
Wednesday, November 24, 2010

testing.. testing..

                assalamu’alaikum kawan², adapun entry untuk kali ni aku nak kongsikan dengan korang hasil gabungan beberapa kepingan gambar yang telah aku print screen melalui komputer peribadiku dan aku cantumkan kesemuanya menjadi satu keping gambar sahaja dengan menggunakan perisian komputer Adobe Photoshop.
Seperti yang dapat korang lihat, gambar tersebut merupakan adegan yang berlaku dalam chatbox Facebook diantara seorang aku dan seorang yang lain. Dengan tujuan untuk menyorokkan identiti kawan aku tu; maka aku telah menggunakan tool yang disediakan oleh software berkenaan yang bolehlah dikenali sebagai berus (brush) bagi memadamkan nama dan gambarnya sekali. Teknik yang digunakan adalah dengan menindih diatas setiap (nama dan gambar) yang berkenaan dengan warna asal latarbelakang. Maka terjadilah nama dan gambar tersebut ‘halimunan’.
Kemudian aku tambahkan sedikit seni kolaj yang pernah diajar dalam pendidikan seni tahun satu. Iaitu dengan meletakkan gambar ‘kotak perbualan’ bersama tulisan ‘SILA LIHAT BAWAH’ bagi menarik pandangan golongan pemerhati. Tujuannya adalah agar pemerhati boleh melihat apakah mesej yang ingin aku sampaikan melalui gambar tersebut. Berbalik kepada seni salin dan tampal ini (copy and paste), ia begitu popular baik dikalangan pelajar sekolah rendah mahupun melibatkan pelajar universiti. Malah yang lebih menarik perhatian apabila ianya juga kadang² melibatkan golongan korporat yang kekeringan idea bernas. Ternyata seni ini amat diminati ramai =_=
Oh ya, walaupun berlaku sedikit ubahan pada gambar yang asal. Namun aku menafikan telah mengubah hasil perbualan yang berlaku. Bermakna hasil perbualan tersebut mempunyai ‘autentikasi’ nya sendiri. Wahai sahabat, apakah yang kau cuba maksudkan dengan 2 kenyataan tersebut:~

p/s: hahaha... ^_^ sebenarnya aku tahu bahawa sahabatku ini sekadar bergurau, tujuanku meng‘edit’ dan memuatnaik gambar ini di atas warQah juga sekadar mahu mengasah bakatku dalam penggunaan  asas perisian photoshop. No offence yarkh~ Tapi kalau betul pun kau admire kat dia, tak salahkan !? hahaha :D

8 التعليقات:

Paan Ovrtd says:
at: November 24, 2010 at 10:12 AM said...

??? Don't get it either.

perindu_خلافة says:
at: November 24, 2010 at 12:01 PM said...

hurm.. !?
its nothing bro,
just mumbling~ >_<

نور فضيلا says:
at: November 24, 2010 at 7:28 PM said...

aik..paan pun ade? rizq kenal dia ke?
hmmm..lawak2..nice bro!!

perindu_خلافة says:
at: November 24, 2010 at 8:07 PM said...

huhu..xknal ar dila tp,
sbg blogger x kesah la sape pun yg dtg comment kn,
ukhuwah fiLlah (",)

Unknown says:
at: November 24, 2010 at 9:10 PM said...

aku rasa cam tau je sapa kawan ko ni...hahah...=p~

perindu_خلافة says:
at: November 24, 2010 at 9:14 PM said...

hahaha... taw ke, senyap² ea RuBy,
aku memg dapat agak da ramai je knal berdasarkn ayt bdk ni.. huhuhu
^_^

نور فضيلا says:
at: November 25, 2010 at 1:41 PM said...

rizq, paan is one of my friend.
exschool mate. =))

perindu_خلافة says:
at: November 25, 2010 at 3:45 PM said...

owh ye ke..
selamat berkenalan utk Paan..
huhuhu ^_^

dila, rizqan baru je lagi jd follower blog die, cz tertarik ngan cara penulisan dia.. lebih2 lagi kat Puisi Overated tuh, SUPERB~ =)